Assalamualaikum...
Hari-hari kita tidur.
Hari-hari kita bangun.
Proses yang kita lalui setiap hari dalam kehidupan kita.
Hingga kita anggap ianya 'biasa'.
Sedangkan tidur itu ialah kematian kecil. Kita boleh sahaja tidak dibangkitkan semula esok pagi.
Namun kita tidur macam tiada apa-apa. Kita tidak tutup hari kita dengan taubat, dengan penyesalan, dengan azam untuk melakukan yang lebih baik jika kita diizinkan untuk bangkit.
Bila kita bangun, kita sekadar mengulangi hari semalam. Jika semalam kita ada dosa, tanpa segan silu kita ulanginya pada hari ini. Jika semalam kita ada melakukan kesalahan, tanpa rasa bersalah kita tidak segera memperbetulkan.
Kita 'take it for granted'.
Hinggalah kala hidup kita benar-benar terhenti.
Mungkin waktu itu baru kita persoalkan, alangkah baiknya jika kita memanfaatkan peringatan 'kematian kecil' yang telah disampaikan kepada kita setiap hari.
Sejauh mana sebenarnya kita, dalam menjalani hari-hari dalam kehidupan kita, bermuhasabah dan ingat bahawa kita akan mati, seterusnya dibangkitkan di hadapanNya?
Jangan apabila kita telah dikurniakan hari yang banyak di dalam seluruh kehidupan kita, namun kita hanya sedar untuk memaknakannya pada hari kita disapa kematian.
Muhasabah.
sumber : https://www.pinterest.com |

No comments:
Post a Comment