Tuesday, 15 May 2018

Tutorial Shawl Labuh.

Assalamualaikum...

Dulu aku tak suka sangat pakai shawl. Sebabnya bila pakai shawl akan menampakkan muka aku yang bulat. Bila aku nampak orang pakai shawl, teringin lah pula nak pakai. Lagipun tudung atau shawl kan ada musimnya. Minggu ni musim tudung, minggu depan musim shawl. Wanita dan tudung/shawl kan berpisah tiada. ._." Tapi biasalah bila musim pakai shawl, mesti bosan kan dengan satu style je. Kadang-kadang  nak juga cuba style yang lain. Walaupun pada akhirnya, aku mesti akan pakai balik style yang lebih ringkas dan selesa untuk dipakai. Janji menutup dada. So, dekat bawah ni, aku kongsikan dekat kau orang beberapa video tutorial menggunakan wide shawl. Kau orang boleh lah pilih dan cuba tutorial yang mana kau orang selesa untuk digayakan. Selamat mencuba! :")

sumber : Salsabeela

sumber : Muslimah Clothing

sumber : Rayyan Haya

sumber : Uswah Islamic Clothing

Dah alang-alang aku kongsikan tutorial shawl labuh, aku kongsikan juga satu post yang tular dekat Facebook mengenai Tudung, Aurat, Trend & Fesyen. Untuk renungan aku dan kau orang yang bergelar wanita. Moga jadi panduan bersama. InsyaAllah.
Asasnya kita pakai tudung ialah untuk menutup aurat. Kalau kita nak tutup aurat guna karung guni pun boleh sebenarnya. Tak ada masalah. Jadi, tudung hakikatnya bukan satu fesyen atau trend. Tudung adalah usaha kita untuk menutup aurat. Dan kita kena faham bahawa aurat wanita itu bukan rambutnya sahaja.

Bila Islam mula mendapat sambutan dalam kehidupan masyarakat, ada orang-orang yang ambil kesempatan mendapatkan kekayaan. Oleh kerana ramai mula ada kesedaran nak menutup aurat, maka pasaran tudung jadi meletup. Malangnya, bila pengeluar tudung pun tak faham apa fungsi tudung, tudung hanya jadi fesyen dan trend. Lama kelamaan, orang beli dan pakai bukan lagi kerana nak patuh syariah, bukan lagi nak tutup aurat, bukan kerana faham yang aurat mesti dijaga. Tetapi membeli kerana trend dan fesyen.

Akibatnya, mulalah orang pakai tudung, tapi masih tak tutup aurat. Pakai tudung, tapi baju lengan pendek. Pakai tudung, tapi dada masih terbonjol. Pakai tudung, tapi pakaian lain ketat. Pakai tudung, tapi kaki terdedah. Mulalah juga orang sanggup berhabis masa dan duit untuk beli fesyen tertentu. Sanggup beratur panjang-panjang, ada yang sanggup berasak-asak dan ada yang sampai bertukar ganas. Semata-mata nak tutup aurat? Atau semata-mata nak kejar trend & fesyen tertentu? Macam saya kata, kalau tujuannya nak tutup aurat, karung guni pun boleh pakai(dalam erti kata lain, berlambak pengeluar tudung lain ada, maka di mana keperluan nak keluar duit terlalu banyak, beratur panjang-panjang, berasak-asak, bergaduh-gaduh - lebih lagi untuk beli tudung tak patuh syariah?).

Kita perlu kembali memperbaiki asas kefahaman kita dalam melakukan sesuatu. Jika tidak, semakin hari, Islam semakin terfitnah dek perangai ummatnya sendiri.

Bayangkan jika Rasulullah SAW masih hidup dan melihat bagaimana syariat penutupan aurat dirogol begitu sekali oleh para kapitalis (dan kita pula pergi sokong kapitalis-kapitalis ini) hingga hilang makna dan hikmahnya? Hingga tersasar dari tujuannya? Hingga terfitnah Islam yang telah baginda & para sahabat korbankan diri mereka untuk menyebarkannya?

Ini baru kita sentuh fasal tudung, belum lagi fasal perkara lain di negara kita ini. Kemudian kita maki Yahudi, Amerika dan lain-lain bila mereka aniaya unmat Islam di sana sini. Sebenarnya, kita yang telah menganiaya diri kita sendiri - dengan meninggalkan kehidupan Islam yang sebenar. Lari jauh dari makna asalnya - untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Saya yakin, jika kita semua faham, tokey-tokey tudung tak patuh syariah dan trend entah apa-apa ni, pasti bankrap. Malangnya, macam perkara-perkara lain yang tak patuh syariah di negara kita, oleh kerana kesedaran tak mendakap jiwa kita, semuanya masih tumbuh subur melata, perlahan-lahan merosakkan moral dan kekuatan Ummah ini.

Kapitalis, kepala-kepala perkara tak patuh syariah ini mereka paling kurang untung di dunia - dapat duit, orang beli apa mereka jual. Kita? Duit habis sebab jadi hamba fesyen & trend. Pahala pun tak dapat sebab tak patuh syariah. Dunia rugi, akhirat pun rugi.

Moga kita semua sama-sama mendapat kesedaran.
Muhasabah.
sumber : Hilal Asyraf Official

No comments: