Assalamualaikum...
Minggu lepas, rakan sekerja aku bagitahu ada orang nak belanja makan kambing bakar dekat House Of Kambing, MAEPS Serdang sempena dia dapat duit lebih masa jadi rider sepanjang Malaysia Agriculture, Horticulture & Agriculture (MAHA) 2018. Mujur rakan sekerja aku bagitahu sebelum aku sarapan. Sebabnya aku siapkan semua kerja dulu baru beli sarapan dekat Serdang Club sebelah Jabatan Pertanian Serdang dalam pukul 10.30 pagi. Makanya, bihun sup yang aku beli tu aku makan lepas habis kerja lah nampaknya. Waktu tengah hari, aku dengan rakan sekerja yang lain pun geraklah ke House Of Kambing, MAEPS Serdang. Orang nak belanja kebetulan lapar, lagilah semangat nak makan. Aku tak sempat nak tangkap gambar banyak-banyak masa makan dekat situ. Ramai orang tengah menjamu selera. Aku kongsikan gambar-gambar yang ada dekat Official Facebook : House Of Kambing. Bagi aku kawasan dekat House Of Kambing, MAEPS Serdang ala-ala macam dekat Kundasang, Sabah. Sambil kau makan, sambil kau boleh tengok unta dan kambing biri-biri tengah meragut rumput.

Masa nak order tu, dah tentulah kena ikut budget orang yang belanja kan. Kami yang lain-lain ikut kan je. Mulanya nak pilih set yang dekat bawah ni. Tapi macam takut tak cukup pula untuk enam orang makan. Yelah, manalah tahu masing-maisng nak makan banyak. Lebih baik pilih untuk set seorang satu. Kali pertama aku makan dekat sini dengan rakan sekerja, rasa kambing bakar sedap sangat. Kali kedua aku makan dengan encik Suami, rasa kambing bakar macam kureng sikit. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab ramai orang waktu hari minggu.
Review aku :
Kali Pertama ★★★★
Kali Kedua ★★★
Kebersihan ★★★★★
Service ★★★★★
Dekat bawah ni, aku kongsikan maps nak ke House Of Kambing, MAEPS Serdang. Selamat mencuba! :")
No comments:
Post a Comment