Friday 9 March 2012

Tips Mengatasi Kulit Muka Mengelupas?

Assalamualaikum...

Pagi tadi, tengah bersiap-siap nak pergi kerja, masa aku nak sapu bedak dekat muka, tengok dekat  depan cermin macam something is wrong. Belek punya belek punya belek banyak banyak kali dekat depan cermin, rupa-rupanya muka dah start mengelupas. Bukan sebab pakai produk pemutihan wajah tebal-tebal sampai muka aku jadi macam ni. Tapi sebab aku baru balik daripada kursus latihan transformasi negara antara MARDI dengan usahawan-usahawan dari seluruh negeri. Bila dah namanya transformasi, bermakna muka yang dulunya cerah kena lah transform kan jadi kurang cerah. haha. :P

Nasib badan. Ini lah akibatnya, bila buat aktiviti lasak tapi taknak pakai sun block. Dengan penuh confidentnya berharap agar muka tak akan mengelupas dan tak akan tan dek sinaran cahaya matahari. Konon-konon, dah ade pengalaman masa Biro Tata Negara yang lepas. Tak payah pakai sun block bagai, muka yang sedia ada masih dalam keadaan yang sama. Tapi... Tak sangka pulak aktivuti kali ni sangat-sangat mencabar! Will be update the story later okey?

Google punya google, macam mana nak hilangkan kulit mengelupas ni dengan cepat dan mudah, terjumpa dekat blog http://chekguisza.blogspot.com. Happy sebab kulit muka mungkin akan kembali kepada yang asal dalam masa beberapa hari lagi. InsyaAllah...
source : www.google.com
Antara tips-tips yang boleh dilakukan untuk mengurangkan dan menghilangkan kulit yang mengelupas :
  • Buangkan hujung kulit yang mengelupas tapi jangan sampai terluka kulit akibat potongan hujung kulit itu.
  • Gunakan produk pelembap kulit/muka.
  • Minum air masak sekurang-kurangnya 10-12 gelas sehari.
  • Makan makanan yang membekalkan vitamin A, zat besi, iodine serta vitamin B.
  • Makan buah-buahan.
  • Dapatkan rawatan doktor jika membimbangkan.
  • Buat rawatan muka di SPA.
Yang telah di bold kan, aku rasa itu adalah cara yang paling mudah untuk aku apply dekat muka yang mengelupas ni. Terfikir-fikir jugak apa sebabnya muka aku boleh mengelupas sampai boleh jadi macam ni sekali. Kebetulan, blog tu pun ade senaraikan punca-punca kulit muka senang mengelupas. Antaranya :
  • Salin kulit.
  • Tersalah pakai produk kulit yang tidak bersesuaian dengan kulit.
  • Campur pakai bermacam-macam produk kulit.
  • Ada kaitan dengan masalah kulit.
  • Kulit tidak tahan dengan cuaca panas atau cuaca sejuk.
  • Masalah keturunan.
  • Jangkitan penyakit.
  • Kekurangan vitamin A, zat besi, iodine serta vitamin B.
  • Kemungkinan berpeluh secara berlebihan.
  • Diet makanan yang tidak sesuai atau kurang vitamin.
  • Keadaan kulit yang sensitif seperti berminyak, kering dan lain-lain.
Start esok, kena amalkan tips-tips di atas. Nak elakkan daripada ramai orang bertanya benda yang sama dekat aku, "kenapa kulit mengelupas ni?" Nasib baik ade compact powder, takdelah rasa down sangat. Alamak! Esok ade game bola jaring. Lagi lah berhadapan dengan orang ramai. Berpanas lagi lah nampaknya. Doakan team aku menang ye, kawan-kawan. InsyaAllah... Amin ya rabbal alamin...

No comments: