30 May 2012

Cuti! ;')

Assalamualaikum...

Seriously, tak sabar nak tunggu esok. Hari last bekerja, sebelum start bercuti. Yeaaayyy! Checklist bercuti : *eh, perlu ke?*
  • packing baju, seluar, charger, handphone, bla bla bla
  • spent time dengan family
  • spent time dengan kucingsss
  • spent time dengan family-in-law
  • spent time dengan anak-anak buah comelll
  • HONEYMOONNN!
  • dating datings datingss datingsss 
  • kenduri-kendara kahwin girlfriendss
  • renovate & decorate rumah family
  • camwhoreee 
  • dan macam-macam lagi!
sumber : www.google.com

Sahabat Biar 1, Tetapi Dapat Menandingi 1000 Yang Lain. :')

Assalamualaikum...
sumber : http://adilah-hanum.blogspot.com
Sahabat atau dengan nama lain kawan atau member. Dalam hidup kita ni, memang sukar untuk hidup keseorangan malah semua orang ada sahabat dan Rasulullah sendiri mementingkan sebuah persahabatan malah dituntut juga oleh Agama. 
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)
Tapi kita sedar atau tidak, zaman sekarang ini bukan seperti zaman dahulu, sahabat zaman Rasulullah sangat-sangat setia dan mementingkan persahabatan. Kini? Apa yang kita dapat? Back Stabber? Pencukur? Talam 2 muka? Sakit hatikan bila kita mendapat kawan begini?


Habis tu? Macam mana nak dapat sahabat yang betul-betul mengenal erti persahabatan?.


Nak dapat kawan yang betul-betul menghargai kawan yang lain memanglah sukar. Sebab kita sendiri pun masih teragak-agak dalam mengenali erti persahabatan Sebab itulah Sahabat Biar 1, Tetapi Dapat Menandingi 1000 Yang Lain. Dalam seribu kawan kita, mesti ada 1 yang betul-betul ikhlas nak bersahabat. Tapi kita sedar atau tidak?. Sahabat yang sentiasa mengambil berat, sentiasa memikirkan perihal kita dan sentiasa bersama walaupun kita senang ataupun susah ada dikalangan 1 ribu tersebut.


Seorang sahabat yang baik tidak boleh diambil kira dari kata-kata sahaja seperti 'Saya kawan baik awak' atau 'You are my best friend forever' . Ianya berlaku ke atas tindak tanduknya sendiri. Sebagai contoh, ketika kita sakit dan berjauhan dari keluarga, kita lihat sahaja sahabat mana yang datang kepada kita, bertanyakan kesihatan kita dan menjaga kita. Rasanya dalam seribu itu ada yang datang kepada kita? Cuba pula situasi kedua, kita berwang, kita kaya dan mencari sahabat. Rasanya dalam seribu itu ada yang datang kepada kita? Atau akan ada lebih lagi datang mendekati kita?.


Tepuk dada, tanya iman, Kuatkah iman kita untuk menjadi sahabat yang baik. Sahabat yang mementingkan erti persahabatan dan menjaga silaturahim antara sahabat seagama dan melupakan semua perkara duniawi dan nafsu? Dalam islam juga sangat-sangat mementingkan dalam pemilihan sahabat.
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)
Pilihlah kawan yang memberi kewangian kepada diri kita bukan yang akan membakar kita dan meninggalkan bau yang hapak malah yang lebih teruk akan membuatkan kita di pandang tidak elok dari pandangan Allah SWT. Tidak mahu bukan?


Oleh itu, sentiasalah muhasabah diri kita, lihat sekeliling dan berdoalah semoga kita sentiasa mendapat sahabat yang 1, tetapi dapat menandingi 1000. 


Memang benar “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Tapi, yang lebih tepatnya ialah 'Berkawan biar satu, berkasih biar satu, tetapi menandingi seribu kawan dan kekasih.


Semoga kita semua dianugerahkan sahabat yang setia dunia dan akhirat. InsyaAllah... 
sumber : Dunia Macam-Macam.

29 May 2012

Merindui Imam Yang Soleh. :')

Assalamualaikum...
sumber : www.google.com
Kami adalah  wanita,
Wanita yang mendamba suami soleh,
Ketika krisis akhlak melanda kami, 
Ku ingin engkau menjadi pelurus kami, 
Bukan  semakin menjatuhkan kami,
Kami adalah  wanita yang ingin belajar untuk menjadi wanita solehah,
Kami benar-benar mendamba dan merindu imam yang soleh untuk menjadi pendamping hidup kami.

Biarkan kau jadi atapnya, kami yang jadi rumahnya. Yang sentiasa selalu menaungi kami dikala panas menyengat dan ketika hujan membasahi bumi.
Kami sangat berharap kau kelak akan mempersunting kami dengan sejuta keimanan dan ketaqwaanmu kepada Allah..
Jangan biarkan kami tesesat di lembah nista yang tak Allah ridhai.
Miliki kami dengan cara yang halal, wahai lelaki penyejuk hati. 
Dikala suatu saat nanti kami mengandung anakmu. Kau akan selalu setia merawat kami hingga nanti usia kandungank menjejak 9 bulan. Kasih sayang dan cintamu selalu terpancar untuk kesihatan kami, isterimu dan janin yang aku kandung.
Dikala persalinan telah tiba, engkau suamiku yang soleh, sentiasa mendampingi dan memberi sokongan kepada kami hingga berderai tangis dan berharap agar kami isteri dan anakmu akan selamat dalam kelahiran.
Hingga kelak kau dan aku akan membesarkannya dengan penuh kesabaran.
Kamu begitu setia
Pembawaanmu begitu tenang
Diammu penuh taqwa serta keimanan
Bicaramu penuh kebijaksanaan dan kejujuran
Pedulimu penuh dengan kasih sayang dan kecintaan
Akhlakmu begitu mencerminkan kebaikan dan kelembutan
Dan senyummu penuh dengan kedermawanan.
Kau adalah lelaki yang kami damba
Setiap 5 waktu dan malamku tak hentinya ku berdoa
Allahumma sa’khirli zaujan solikhan yakhtibuni wayatazau wajubi wayaqunu sahibanli fiddunya wal jannah.
Semoga imamku yang soleh akan jadi nyata.
Amin.

sumber : Cloudistie Shofayna Aisyah

28 May 2012

DSLR : Nikon Atau Canon?

Assalamualaikum...

Nak tanya pendapat bloggers tentang DSLR.

atau

Mana satu pilihan anda?
Kenapa?
Kelebihan dan kekurangan?

22 May 2012

Twitter & Blog. :')

Assalamualaikum...
sumber : www.google.com
Priority aku sekarang adalah twitter jika nak dibandingkan dengan facebook. Status dan gambar aku memang selalu update dekat twitter. Dah jarang aku update life story dekat facebook. Blog, pada mulanya aku nak privatekan sebab ade lah stalkersss tu yang asyik usha-usha blog aku. Padahal aku boleh detect kalau dia stalk blog aku. hewhew. :P Tapi, aku akan pegang ayat ni :
"happiness is the best REVENGE, because nothing drives people crazier than seeing someone living a good life." :')
So, marilah bertweet tweet tweet dan berblog dengan jayanya. :')

posted from Bloggeroid