Wednesday, 20 June 2018

Salam Maulidur Rasul 1440H/2018 - Sirah Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum...
They say you can never love someone whom you have never seen. I just smiled and said "I haven't seen my Prophet Muhammad SAW, but I love him dearly. ♥"


Sirah (Kisah Hidup Nabi Muhammad SAW)

Bahagian I

1. Nama Nabi Muhammad SAW?
Jawapan : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murra bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihir bin Malik bin Nadr bin Kinana bin Khuzaiman bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan bin Add bin al-Muqawwim bin Nahur bin Tarikh bin Ya’rub bin Yasyjub bin Nabit bin Ismail bin Ibrahim bin Tarah bin Nahur bin Saru’ bin Ra’u bin Falikh bin Aybar bin Syalikh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh bin Mutusyalikh bin Akhnukh bin Yarda bin Mahyalil bin Qinan bin Yanish bin Syits bin Adam.
kitab Ibnu Hisyam

2.  Bilakah Nabi Muhammad SAW dilahirkan?

Jawapan : Pada waktu pagi hari Isnin berasamaan 12 Rabiul Awal Tahun Gajah (20 April 571M)

3. Di manakah Nabi Muhammad SAW dilahirkan?

Nabi Muhammad SAW dilahirkan di sebuah rumah milik bapanya, Abdullah di lorong Bani Hashim di kota Mekah

4. Siapakah nama ibu dan bapa Nabi Muhammad SAW ?
Jawapan : Ibu - Aminah Binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah (orang Madinah)
Bapa - Abdullah Bin Abdul Mutallib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah (orang Mekah)

5. Bilakah bapa Nabi Muhammad SAW meninggal dunia?
Jawapan : Ketika Nabi Muhammad SAW masih berada di dalam kandungan ibunya

6. Siapakah bidan yang menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW?
Jawapan : Ibu Abdul Rahman bin Auf

7. Bilakah ibu Nabi Muhammad SAW meninggal dunia?
Jawapan : Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 6 tahun

8. Nabi Muhammad SAW diberi nama oleh datuknya dengan nama Muhammad, apakah maksud Muhammad?
Jawapan : Orang yang banyak dipuji seluruh penduduk di langit dan di bumi

9. Siapakah nama datuk Nabi Muhammad SAW yang memeliharanya setelah kematian ibunya?Jawapan : Abdul Mutallib

10. Datuk Nabi Muhammad SAW meninggal dunia ketika Nabi Muhammad SAW berusia berapa tahun?
Jawapan : Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 8 tahun

11. Nabi Muhammad SAW telah dihantar ke perkampungan Bani Saad  berdekatan dengan Mekah untuk disusukan kepada wanita desa. Siapakah nama ibu susuan Nabi Muhammad SAW?
Jawapan : Suwaibah Al-Aslamiyah (hamba Abu Lahab) dan Halimatus Saadiah

12. Berapa lamakah Nabi Muhammad SAW dijaga oleh ibu susuan di perkampungan  Bani Saad?
Jawapan : Sehingga Nabi Muhammad SAW bercerai susu pada umur 2 tahun. Sepatutnya ibu susuan Nabi Muhammad SAW, Halimatus Saadiah sudah menghantar baginda ke rumah ibu baginda, Aminah di kota Mekah. Halimatus Saadiah bersama-sama suaminya telah menghantar Nabi Muhammad SAW ke rumah ibu baginda di kota Mekah. Bukan untuk menghantar baginda kepada ibunya tetapi untuk memohon kepada ibu baginda bagi memelihara Nabi Muhammad SAW di perkampungan Bani Saad. Halimatus Saadiah memelihara Nabi Muhammad SAW sehingga baginda berumur 5 tahun 3 bulan.

13. Bagaimanakah pembedahan pertama kali terhadap Nabi Muhammad SAW?
Nabi Muhammad SAW bermain-main bersama-sama adik-beradik susuan di belakang rumah perkampungan Bani Saad. Datang malaikat Jibril AS dengan rupa paras manusia atas perintah Allah SWT bagi melakukan pembedahan kali pertama terhadap Nabi Muhammad SAW. Jibril pegang Nabi Muhammad SAW dan membaringkan Nabi Muhammad SAW di atas tanah. Jibril membelah, memotong, membedah dan mengeluarkan sesuatu, membersihkan dengan air zam-am, memasukkan seuatu dan menjahitkan semula. Adik beradik susuan lari ke dalam rumah bagi mendapatkan Halimatus Saadiah dan suaminya, Harith. Halimah Saadiah dan suaminya, Harith berlari-lari keluar rumah tengok dan melihat muka Nabi Muhammad SAW kelihatan pucat. kemudian Nabi Muhammad SAW menceritakan kepada mereka berdua. Kesan jahitan di dada sebelah kanan dilihat oleh para sahabat sehingga Nabi Muhammad SAW dewasa. Selepas peristiwa ini, Halimah Saadiah dan suaminya, Harith telah menghantar Nabi Muhammad SAW kepada ibunya, Aminah di kota Mekah.

14. Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi Muhammad SAW setelah kematian datuknya?
Jawapan : Abu Thalib (ketua penduduk Mekah yang hidupnya susah)

15. Ketika Nabi Muhammad SAW masih remaja setelah melihat keluarga bapa saudaranya yang susah, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai penggembala binatang ternakan. Apakah binatang tersebut?
Jawapan : Menggembala kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dengan hanya menerima beberapa qirat (satu qirat bersamaan dengan 1/24 dinar) sebagai upah

16. Nabi Muhammad SAW pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah Binti Khuwailid untuk berniaga di Syam bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut?
Jawapan : Maisarah

17. Pada usia berapakah Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah Binti Khuwailid diijabkabulkan/berkahwin?
Jawapan :  Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 25 tahun dan Siti Khadijah Binti Khuwailid berumur 40 tahun

18. Berapakah usia Nabi Muhammad SAW ketika diangkat sebagai Rasul?
Jawapan :  Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun

19. Apakah ayat Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW?
Jawapan : Iqra’

20. Di awal Islam, Nabi Muhammad SAW telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dimanakah markaz/pusat dakwah tersebut?
Jawapan : Nabi Muhammad SAW berdakwah secara sembunyi-sembunyi di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam

21. Berapa lamakah Nabi Muhammad SAW berdakwah secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan : Nabi Muhammad SAW berdakwah secara sembunyi-sembunyi selama 3 tahun

22. Pada peringkat awal kerasulan, Nabi Muhammad SAW menyebarkan dakwah baginda secara sembunyi-sembunyi kepada siapa?
Jawapan :
  • Khadijah Binti Al-Khuwailid (isteri Nabi Muhammad SAW)
  • Ali bin Abi Thalib (sepupu Nabi Muhammad SAW)
  • Zaid bin Harithah (pembantu Nabi Muhammad SAW)
  • Abu Bakar As-Siddiq (kawan karib Nabi Muhammad SAW)
  • Uthman bin Affan
  • Zubair bin Awwam
  • Sa’ad bin Abi Waqqas
  • Abdul Rahman bin ‘Auf
  • Thalhah bin ‘Ubaidillah
  • Abu ‘ubaidillah bin Jarrah
  • Arqam bin Abi al-Arqam
  • Fatimah bt Khattab (adik Umar al-Khattab) dan suaminya Said bin Zaid al-‘Adawi
23. Berapakah usia Nabi Muhammad SAW ketika wafat?
Jawapan : Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 63 tahun

24. Tentera bergajah telah dimusnahkan oleh Allah dengan dikirimkan burung apa?
Jawapan : Burung Ababil

Bhgn II

1. Bilakah tarikh Nabi Muhammad SAW dilahirkan mengikut kalendar Masehi?
Jawapan : 20 April 571M
2. Apakah peristiwa yang berlaku sebagai tanda sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW?
Jawapan :  Ibu Nabi Muhammad SAW melihat keluarnya cahaya besar menerangi istana-istana di Syam semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW, jatuhnya berhala-berhala, api yang membara daripada kaum Majusi di kerajaan Parsi yang sudah menyala selama beribu tahun telah terpadam tanpa ada sebab tertentu dan air/danau sawah dari sesuatu negeri telah menjadi kering
3. Kenapakah tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW digelar sebagai Tahun Gajah?
Jawapan : Kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah yang berasal dari Habashah telah menyerang dan mahu meruntuhkan Kaabah. Tetapi tentera bergajah tersebut telah dihancurkan oleh burung Ababil dengan izin Allah SWT.
4. Ketika Nabi berusia 12 tahun, Abu Thalib membawa Nabi Muhammad SAW bersama dalam urusan perdagangan ke Syam. Ketika itu, Pendeta Nasrani yang alim, telah berjumpa dan menasihati Abu Thalib supaya menjaga dengan baik dan membawa pulang segera Nabi Muhammad SAW kerana dikhuatiri akan dibunuh oleh orang Yahudi? Siapakah nama pendeta Nasrani tersebut?
Jawapan : Rahib Buhaira
5. Ketika Nabi Muhammad SAW berusia 15 tahun, peperangan antara Arab Quraisy dan Qais ‘Ailan yang berlaku pada bulan Zulqaedah. Menurut pandangan penduduk Arab pada zaman Jahiliah, peperangan adalah dilarang pada bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Apakah nama peperangan tersebut?
Jawapan : Peperangan Fijar (melanggar adat atau tempoh gencatan peperangan)
6. Semenjak kematian Abdul Muthalib, pemimpin-pemimpin Quraisy telah bersumpah akan bersatu dan bersama dalam menangani kes-kes di kota Mekah supaya tiada seorang pun yang akan teraniaya. Akur janji dan sumpah tersebut telah dilakukan di rumah Abdullah Bin Juda’an ketika Nabi Muhammad SAW berusia belasan tahun. Mengikut sejarah, apakah nama sumpah tersebut?
Jawapan : Halful Fudhul
7. Seramai 13 orang yang telah menjadi isteri kepada Nabi Muhammad SAW. Senaraikan isteri-isteri baginda.
Jawapan :
  • Siti Khadijah Binti Al-Khuwailid
  • Saudah Bt Zamaah (mengahwini atas dasar menjaga anak-anak Nabi Muhammad SAW bersama Siti Khadijah)
  • Siti Aisyah Binti Abu Bakar (mengahwini atas dasar merapatkan lagi hubungan dengan Saidina Abu Bakar)
  • Hafsah Binti Umar (mengahwini atas dasar merapatkan lagi hubungan dengan Saidina Umar dan memuliakan suaminya yang syahid ketika Perang Uhud)
  • Zainab Binti Khuzaimah (mengahwini atas dasar memuliakan suaminya yang syahid ketika Perang Uhud)
  • Ummu Salamah Hindun Binti Abu Umayyah (mengahwini atas dasar memecah tembok permusuhan dan kebencian dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam)
  • Zainab Binti Jahsyi (mengahwini atas dasar perintah Allah SWT)
  • Juwairiyah Binti Al-Harith (mengahwini atas dasar tawanan perang Bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Nabi Muhammad SAW)
  • Safiyyah Binti Huyai (mengahwini atas dasar tawanan perang yang dibebaskan oleh Nabi Muhammad SAW)
  • Ummu Habibah Ramlah Binti Abu Sufiyan (mengahwini atas dasar bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan)
  • Maimunah Binti Al-Harith (mengahwini atas dasar ingin menyebar syiar Islam)
  • Mariyah Qibtiyah Binti Syam'un (mengahwini atas dasar hadiah daripada Raja Muqawqis)

8. Nabi Muhammad SAW mempunyai tujuh orang anak. Senaraikan nama anak-anak Nabi Muhammad SAW?
Jawapan :
  • Zainab 
  • Ruqayyah
  • Ummu Kalthu
  • Fatimah
  • Qasim  
  • Abdullah
  • Ibrahim
9. Bilakah tarikh Nabi Muhammad SAW wafat?
Jawapan : 12 Rabiul Awal Tahun 11 Hijrah 
10. Nabi Muhammad SAW sejak kecil telah digelar Al-Amin, apakah maksud Al-Amin?
Jawapan : Nabi Muhammad SAW merupakan seorang yang amanah, boleh dipercayai dan berdiri di atas kebenaran di kalangan masyarakat Mekah
11. Sebelum diangkat sebagai Rasul, Nabi Muhammad SAW bertahannuth (perbuatan yang cenderung kepada kebenaran dengan meninggalkan penyembahan berhala dan beribadat kepada Allah SWT semata-mata untuk beribadat dan berzikir kepada Allah SWT) selama sebulan. Di manakah Nabi Muhammad SAW bertahannuth?
Jawapan : Gua Hira' di Jabal Nur
12. Pada tahun ke-10 Nabi Muhammad SAW diutus sebagai rasul, ada dua musibah yang besar telah menimpa baginda. Dalam sejarah, tahun tersebut digelar sebagai Am Al Huzni iaitu Tahun Kesedihan. Apakah dua musibah tersebut yang menimpa Nabi Muhammad SAW?
Jawapan : Kematian bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Talib bin Abdul Mutalib
Kewafatan isteri kesayangan Nabi Muhammad SAW iaitu Saidatina Siti Khadijah Binti Al-Khuwailid
13. Setahun selepas tahun kesedihan, Nabi Muhammad SAW dihiburkan dengan mukjizat yang besar dan pada ketika itu, diwajibkan solat lima waktu sehari semalam. Apakah nama peristiwa tersebut?
Jawapan : Israk Mikraj
sumber : www.petua.org
diedit oleh : Adawiyah Akbar

No comments: