Sunday, 23 November 2014

Beli-Belah Secara Online?

Assalamualaikum...

Lama tak membebel dekat blog kesayangan. =) Isnin hingga Jumaat kerja. Hari minggu adalah minggu balik kampung, minggu kemas rumah, minggu menyiapkan tugasan dan minggu dating bersama-sama encek Suami tercinta. 24 jam sehari memang tak cukup untuk seorang perempuan yang konon-kononnya bercita-cita besar. Hari ni bukan nak cerita pasal cita-cita tapi tentang membeli-belah secara online atau shopping online.

Mesti ramai yang dah biasa beli barang online kan? Tak kisah lah pakaian ke, cenderahati ke, makanan ke, gadget ke, aksesori ke atau apa-apa je lah. Aku pun sama. Kalau tak silap masa zaman myspace dengan encek Suami, aku dah mula berani beli barang secara online. Aku beli baju dekat salah satu page myspace tapi aku dah lupa nama page tersebut. Sekarang kan zaman facebook. Mana ada dah orang guna friendster & myspace. Ye tak?

Bagi aku beli belah secara online ada kebaikan dan keburukannya. Aku bukan seorang pembeli online yang tegar kecuali kalau aku betul-betul suka dan rasa harganya berpatutan dengan barang yang dibeli. Tapi aku pantang nampak baju cantik. Dan sebab itulah aku kena fikir banyak kali samada nak beli atau tidak. Sukakan kecantikan itu kan fitrah manusia. Tambahan pula aku ni perempuan. Mana ada perempuan kat dunia ni taknak cantik terutamanya depan suami mereka. Kan? Kalau aku rasa jenis kain ni sesuai dengan harga, aku akan beli. Kalau tak, aku akan beli sendiri dekat pusat beli-belah walaupun reka bentuk atau corak tak sama langsung dengan apa yang aku suka. Bukan tak mampu, tapi apa yang aku belajar dari encek Suami jimat tu perlu. Pentingkan keperluan baru kehendak. Walaupun bil-bil dan barang dapur semuanya encek Suami yang bayarkan, tapi perancangan untuk masa depan pun kena difikirkan.

Seingat aku, walaupun aku ni jenis memilih kalau nak beli barang secara online, mungkin lebih 20 kali aku laburkan duit aku dekat online. Tapi kebanyakannya bawah RM50 termasuk pos sekali. Maknanya aku dah laburkan lebih kurang RM1000 dekat peniaga online. Tu tak termasuk beli dekat pusat beli-belah. Bak kata pepatah Inggeris "shopping is the bestmedicine". Kalau tak pakai boleh buat stok untuk anak-anak nanti. Muahahaha! -..-

Setakat ni, Alhamdulillah aku tak pernah lagi kena tipu dek peniaga online. Kadang-kadang kita tak boleh nak jangka samada peniaga online tu menipu atau tidak. Bila ramai followers di facebook atau instagram pun belum tentu peniaga tersebut jujur dan boleh dipercayai dan begitulah sebaliknya. Cuma kita kena selalu pantau peniaga punya page samada mereka rajin update dan bagi feedback tentang pelanggan-pelanggan yang pernah beli barang mereka. Sejak ada instagram, memang senang sangat nak beli secara online. Tambah pula hanya letak gambar dan letak details dekat bawah gambar. Terus hantar pesanan dekat sms atau whatsapp. Mudah dan cekap. Zaman dah berubah, teknologi yang kita guna pakai pun dah berubah. Salah satu sebab ramai peniaga jual dekat instagram, kerana adanya hashtag. Kalau peniaga jual jubah dia akan letak hashtag #jubahmurah sebagai contoh. Ia memudahkan lagi pembeli untuk tengok pakaian yang diingini tanpa perlu tengok satu per satu.
Bila lah agaknya nafsu nak beli-belah ni akan pudar? Banyak baju yang tak terpakai lagi. -..-

No comments: