Saturday, 12 July 2008

Survival Laut dan Penghayatan Warisan di Pulau Bidong, Terengganu.

Assalamulaikum...

Entry perapan. Harap maklum...

Kalau nak diingatkan kembali kenangan sambung belajar dekat Universiti Malaysia Terengganu, memang tak boleh ditukar ganti. One of my favourite memories that i can remember until now. Walaupun dah berkurun lama meninggalkan UMT, setiap perkara yang berlaku dekat sana sentiasa buat aku ketawa bila teringatkannya kembali. Salah satunya, orientasi untuk first year student dekat Pulau Bidong, Terengganu. Tarikh keramat 8 Julai 2008. Kalau tak silap aku 3 hari 2 malam rasanya orientasi ni dijalankan. Ingatkan Pulau Bidong tu dekat dengan UMT, rupa-rupanya jauh habak kat hang! Kena naik bas dulu, barulah ke jeti Merang sebelum ke Pulau Bidong. Sebenarnya, ada sejarah Pulau Bidong ni. Tapi UMT ambil sebagai stesen penyelidikan UMT. Masa orientasi kali ni, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia turut serta.

Antara perkara yang aku tak boleh lupa masa naik bot bertutup. Aku bayangkan kalau naik bot bertutup takkan pening. Tapi dah spare plastik dalam beg. Manalah tahu kan tiba-tiba termuntak pulak dalam bot tu. Konnonnya nak tidur bila dah suku perjalanan sebab ombak boleh tahan kuat menyebabkan kepala aku jadi pening. Tak sampai setengah perjalanan, enjin bot rosak gara-gara terlanggar terumbu karang. Berdebar jugaklah sebab sekarang ni dekat tengah lau. Walaupun pakai jaket, siapa tahu apa akan jadi kan? Dalam setengah jam menunggu bantuan, akhirnya selamat sampai Pulau Bidong dengan hadiah muntah di dalam bot. :"(

Aktiviti-aktiviti yang aku tak boleh lupa sepanjang kat sana, antaranya berkanu, snorkelling, lepas tu kena berenang ke atas kapal besar tengah laut kemudian terjun dan berenang kembali ke pesisir pantai (water confident), candat sotong, jungle hunt, malam bbq, aktviti berkumpulan dan lain-lain. Aku kumpulan apa ye? Kejap, aku tengok gambar balik. Kumpulan Ketam. Setiap aktiviti wajib pakai life jacket sebagai langkah berjaga-jaga. Waktu jalankan aktiviti langsung tak rasa takut. Masa aktiviti snorkelling, tak sedar dah sampai ke tengah terus patah balik ke pesisir pantai sebab takut! Bila terasa kaki dah tak boleh nak cecah pasir memang berdebar sangat. Mana taknya tak reti berenang. :"( Tapi pemandangan dasar laut Subhanallah tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Barulah aku tahu kenapa ramai yang suka pergi laut dan kaji ciptaan Allah. :") Ternampak lecturer bagi makan ikan nemo dan tunjuk lumut dekat aku. Cantik sangat!

Masa aktiviti berenang ke kapal tu, punyalah letih tangan berkuak lentang bagai. Sampaikan bila ada student cakap penat, lecturer boleh jawab "Suka hati awak lah nak berenang macam mana pun. Berkuak lentang, rama-rama, kura-kura ke asal sampai kapal." Tergelak aku di buatnya. Sampai dekat kapal, kena terjun. Itu sangat ohsemmm walaupun scary. Kalau tak timbul balik macam mana? Aktiviti kanu aku di pairkan dengan Chinese girl. Sebelum berkanu, ade latihan macam mana nak gerakkan pendayung untuk berhenti, tukar arah dan sebagainya. Suka dengan Chinese girl tu sebab sama-sama ikut arahan. Kiri kanan kiri kanan. HAHA.

Lepas berkanu, aktiviti jungle hunt. Penat memang penat tapi dah arahan kan. Dah selesai, pertandingan berkanu. Nak taknak kena turut serta. Alhamdulillah, dapat nombor satu. Siapa yang tak happy habak kat hang! Senyum sampai telinga okey. :") Latihan berkumpulan boleh tahan lah. Kena fikir lagu kumpulan dan aktiviti kumpulan (lakonan). Malu! Malam bbq diakhiri dengan tangisan di atas buaian. Makan pun tak kenyang. Tapi biarlah rahsia. Hanya aku dan Mek Jah sahaja yang tahu. :"P Esoknya sebelum bertolak balik, sempatlah jugak khemah naik air. Berlari semua orang. Alhamdulillah, walaupun sibuk berenang bagai, solat tak dilupakan. Syabas semua! Paling rare tak boleh mandi air paip. Hanya boleh mandi air laut dan air tawar sahaja. Bayangkanlah. Tapi air laut kan kategori air mutlak, so nak takut apa? Air yang paling bersih. :")

Kalau ade students yang nak further study degree or diploma, why not sambung dekat UMT. Serius sangat best sampai korang akan ingat sampai bila-bila. Walaupun aku hanya stay dekat UMT 3 bulan je, tapi banyak kenangan aku di sana. Walaupun ada yang dah tak ingat dan ada yang ingat aku, semoga persahabatan kita kekal selamanya. InsyaAllah... Untuk students UPNM yang pernah rapat dengan aku, terima kasih weyh! Walaupun ko jauh muda daripada aku, tapi ko sangat matang dan perangai gila-gila kau buat aku suka. Sorrylah sebab aku banyak buat hal dengan ko. Apapun, aku still ingat dan cam kau walaupun nama kau aku lupa. Kalau kau terjumpa entry ni, keep in touch balik okey?
Kumpulan Ketam
sumber : www.google.com

No comments: