Assalamualaikum...
Semalam, aku dah update entry tentang whiteheads yang tengah membiak dengan aktifnya di kulit muka. Kali ni, aku nak share dengan korang semua cara-cara untuk menghilangkan whiteheads. Tak kisah lah samada di hidung, di pipi, di dagu, di dahi dan sebagainya. Aku tak pasti keberkesanannya sebab yang ni aku jumpa masa tengah google dekat blog-blog kecantikan. Biasanya, sebelum ni aku guna kulit telur yang nipis kalau nak hilangkan whiteheads. Tapi remeh sikit lah kalau buat benda macam tu. Apapun, apa salahnya mencuba petua-petua yang lain. Betul tak?
Sebelum tu, aku terjumpa sesuatu. Rupa-rupanya terdapat perbezaan di antara blackheads dan whiteheads. Antaranya ialah :
- Perbezaan utama di antara blackheads dan whiteheads adalah perbezaan kawasan.
- Di mana kulit yang halus dan lembut, minyak yang tersumbat tidak akan terdedah ke udara.
- Akibatnya, hujung yang terhasil tidak menjadi gelap atau hitam seperti blackheads. Itulah sebabnya ia dipanggil whiteheads.
- Biasanya whiteheads terjadi di bawah mata, hidung, tulang pipi dan sebagainya.
Antara
rawatan-rawatan yang boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai
whiteheads dah
blackheads adalah seperti berikut :
- Gunakan krim yang mengandungi AHAs (Alpha Hydroxy Fruit Acids) seperti glyco-cream. Ia berperanan menghilangkan mana-mana sel-sel kulit mati dan membantu dalam mennyah nyumbat liang-liang roma untuk menanggalkan whiteheads.
- Membuat paste yang dipanggang dan serbuk kulit pomgranate dengan jus limau segar dan dipakai ke atas bisul, jerawat, blackheads dan whiteheads.
- Campurkan tepung jagung dengan cuka sehingga ia menjadi paste. Lumurkan pada kawasan yang terdapat whiteheads dan blackheads selama 15-30 minit. Bilas dengan air suam dan tuala kecil. Ini boleh membantu untuk menghilangkan whiteheads.
- Membuat paste kayu gaharu dengan air mawar. Sapukan pada kawasan yang terdapat whiteheads dan blackheads. Bilas selepas 20-30 minit dengan air suam.
- Campurkan 1 sudu besar minyak kacang tanah dengan 1 sudu besar jus limau segar untuk menghalang pembentukan whiteheads dan jerawat.
Kalau taknak
whiteheads atau
blackheads melekat pada kulit muka, senang je.
Amalkan dengan :
- Makan buahan-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari.
- Minum banyak air dan jus buah segar.
- Minum segelas air suam dan dengan jus lemon setiap pagi. Ia dapat membantu dalam menyahtoksikkan tubuh badan.
Okey, lepas ni boleh lah amalkan. Berjaya atau tidak, itu bergantung kepada usaha kita setiap hari. Nak seribu daya taknak seribu dalih. Kena buat tiap-tiap hari kalau nak tengok hasilnya. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment