Assalamualaikum...
sumber : liana-ali.blogspot.com, edit by AdaNaz87 |
Masa kelas ni, memang terus jadi khusyuk online, edit blog, edit gambar dan macam² lagi lah. Sampaikan pandang kiri kanan pun tak sempat. Masa itu kan emas. Bila kelas dah habis, aku terus tengok handphone. Mana lah tahu kalau² My Kesayangan message or call aku ke? Bila aku check, ternampak ade nombor dari kuala lumpur call aku. Aku pun cakap dalam hati. Eh, takkan MARDI yang call kot. Punyalah tak sabar nak balik kolej. Tak fikir kawan² dah terus balik cepat². Selalunye aku jalan kaki ulang alik ke kelas dan kolej. Tapi kali ni, aku naik van. Kebetulan time puasa, letih sikit rasanya. Nasib baik 30 sen je.
Sampai je dekat depan kolej, aku terus pergi kedai topup sebab nak call nombor tu balik. Masa nak beli topup, kaki aku terketar-ketar, apalah agaknya kan? Bila nak call, kaki aku terasa lambat je nak melangkah sampai ke bilik. Aku rasa macam sesuatu. Betullah, sangkaan aku tak meleset sama sekali. Memang orang dari MARDI yang call. Hati aku dah berdebar². Tapi, instinct aku mengatakan YA.
Alhamdulillah... Berkat DOA seorang Mak, Family dan My Kesayangan, aku lulus dalam interview dan ditawarkan bekerja sebagai Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q27. Aku betul² tak sangka yang aku akan berjaya dalam interview tu. Sebab candidates yang datang kebanyakannya ade yang lebih berpengalaman dari aku. Masa masuk je bilik, aku terus bagitahu roomates. Ntahlah... Perasaan aku berbelah bahagi. Hingga saat ini, aku semakin hari semakin sayangkan universiti, roomates, usrah dan kursus kepimpinan. Masa aku dapat tahu tu, semua family bertanya dan memberikan pendapat masing². Mereka tak pernah memaksa aku tetapi membiarkan aku membuat pilihan yang tepat.
Pada mulanya, memang berat untuk aku meninggalkan universiti ni. Sebab terlalu banyak kenangan manis semasa aku di sini. Serius, masa aku dapat tahu aku dapat tawaran tu, aku sedih sampai menangis. Menangis kegembiraan sebab tak sangka aku akan dapat dan menangis kesedihan sebab aku akan meninggalkan roomates aku yang sangat² sporting. Memang susah nak cari kawan macam diorang. Betul!
Masa tengah nak buat keputusan tu, aku fikir banyak² kali. Kalau boleh, aku taknak tersilap pilih. Nanti aku pulak yang menyesal. Pada mulanya aku buat keputusan memang nak stay dekat UMT. Sebab bagi aku, itulah impian aku sejak dari kecil. Ingin menjejakkan kaki sehingga ke universiti dan menerima segulung ijazah walaupun bukan dengan jalan yang mudah. Tapi.. Disebabkan ramai yang bagi pendapat, tawaran bekerja dengan kerajaan bukan senang nak dapat, akhirnya aku membatalkan niat untuk meneruskan pengajian. Memang aku sangat² sedih. Pengalaman sepanjang aku dekat UMT, Terengganu memang sukar nak dilupakan.
Ade yang berkata, kalau aku nak futher study, universiti ade menyediakan pengajian jarak jauh (pjj). Cuma course yang kita inginkan, belum tentu ade untuk part time. Kena bijak memilih. Keesokan harinya, aku pergi ke pejabat untuk buat surat berhenti belajar kepada pihak universiti dan menghantar segala dokumen² yang diperlukan. Dalam surat tawaran bekerja, aku diminta untuk melaporkan diri pd 16/9/2008 di MARDI, Serdang. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dah selesai packing barang, family aku selamat tiba di Kolej Kediaman Tok Jembal (An-Nasai).
"To all my roomates (Liza, Izan, Ecah dan Tatia), terima kasih banyak-banyak sebab tolong aku packing barang dan angkut barang dari tingkat 3. Kenangan bersama korang, memang tak pernah aku lupakan. Bagi aku, bertemu dengan korang adalah pengalaman paling indah dalam hidup aku. Tengok movie hantu dan korea sama², lepak sama² sampai kena kejar dengan polis, kereta sewa mati tengah jalan takde minyak, berbuka puasa sama² sentiasa dalam ingatan aku sehingga kini. Terima kasih untuk segala²nya. Maaf, andai aku pernah terkasar bahasa, tergurau lebih, termakan dan terminum, terlebih merajuk atau apa² je lah. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat terbaik sepanjang aku dekat UMT. i love you all, babes!"
Selamat Tinggal Universiti Malaysia Terengganu. I will miss you forever...
No comments:
Post a Comment