Thursday 25 December 2014

Fenomena Tudung Aidijuma - Cetusan Idea Datin Norjuma

Assalamualaikum...

Tudung dan selendang. Antara barang-barang yang aku suka laburkan duit samada melalui internet atau pusat beli-belah. Tipulah kalau aku cakap dekat rumah tak ada koleksi tudung dan selendang. Koleksi haruslah ada. Dah nama pun penggemar tudung dan selendang. Selalu cakap dekat diri sendiri jangan beli, nanti tak terpakai. Tapi, bila scroll dekat facebook dan instagram banyak pula design terbaru tudung dan selendang. Dari nak scroll laju-laju terus tengok gambar satu persatu. Rambang mata. Haih! Nafsu nafsu.

Baru-baru ni, kawan-kawan dari yang menjual sampailah yang membeli asyik promosi tudung Aidijuma. Disebabkan aku ni jarang sangat pakai tudung bawal, aku abaikan sahaja promosi dekat facebook dan instagram. Tapi makin lama makin banyak pula design tudung Aidijuma yang cantik-cantik. Aku cakap dekat diri sendiri, tak payahlah beli nanti tak pakai. Dan nak dijadikan cerita, kawan sekolah jual tudung Aidijuma. Ada yang murah, ada yang mahal. Yang bezanya mungkin dari jenis kain, kelebaran dan corak tudung tersebut. Mulanya, aku tak tahu pun kod-kod tudung Aidijuma. Yang aku tahu murah dan mahal. Dah lama-lama, aku khatam juga selok-belok tentang tudung Aidijuma. Kan semuanya di hujung jari.

Group tudung Aidijuma pun dah banyak sekarang. Bersepah-sepah. Samada dekat facebook atau instagram. Dari yang tudung corak lama, sampailah tudung corak baru. Kalau nak beli yang tudung corak lama, kena beringatlah sikit. Paling penting, kena tanya penjual samada tudung tu tak pernah dipakai atau pernah dipakai. Kalau pernah dipakai, kesan pin dekat tudung maksimum atau minimum dan dah berapa kali basuh atau pakai. Tak lah menyesal di kemudian hari kalau dah terima tudung yang kita beli nanti. Ye tak?

Aku tak lah fanatik sangat dalam membeli dan mengumpul tudung Aidijuma. Kalau corak yang aku berkenan dan bersesuaian dengan kos upah yang penjual tetapkan, aku akan beli. Tapi ada satu corak tudung Aidijuma yang aku nak beli tapi tak jumpa-jumla lagi. Mungkin orang tak nak jual rasanya. Sebab corak tu cantik sangat bagi aku. Nak beli tudung yang terpakai, takut bila dah dapat tudung tu nanti aku rasa tak puas hati. Padahal salah sendiri. -..-

Antara corak-corak tudung Aidijuma yang aku pernah beli :
Kalau nak beli secara mudah dan jimatkan masa, boleh beli secara online dan tekan page FB Aidijuma Online Store. Tapi pastikan dah bersedia di hadapan komputer atau laptop seawal pagi yang mungkin untuk mengelakkan website sesak. Kalau dulu tiada had minimum atau maksimum dalam pembelian tudung Aidijuma. Disebabkan peminat-peminat makin bertambah, makin meningkatlah permintaan terhadap tudung Aidijuma. Bermacam-macam isu telah ditimbulkan oleh peminat tudung Aidijuma seperti pemborong tudung Aidijuma mengambil kesempatan dengan membawa satu keluarga untuk membeli tudung Aidijuma. Kesannya, stok tudung Aidijuma habis hanya dalam beberapa jam semasa tudung tersebut dikeluarkan. Tindakan dalam menghadkan limit dalam pembelian samada secara online di website dan di concept store adalah bijak bagi aku. Ia memberi peluang kepada pembeli tudung Aidijuma yang hendak beli untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual kembali. Thumbs up Datin!

Kalau taknak bersesak dekat website atau concept store, boleh sertai group dan beli dari penjual-penjual dekat facebook atau instagram. Antaranya, TUDUNG AIDIJUMA FAN CLUB, Tudung Aidijuma "Members", Tudung Aidijuma - Price Below 60,
Tudung Gorgeous A.I.D.I.J.U.M.A

Bagi yang baru berjinak-jinak tentang tudung Aidijuma, bolehlah ikuti page Tudung Aidijuma - Cetusan Idea Datin Norjuma. Kalau tak silap, setiap minggu akan ada corak-corak terbaru tudung Aidijuma. Dari kod WL, GL, BL, RL dan lain-lain. Memang rambang mata dibuatnya. Selamat menghabiskan duit kepada peminat tudung Aidijuma. =)

 
 Tutorial tudung bawal menjadi selendang. sumber : www.youtube.com

No comments: