Assalamualaikum...
Lamanya aku tak kongsi kisah hidup aku dekat blog ni. Bila tak update, hati ni meronta-ronta suruh menaip segala macam memori. Tapi bila dah nak mula menaip, jadi stuck pula. Padahal macam-macam idea yang bersarang dekat kepala aku. Sebenarnya, tak tahu nak mula dari mana. Takpelah, aku cerita kisah gembira dulu ye. Kisah sedih, aku cerita kemudian. Bila aku betul-betul kuat dan yakin dengan diri aku untuk ceritakan segalanya. Sedih tu sampai ke hari ini walaupun setahun dah pun berlalu. Tapi hidup dekat dunia ni, aku kena teruskan juga. Demi aku, suami dan Mak. :")
Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian aku sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Sains Biologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Perjalanan aku untuk menggenggam segulung ijazah tak mudah. Dalam suka ada duka, dalam manis ada pahit dan dalam nikmat ada ujian sepanjang lima tahun pengajian aku di USM, Pulau Pinang. Tapi aku percaya, aku berjaya adalah kerana sokongan, pengorbanan dan doa dari orang-orang yang menyanyangi aku iaitu Mak, Papa dan encik Suami. Dan juga aku percaya, aku berjaya dengan izin Allah SWT. Alhamdulillah, syukur.
Bila aku ingat balik kenangan dekat USM, Pulau Pinang, aku rasa sebak. Dalam sebak, aku tersenyum. Kenangan yang dah pun berlalu, kita takkan pernah dapat putarkan ia kembali. Tapi selagi kita menghargainya, ia akan tersemat di dalam hati kita sebagai suatu memori yang paling indah. Bagi yang penah follow blog aku, mungkin sedia maklum, selepas aku menamatkan pengajian Diploma aku di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, aku meneruskan pengajian aku di Universiti Malaysia Terengganu. Boleh tekan link di bawah :
Pengajian aku pun terhenti di situ selama beberapa tahun dan aku meneruskan kerja harian aku seperti biasa. Sebelum hati ini mendesak untuk meneruskan impian aku dalam mendapatkan segulung ijazah. Sehinggalah aku mendapat tahu bahawa Universiti Teknologi Mara (UITM) ada menawarkan pengajian jarak jauh (PJJ) kepada sesiapa yang bekerja dan masih ingin melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi secara separuh masa. Tapi, sayangnya aku hanya sempat setahun setengah sahaja di UITM, Shah Alam. Aku akan kongsikan link kemudian ye. :"P Selepas aku bermuhasabah diri secara rasional selama berbulan-bulan, akhirnya aku mengambil keputusan untuk mencari bidang yang aku betul-betul minat. Walau apa jua halangan, perkataan give up tak pernah ada dalam kamus diri aku. Selagi ada jalan, aku akan usaha sampai aku dapat atasi segala halangan tersebut. Sehinggalah aku mendapat tahu dari rakan sekerja bahawa Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang juga ada menawarkan rancangan pengajian jarak jauh (RPJJ) kepada sesiapa yang bekerja. Kebetulan tak lama lagi USM, Pulau Pinang akan membuka tawaran secara online. Bila dah buka je tawaran dekat website, aku pun terus mohon dan hantar. Lepas beberapa bulan, Alhamdulillah aku berjaya diterima melanjutkan pengajian dalam bidang yang aku nak. Walaupun tersasar dari bidang kerjaya aku sekarang. Tapi takpe, ilmu tu kan banyak cabang. Tak semestinya kena ikut satu cabang je. Kenalah ikut bercabang-cabang, barulah seronok hidup. Pejalanan aku sepanjang di USM, Pulau Pinang boleh tekan link di bawah. Sebenarnya nak update untuk setiap tahun, tapi macam biasalah ada je halangan. Lepas ni, biasa-biasakanlah dengan bebelan aku dekat blog ye.
Setelah lima tahun berjuang di USM, Pulau Pinang tibalah saat-saat manis untuk semua pelajar iaitu GRADUASI. Akhirnya, aku berjaya juga menamatkan pengajian aku tanpa ada repeat paper. Cuma sepatutnya aku tamat pengajian empat tahun pada 2016. Tapi atas faktor ingin menjaga pointer akhir, aku tambahkan masa pengajian aku kepada lima tahun. Tamatlah pengajian aku pada Oktober 2017. Di sinilah bermulanya, dalam aku nak merasai kemanisannya bergraduasi, Allah beri aku ujian yang tak mampu aku harungi seorang diri. Aku bersyukur kepada Allah SWT, di saat-saat getir begini encik Suami sentiasa di sisi aku. Tak pernah biarkan aku menangis, meraung, termenung, melayan perasaan seorang diri sehingga ke hari ini. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk pergi. Sebabnya aku dah pun berjanji dengan rakan sekuliah untuk mengambilkan jubah mereka sekali seminggu sebelum berlangsungnya majilis konvokosyen. Perjalanan ke Pulau Pinang, aku rasakan jauh dan berat sekali. Serius, muka aku tak bermaya dan mata aku bengkak. Tapi aku gagahi juga demi untuk aku persembahkan pada Mak aku bahawa aku dah capai salah satu impian mereka untuk melihat satu-satunya anak perempuan mereka mendapat ijazah. Sebenarnya, aku memang suka tangkap gambar. Tak kisahlah gambar pemandangan ke, makanan ke, majlis ke dan lain-lain. Cuma waktu konvokesyen je aku kurang mengambil gambar. Entah, tiada lagi keterujaan dalam diri aku. Aku terasa separuh nyawa aku macam dah hilang.
Minggu konvokesyen, aku dengan Mak dan encek Suami stay dekat Pulau Pinang dalam 2 hari 3 malam. Aku memilih untuk stay dekat suite kondominium memandangkan aku nak memberi keselesaan pada Mak, Papa dan encik Suami. Aku selesaikan semua perkara sehinggalah hari Konvokesyen Universiti Sains Malaysia Kali Ke-55 tiba. Bidang aku di Sidang Ketujuh pukul 2.30 petang. Aku ingat lagi, encek Suami sedaya upaya gembirakan aku pada minggu konvokesyen aku. :") Aku sangat terharu. Aku cuba maniskan muka aku dengan senyuman walhal dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa sayunya hati aku waktu itu. Aku cuba berpura-pura tersenyum, gelak ketawa dan bersembang seperti biasa dengan rakan sekuliah aku. Aku tahu Mak, Papa dan encek Suami juga nak aku begitu di hari konvokesyen nanti. Sementara menunggu semua graduan untuk mengambil kad graduan di dalam dewan, aku menunggu Mak & encik Suami di perkarangan dewan. Sempat mengambil beberapa gambar untuk kenangan aku nanti.
Waktu di dalam dewan, aku sedaya upaya kuatkan semangat aku. Aku melambai-lambai tangan dekat Mak dan encek Suami yang ada di tempat duduk dewan. Saat nama aku diumumkan, aku sebak. Tapi aku senyum walaupun nervous di atas pentas. Selesai je pemberian ijazah kepada semua graduan, ada suatu ucapan yang membuatkan aku mengalirkan air mata. Waktu itu, semua graduan kena berdiri sambil memandang ke tempat duduk ibu bapa, hati aku terus berkata

- Survival Laut Dan Penghayatan Warisan
- Kenangan Seketika Bersama UMT
- Kenangan Terindah UMT Girlfriends

"Mak & Pa, Yah dah dapat Ijazah. Ni hadiah untuk Mak & Papa. Ni juga untuk Abang (encik Suami)."
2 comments:
Saya berminat nak ambil kos ini dan saya tahu ini bukan bidang saya tapi saya nak juga genggam ijazah kali pertama.. Tapi saya berkerja di pantai timur dan mungkin kelas hujung minggu di USM agak susah sebab disini cuti Jumaat dan Sabtu bkn Sabtu Ahad .. Saya nak tahu adakah kelas dan lab tiap² minggu atau sebulan berapa kali sahaja. Adakah Bidang ini susah?
Saya tolong jawabkan ye sbb skrg saya bljar kos ni sem 4 di upsi. Saya rasa kelas & lab tu atas subject tertentu lah , ada subject yang setiap minggu ada 1 lab atau sebulan sekali baru lab .. memandang kos biologi kita tak akan dpt lari dri lab. Tapi saya rasa masih boleh bincang dgn lecturer jika ada kesulitan sbb lecturer biasanya akan suruh kita join kelas lain yg buat lab kalau kita terlepas semasa lab kelas kita. Bagi saya utk belajar kos ni kena ada minat & usaha dlm diri … kalau sekadar nk bergantung apa yg kita dengar , fokus & belajar dgn lecturer dlm kelas mungkin cukup.. kita kena usaha dgn cara lain kita sendiri juga. Buat ulangkali & self learning akan bagi kita cepat faham. Lagipun kos ni pon sambungan apa yg kita dh belajar dari sekolah menengah juga cuma lebih mendalam. Kalau dah belajar kos sains terutama kimia & bio mungkin lebih mudah utk faham. Sbb ada kos tertentu yg memerlukan kefahaman kimia seperti subject biochemistry. Untuk fizik tidak berkait sgt dgn kos ini. Tapi bagi saya, jika ada kemahuan disitu ada jalan.. harap perkongsian saya dpt membantu sedikit sebanyak pertanyaan awak.. sy doakan semoga awak berjaya
Post a Comment