Monday, 15 December 2014

Dunia Is A Beautiful Lie.

Assalamualaikum...

Ada orang bangga dengan suaminya
akhirnya suaminya itu curang padanya.

Ada orang bangga dengan anaknya
akhirnya Allah ambil nyawa anaknya.

Ada orang bangga dengan hartanya
akhirnya disamun, dirompak dan diragut.

Ada orang bangga dengan jawatannya
akhirnya dia diberhentikan kerja.

Ada orang bangga dengan kecantikkannya
akhirnya kena strok. Habis herot-berot. Hilang kecantikannya.

Ada orang bangga dengan ketampanannya
akhirnya dia mengalami kemalangan. Pecah mukanya. Putus kakinya.

Ada orang bangga dengan pimpinannya
akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tak sedar orangnya berpecah-belah.

Ada orang bangga dengan ilmunya
akhirnya dia menjadi jahil kerana tidak mengamalkan ilmunya itu.


Pang! Rasa macam tertampar pada diri sendiri. Walaupun tak ada kaitan dengan hidup sendiri, tapi siapa tahu apa yang akan jadi masa akan datang. Kita tak ada kuasa dan mesin yang boleh ramal masa hadapan hidup seseorang. Allah SWT sahaja yang tahu. Sedang kita sibuk mengejar dunia, kadang-kadang kita lupa apa yang patut kita kejar sebenarnya. Tepuk dada tanya jiwa. Apa tujuan kita hidup dekat dunia ni? Entahlah. Bukan tak tahu, tapi kalau diberi jawapan mungkin ianya cliche
Siapa kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada di atas dunia? Semua ituAllah bagi pinjam. Tak perlu nak bangga dengan apa yang kita ada. Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi
apa.

sumber : Sha Ramson Abdullah

No comments: