Assalamualaikum...
Tahun ketiga. Perkahwinan dan Pengajian. =")
Semua orang ada cita-cita. Begitu juga aku. Alhamdulillah, i'ts third year already. Pejam celik pejam celik tahun 2014 melangkah masuk ke tahun baru. Two years left and I'm quite excited to finish my studies. Banyak sejarah sebenarnya sepanjang nak mengejar cita-cita nan satu. Kalau boleh biar ke peringkat tertinggi. Bukanlah sijil yang dicari, tapi ilmu Allah yang didambakan untuk jiwa sanubari. Ayat mungkin cliche, tapi niat kena perbetulkan baru segala-galanya dipermudahkan.
Tahun 2008 aku pernah melanjutkan pelajaran dekat UMT, Terengganu. Tapi disebabkan aku dapat tawaran kerja kerajaan, dengan berat hatinya aku terpaksa melupakan cita-cita aku seketika. Bukan senang nak buat keputusan samada memilih kerjaya dan pengajian. Kedua-duanya penting bagi aku. Menangis usah cakap bila terpaksa memilih. Berat hati memandang berat lagi hati yang memikul. Aku percaya, rezeki orang lain-lain. Kau lebih yang itu, aku lebih yang ini. Allah Maha Adil. Aku mengambil keputusan untuk memilih kerjaya atas nasihat Mak & Papa termasuk encek Kesayangan.
Alhamdulillah, aku diberi peluang sekali lagi untuk melanjutkan pelajaran di Selatan secara separuh masa. Disebabkan aku mengambil course yang bukan diminati di mana ianya lebih ke arah penyediaan makanan, bukan analisis makanan. Akibatnya, aku mengambil keputusan untuk meangguhkan pengajian. Terus-terang ianya tak kena dengan jiwa aku. Walaupun sebenarnya aku taklah sehebat mana dalam bidang sains, tapi aku tekad untuk buktikan pada diri aku sendiri bahawa aku boleh! Dan aku percaya kalau orang lain boleh, kenapa aku tidak? Paling penting aku takkan sesekali mengalah dan takkan pernah menyesal dengan setiap keputusan dan tindakan dalam hidup aku.
Aku ingat lagi masa belajar dekat MGS Ipoh, walaupun aku tak minat sains tapi setiap kali buat amali, aku jadi teruja nak kaji itu dan ini. Sampailah ke sekolah menegah. Walaupun tak dapat skor subjek sains dengan baik bukan sebab soalan susah tapi sebab salah sendiri dan disebabkan itu aku pernah ditawarkan kelas sastera semasa tingkatan enam. Dari situ aku rasa kecewa sangat dan aku ambil keputusan untuk pohon sambung belajar di politeknik. Boleh dikatakan aku ambil masa berhari-hari duduk dekat cyber café untuk cari course yang aku betul-betul minat dan paling penting ada kajian dan analisis. Sebab dekat rumah tak ada internet. Sehinggalah aku terjumpa course Teknologi Makanan di POLISAS dan Alhamdulillah aku dapat. Rupa-rupanya aku ditawarkan melanjutkan pengajian di UiTM semasa aku di POLISAS.
2 tahun yang lalu, sewaktu sibuk uruskan itu ini untuk majlis perkahwinan, aku ambil keputusan drastik untuk sambung pengajian. Syukur teramat sangat sebab aku ditawarkan course yang aku minat. Walaupun aku tahu bukan senang nak bahagi masa sebagai seorang kakitangan kerajaan, anak dan isteri tapi aku yakin Allah sentiasa bantu bila aku hilang arah. Paling penting berjuta-juta terima kasih untuk encek Suami yang sentiasa ada di sisi aku. Susah senang aku, jatuh bangun aku, suka duka aku. Ya Allah, rasa nak menitik air mata bila teringat segala pengorbanan encek Suami. Kalau ditunjuk cctv dekat Akhirat nanti, tak tertulis betapa banyaknya usaha dan pengorbanan encek Suami samada sedar dan tak sedar selama aku sibuk atau tak sibuk sepanjang aku meneruskan cita-cita ini. InsyaAllah... Tahun ni giliran aku pula bantuk encek Suami capai cita-cita dia.
Tahun ketiga, aku tahu cabarannya makin sukar. But, Alhamdulillah 2 years back everything wentwell. Walaupun pointer taklah setinggi sewaktu aku ambil Diploma atau Degree di Selatan dulu, tapi tak apa. Allah bagi aku banyak masa untuk perbaiki pointer aku. Bak kata pensyarah, kalau nak pointer tinggi jangan ambil sains. =P Kadang-kadang aku rasa cemburu dengan course di luar sains yang senang sangat nak skor dan dapat dekan. Aku hanya mampu lihat senarai dekan dengan keluhan yang mendalam. How i missed my dean list moments at POLISAS.

Perjalanan sambung belajar di Utara tak mudah.Ulang-alik ke Utara selama 5-7 jam berkali-kali. Dah macam rumah ketiga selepas rumah kuarters dan rumah kampung. Dengan jauhnya beratus-ratus kilometer, panas teriknya cuaca, tol dan minyak ulang-alik beratus-ratus ringgit, belum lagi bila tak bawa kereta ke Utara lagi lah pancarobanya lain macam sikit. Kalau tak ada bas, jenuh lah menapak dari tempat bas ke hostel nun di kaki bukit. Kalau satu dua kelas tak apa, kalau terus-menerus sampai malam? Tak ke haru-biru namanya. Lemah longlai nak naik ke hostel. Kalau boleh nak tidur tepi jalan je. Aku teringat ada sekali balik lambat sebab amali dengan hujannya, bas tak ada. Terpaksalah berjalan dalam hujan. Dah macam drama sinetron pun ada. Sejak dari tu, payung sentiasa dalam beg. .__."
Apapun aku suka Utara! Makanan yang awesome, unversiti yang mesra alam, pemandangan yang cantik, pakaian yang up to date, tempat yang menarik, kawan-kawan yang helpful dan lain-lain.
Walaupun kawan tak ramai, tapi aku bersyukur ada kawan yang lend their shoulder to me when i'm not strong enough dekat sana.Terima kasih, Allah! =) Semoga segala pengorbanan aku dan encek Suami dan doa dari kedua-dua keluarga akan ada hasilnya. Aku percaya, "my life may not be going the way I planned it, but it is going exactly the way Allah SWT planned it. Allah is the Best of Planners and Allah knows best."
sumber : www.usm.my |