Sunday 1 January 2012

Pergi Takkan Kembali Lagi, Al-Fatihah.

Bapa, Anak Lelaki Lemas Dihanyut Ombak.
KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya yang cuba menyelamatkannya yang sedang dihanyutkan ombak di Pantai Sepat di sini ditemui mati lemas. 
Ketika kejadian kira-kira 2 petang tadi, Zubir Othman, 57, dan seorang daripada anaknya bermain bola di pantai itu.
Ahmad Zuhaimi, 32, seorang juruteknik komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pekan turut dihanyutkan ombak kuat ketika cuba menyelamatkan bapanya itu.
Pegawai Operasi Balai Bomba Kuantan, Mat Yusoff Hamat, berkata mayat Zubir ditemui orang awam tidak lama selepas kejadian itu manakala mayat anaknya, Ahmad Zuhaimi, ditemui kira-kira 7.20 malam ini.
Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat membabitkan 16 anggota bomba termasuk empat orang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menggunakan sebuah bot dan dua jet ski. 
Adik ipar Ahmad Zuhaimi, Norazimah Zakaria, 24, berkata ketika kejadian bapa mentuanya dan suaminya Ahmad Zuhaidi sedang bermain bola di pantai berkenaan. 
"Bola itu kemudiannya dihanyutkan ombak ke tengah laut dan apabila ayah mentua saya mahu mengambilnya, dia didapati lemas, suami saya cuba untuk menyelamatkannya tetapi gagal akibat ombak kuat. 
"Abang ipar saya, Ahmad Zuhaimi bergegas untuk membantu. Suami saya berjaya berenang menyelamatkan dirinya. Bagaimanapun, ayah mentua dan abang ipar saya hilang," katanya kepada pemberita. - BERNAMA  
sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bapa_anaklelakilemasdihanyutombak/Article


Kasih Bapa Bawa Ke Mati
KUANTAN: Kasih seorang bapa kepada anaknya membawa kepada kematiannya ketika lelaki berusia 57 tahun itu cuba menyelamatkan anaknya berusia 32 tahun yang lemas dihanyutkan ombak besar ketika dia cuba mengambil bola melantun ke dalam laut di di Pantai Sepat, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, walaupun Zubir Othman berjaya ditarik ke tepi pantai oleh orang ramai namun ajalnya sudah ditentukan berakhir di pesisir pantai berkenaan.
Zubir tinggal di di Bandar Jengka, Maran manakala Ahmad Zuhaimi adalah juruteknik komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pekan, Pekan. Sebelum kejadian, Zubir, Ahmad Zuhaimi serta adiknya, Ahmad Zuhaidi, 29, bermain bola di tepi pantai apabila bola disepak melantun ke laut dan Ahmad Zuhaimi berlari lalu terjun ke dalam laut untuk mengambil bola berkenaan.
Bagaimanapun dia gagal mengatasi ombak besar yang melanda membuatkan Zubir dan Ahmad Zuhaidi turun menyelamatkannya.
Zubir dan Ahmad Zuhaidi tidak berupaya menyelamatkan Ahmad Zuhaimi yang tenggelam sebaliknya kedua-dua mereka terkapai-kapai selepas ditarik ombak besar sekali gus membuatkan seluruh ahli keluarga mereka panik dan menjerit meminta bantuan.
“Melihatkan mereka (Zubir dan Ahmad Zuhaidi) terkapai-kapai di tengah laut, kami sekeluarga menjerit meminta pertolongan dan ayah (bapa mentua) berjaya dibawa ke pantai, namun dia meninggal dunia sejurus sediletakkan di atas pasir.
“Suami saya cuba menarik tangan ayah tetapi disebabkan ombak besar, dia gagal,” kata Norazimah Zakaria, 24, isteri kepada Ahmad Zuhaidi.
Mayat Ahmad Zuhaimi, yang dihanyutkan ombak deras itu ditemui terapung jam 6.20 petang, kira-kira 400 meter dari tempat kejadian.
“Kami tiba di Pantai Sepat kira-kira jam 12 tengah hari. Kira-kira dua jam kemudian, ayah, abang ipar dan suami bermain bola di tepi pantai. Sejurus kemudian, saya nampak ketiga-tiga mereka dibawa ombak ke dalam laut.
“Hanya suami saya berjaya diselamatkan. Saya terkilan ayah dan abang ipar menemui ajal di situ,” katanya yang turut memaklumkan bahawa isteri Ahmad Zuhaimi, Nurnajihah Zakari, 28, sedang mengandung.
Isteri Ahmad Zuhaimi, Nurnajihah adalah guru bertugas di sekolah sama dengannya dan sedang mengandung dua bulan. Mereka mempunyai anak perempuan berusia dua tahun.
Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba Kuantan, Mat Yusoff Hamat, berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat awam.
Katanya, 16 anggota bersama sebuah bot dan jet ski digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat itu sambil dibantu empat anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
“Ketika kejadian keadaan ombak agak besar di pantai berkenaan yang menyebabkan sedikit sukar buat kami untuk mencari mangsa.
“Mangsa terakhir ditemui jam 6.20 petang,” katanya.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kasihbapabawakemati/Article/index_html#.TwEGfs2D3xc.facebook

Ya Allah, beratnya dugaan yang kau berikan kepada salah seorang sahabat kami yang sama² belajar di Politeknik tiga tahun dahulu. Aku terkejut masa dapat message dari salah seorang sahabat yang memberitahu tentang berita tersebut petang tadi. Memang terus terkedu tak tahu nak reaksi sebagaimana rupa. Sebak sangat. Sebab aku teringat, aku dengan kawan² yang lain pernah singgah dekat rumah family dia. Memang dapat layanan yang istimewa dari family dia. Semuanya cukup. Adik-beradik dia pun ramah sangat. Bila terjadinya kejadian ni, aku terasa ralat sangat. Memang tak sangka!

Ajal, maut, pertemuan, jodoh dan segala²nya telah ditakdirkan oleh Allah Taala. Semoga ayah dan abang kepada sahabat kami ini, rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang² yang beriman. Zuhaiza Zuber sekeluarga, tabahkan hati mu. Kami, sebagai sahabat Politeknik sentiasa ada untuk kamu sekeluarga. InsyaAllah. Tempuhi final exam mu di UMT, Terengganu dengan tabah!

Betul lah apa yang orang selalu cakap, hargailah apa yang kita ada di dalam hidup ini. Kita akan merasai kehilangannya apabila ia tiada di sisi kita lagi.
Kawan², minta jasa baik semua sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah dan abang sahabat saya. Terima kasih. Semoga Allah membalas kebaikan kamu semua. Amin ya rabbal alamin.

No comments: