Assalamualaikum...
Nenek. Tak pernah aku luahkan pada siapa-siapa melainkan hati, encek Suami dan Mak aku. Tak sampai hati nak luahkan dekat Papa. Risau Papa akan teremosi dengan kenangannya bersama Nenek. Aku selalu rindukan Nenek. Itulah satu-satunya nenek yang pernah berkongsi kasih sayang sehingga aku menginjak usia remaja. Tok, Opah dan Atuk aku hanya jumpa mereka bertiga sebelum aku sempat mengenal apa itu ABC. Allah lebih menyayangi mereka bertiga dan aku hanya mengenal nama mereka sebelum aku sempat mengenal wajah mereka. Tapi Allah sentiasa adil pada hambaNya dan beri keizinan juga kesempatan pada aku untuk merasai kasih sayang seorang Nenek. Rindunya tak terkata!
Papa berasal dari Johor Bharu. Disebabkan Papa pencen dari polis awal, aku selalu ikut Papa balik kampung semasa cuti sekolah. Masa kecil, aku rapat dengan Papa. Sebab tu, walaupun Mak tak ikut sekali balik sebab kerja, aku tak menangis cari Mak. Lagipun sepupu-sepupu aku di Johor Bharu tersangatlah ramai. Tak sempat nak fikir cari Mak. Boleh dikatakan setiap tahun, bila cuti sekolah mesti Papa ajak aku balik kampung naik kereta api berdua. Sampaikan pernah sekali, semasa kereta api singgah dekat stesen Ipoh kalau tak silap Papa nak pergi beli rokok, tiba-tiba aku terdengar siren kereta api menandakan kereta api nak berjalan. Walaupun masa tu dalam darjah 2 atau 3, aku rasa cuak lah juga, buatnya kereta api bergerak, tinggallah aku keseorangan dekat situ. Disebabkan takut, aku terus ke pintu kereta api. Nasib baik Papa sempat naik. -.-" Dah lama tak naik kereta api sejak Nenek meninggal. Rindu pada suasana kereta api. Selalu teman Papa pergi dekat bahagian dapur kereta api kalau lapar. Banyak sungguh kenangan waktu kecil. ;((
Sepanjang aku dekat Johor Bharu, memang mulanya aku agak kekok sikit dengan sepupu yang lain. Tapi bila dah biasa, memang boleh dikatakan kitaorang kamceng sangat! Aku ingat lagi ayah dan mak saudara aku semuanya baik sangat. Bila waktu aku dengan Papa datang, mereka lah yang rajin masakkan aku itu ini, bawa aku jalan-jalan, main sana-sini, teman sepupu ngorat jiran sebelah rumah, belanja macam-macam. Tak tersenarai aku dalam blog ni sebab banyak sangat! Paling aku rindu kopi kaw dan ubi kayu rebus cicah sambal ikan bilis air tangan Nenek. Memang sedap! Buat banyak pun mesti tak cukup sebab cucu-cucu Nenek suka sangat! Nenek aku kelakar sikit orangnya dan suka melatah. Aku dengan sepupu-sepupu aku selalu geletek dan kenakan Nenek. Suka sangat tengok Nenek ketawa sampai marah. Sampaikan tergelak-gelak kitaorang tengok gelagat Nenek. Aku masih ingat lagi wajah Nenek tanpa perlu gambar Nenek. ;((
Bila malam, selalu singgah warung salah seorang mak saudara, Makcik Comel dekat Kampung Melayu Majidee. Pertama kali aku rasa otak-otak adalah dekat warung mak saudara aku. Mak saudara memang setiap hari belanja makan. Memang syok! Kadang-kadang tak tahu nak makan apa. Mak saudara aku juga lah yang pertama kali ajar aku makan petai. Kalau ikutkan, aku mana makan petai. Tapi bila dah rasa, sampai sekarang aku makan. Sampaikan setiap kali balik rumah Mentua, mesti Mak mentua aku masakkan sambal ikan bilis petai untuk aku. HAHA. :") Dan masa itu lah pertama kali juga aku naik kereta mahal kepunyaan mak dan ayah saudara aku. Budak-budak waktu tu, kan perasaan teruja lain sikit. Kadang-kadang, aku dengan sepupu aku tolong belikan arwah mak saudara aku, Makcik Jah beli keropok dekat kedai. Kalau tak silap keropok kacang buncis warna hijau tu. Beli banyak-banyak lepas tu kongsi makan sama-sama sambil tengok tv. Kalau tak cukup, kami akan singgah dekat kedai mak saudara yang lain, Makcik Tini beli kuih-muih untuk makan petang dengan Nenek dan ayah saudara yang lain.
Nenek baik sangat. Selalu layan dan tegur aku dengan nada yang baik. Tak pernah marah aku mungkin sebab aku jarang balik Johor. Lagipun, aku jenis pendiam sikit. Dan sepupu-sepupu aku lah tempat hiburan aku. Aku tahu Nenek suka sangat tengok cucu-cucu dia depan mata dia. Sebab itu lah aku suka sangat jumpa Nenek. Aku boleh ingat lagi macam mana keadaan rumah Nenek dan suasana pagi petang halaman Nenek. Nikmatnya tak terkata! Sungguh berbeza keadaannya dengan apa yang aku lihat pertengahan tahun lalu bila ada kenduri kahwin salah seorang sepupu aku. Rasa nak menangis bila tengok keadaan rumah Nenek. Bukan tak terjaga, tapi terlalu banyak pengubahsuaian. Strutktur rumah dah lain. Bila dongak ke siling, lampu bulat Nenek dah tiada. Bilik tidur Nenek dan halaman rumah pun dah diubahsuai. Lamanya aku tak jenguk rumah Nenek sejak Nenek kembali pada Maha Esa. ;(( Tapi aku tahankan rasa hati, tak mengapalah asalkan mak saudara jaga rumah Nenek sehabis baik. Alhamdulillah. :")
Aku ingat lagi masa Papa dapat panggilan daripada Mak saudara yang mengatakan Nenek sakit. Waktu itu juga aku dengan Papa balik Johor. Masa tu Nenek boleh bercakap lagi. Cuma terbaring dekat katil Nenek yang selalunya akan jadi tempat tidur aku dengan Papa kalau kami berdua balik Johor. Nenek kenal aku. Aku dapat lagi rasa genggaman tangan Nenek semasa Nenek panggil nama aku. Nenek tanya, "Nanti Yah dah besar, Yah nak jadi apa?" Aku sempat jawap tapi biarlah jawapan itu rahsia. Nenek tanya lagi, "Yah nak masuk Universiti apa?" Terus aku jawap, "Universiti _____ Malaysia, nek." Nenek terus cakap, "Nenek doakan Yah akan dapat masuk Universiti _____ Malaysia." Ya Allah, menangis aku depan Nenek sambil aku cium Nenek puas-puas. *Tak tahan dah nak menangis dalam hati, taip dalam menangis.*
Mak saudara sentiasa update dengan Papa tentang keadaan Nenek. Dalam tahu tak tahu, wujud rasa risau dalam diri aku. Kalau Nenek dah tiada, di mana lagi tempat bermanja aku? Tempat kasih sayang aku? Tapi Allah lebih menyayangi Nenek. Semasa aku tingkatan 3 - 4, akhirnya Nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk berjumpa dengan Penciptanya. Waktu dapat khabar berita Nenek meninggal, menggigil kaki dan tangan aku seolah-olah tak percaya yang Nenek dah tiada. Masa sampai rumah Nenek, bila aku tengok ramai orang, aku jadi blur. Pergi belah depan tak kena, belah belakang tak kena. Sampaikan nak mandikan jenazah Nenek pun, aku macam tak berpijak di bumi yang nyata. Sehinggalah saat di suruh cium jenazah buat kali yang terakhir. Memang aku tak tahan, berapa kali jangan dibiar air mata tak menitis, saat nak cium arwah Nenek, saat itu lah air mata mengalir laju. Aku yang beberapa bulan tinggal bersama Nenek pun dah macam tu, apatah lagi sepupu-sepupu aku yang lain setiap saat tinggal dengan Nenek. Aku gagahkan juga diri aku cium dahi Nenek berulang kali tanda aku meredhakan pemergiannya.
Nenek, semoga Nenek ditempatkan bersama-sama orang yang soleh di syurga. Walaupun Nenek dah tiada, kenangan bersama Nenek, tak mungkin Yah lupakan sampai akhir hayat Yah. Kita jumpa di syurga nanti ye, Nenek. Al-Fatihah untuk Nenek. Sayang Nenek sangat-sangat!

Dari cucumu, Adawiyah Akbar