>

Saturday, 28 May 2016

Tips Memikat Hati Isteri.

Assalamualaikum...

Aku nak kongsi dengan kau orang, macam mana nak memikat hati isteri. Isteri ni walau hati sekeras-keras batu pun, semarah-marah merah padam muka sekalipun, kalau kena dengan gayanya. Hati walau keras dan muka merah padam, akan lembut dan sejuk juga akhirnya. Boleh lah para suami cuba tips ni dekat isteri masing-masing. Selamat mencuba!

Antaranya :
  • Kejut isteri bangun Subuh
  • Solat sama-sama
  • Imamkan solat selalu
  • Salam cium dahi
  • Baca doa untuk isteri 
  • Bangun awal daripada isteri
  • Panggillah dengan panggilan yag isteri suka
  • Tolong isteri masak walaupun hanya potong bawang
  • Jangan kutuk masakan isteri
  • Tolong masukkan baju kotor sendiri dan anak-anak dalam bakul/mesin basuh
  • Tolong jemur kain biarlah tak basuh pun
  • Tolong basuh pinggan
  • Tolong cukur kemas janggut dan misai (termasuk bulu ketiak)
  • Potong kuku 
  • Tolong lipat selimut dan kemas cadar
  • Tolong vacum karpet
  • Tolong tukar mentol yang padam
  • Tolong mesin rumput di halaman rumah
  • Tolong drill dan gantung gambar-gambar
  • Pimpin tangan isteri shopping walaupun hanya barang dapur atau beli barang basah dekat pasar tani
  • Jangan kedekut 
  • Jangan boros
  • Suka bersedekah
  • Suka bantu orang susah
  • Mandi sama-sama
  • Tolong lah bersihkan badan dan berbau harum
  • Kejut isteri bangun tahajud
  • Jangan tinggal solat  
  • Ajar dan didik isteri tentang agama
  • Ajak isteri pergi dengar kuliah sama-sama
  • Mintak maaf sebelum tidur atas segala nafkah yg terkurang setiap hari
  • Tolong picit kaki isteri dan tangan dia sebelum tidur dan cakap "thank you" ... "i love you"
  • Hormat ibubapa isteri dengan bapak isteri (mertua suami)
  • Jangan biadab dengan orang tua atau sesiapapun 
  • Jangan ganas dan darah panas 
  • Meminta maaf bila buat salah dan mengaku kesilapan
  • Sabar bila isteri membebel 
  • Sokong hobi isteri (tanam bunga / crostige etc.)
  • Tolonglah jangan tinggikan suara di khalayak ramai
  • Jangan bandingkan isteri dengan kekasih lama / jiran / staff pejabat / isteri orang lain
  • Bincang dulu sebelum buat major decision
  • Tegas dalam buat keputusan 
  • Belikanlah hadiah walaupun murah
  • Selalu buat surprise yang isteri suka
Banyak lagi rasanya. Nak senarai semua takut tak larat nak baca. Tapikan, sekiranya suami isteri itu faham, semua perkara di atas tak perlu timbul. Sebab matlamat perkahwinan ialah mencari redha Allah... 

Jangan terlalu meminta semua perkara di atas akan dilakukan oleh suami anda untuk anda kerana bila suami anda tak melakukannya, maka pada masa itulah iblis akan masuk untuk merasuk fikiran kaum ibu / isteri-isteri di luar sana untuk mula membenci / sakit hati / demand / komen suami masing-masing.


Sedangkan Allah itu Maha Agung Maha Pengasih Maha Pengampun. 
Mana ada lelaki dan perempuan yang sempurna. Carilah kebaikan dalam diri suami masing-masing bukan kelemahan. 

InsyaAllah... Kalian berdua akan mendapat redha Allah. Rumahtangga bahagia kekal selama-lamanya. Jangan cari kelemahan pasangan anda! Wallahu'alam.
sumber : www.google.com