Thursday 29 December 2011

Ayus Shukur Yang Sangat Annoying! #3

Assalamualaikum...

Kalau boleh tiap² hari aku nak luangkan masa untuk sentiasa update entry terbaru. Tapi... Setiap kali aku nak update, mesti sampai bertangguh². Kejap lagi lah, esok lah, lusa lah... Kesudahannya, blog purple aku ni dibiarkan bersawang sampai berminggu lamanya. Eh, silap. Hari ni dah tukar colour pink okey! Bila terasa rajin sikit, harusss taip cepat² sementara idea masih ade.

Sebenarnya, aku dah janji dengan seseorang yang aku akan story pasal hal kawan makan kawan ni. Kalau boleh memang dari dulu aku nak story. Disebabkan bukan pasal diri aku, lebih baik aku faham kan betul². Nanti tersilap tulis aku pulak yang jadi mangsa keadaan. Tapi, apa salahnya kalau aku tambah² sikit selagi ianya tak memesongkan ayat dan maksud yang sama. Betul tak?

Tak payah lah aku story macam mana aku boleh kenal diorang. FT, AM dan SF. Ketiga²nya adalah perempuan dan pernah rapat dengan SF termasuk aku. Rasa²nya aku adalah orang pertama yang pernah terkena dengan SF. Aku pernah story dekat entry yang lepas. Sila cari sendiri. :P Kalau tak silap, tahun ni FT pulak terkena dengan SF. Beberapa bulan lepas, AM pulak terkena dengan SF. Aku malas lah nak ceritakan tentang perangai SF yang sebenar dekat FT dan AM. Lagipun mereka berdua lagi lama berkawan baik dengan SF. Mesti mereka berdua lebih maklum dengan perangai SF.

Allah Maha Adil. Aku percaya dan pegang dengan quotes tu sampai bila². Tak lama lepas mereka berdua terkena dengan SF, mereka berdua inbox aku. Tanya tentang apa yang SF dah buat dekat diorang dan apa yang SF pernah buat dekat aku. Aku tersenyum. Sebab Allah dah makbulkan doa orang yang teraniaya. Banyak hikmah sebenarnya dengan apa yang pernah terjadi. 

  • Kisah AM vs SF diceritakan oleh AM.
Bila SF dah ade boyfie (konon²), biasalah kena kenalkan dulu dekat satu kampung. Baru boleh jadi geng. Eh, silap. Kena kenalkan dulu dengan  kawan baru boleh jadi BFF sejati (konon² lah). Bila masing² dah jadi rapat, AM, FT, SF dan dengan boyfie SF ni, kalau ade apa² masalah, mestilah ngadu dekat bff kan? Bila boyfie SF balas komen AM dan FT dekat facebook, mula lah SF ni jadi harimau sekejap. Atas alasan, cemburu membabi buta. Padahal, diri sendiri yang perkenalkan.

Bila jodoh tak lama dan kembali single, SF pun mula menunjukkan sifat talam dua mukanya. Masalahnya sekarang, AM, FT dan SF ni kawan sekolah kalau tak silap. Lepas tu, SF ni pun mula lah meraih simpati menceritakan konon²nya AM ni merampas boyfie iloveyousomuch nya. Walhal tak siasat terlebih dahulu. Dan kawan²nya yang sengal tu pun percaya tanpa menyiasat terlebih dahulu. Pendapat aku, kalau ye pun AM nak rampas, dari dulu AM dah rampas. Lagi satu, setiap orang kan memang ade sifat gediks. AM sendiri mengaku dirinya macam tu tapi  sampai nak merampas boyfie orang memang tak lah. Bila fikir² balik, betul jugak kan? Kalau taknak boyfie dan bff berkawan, buat apa perkenalkan? Mungkin tak suka tengok orang lebih sikit, SF pun memulakan agendanya.

Agenda apa? SF inbox dekat ex-boyfie AM dengan bangganya memburuk²kan AM dan bagitahu yang AM adalah perampas boyfie nya. Hebat bukan?
aku pun dah baca bukti tersebut. terbaeeekkklah AM!

  • Kisah FT vs SF diceritakan oleh FT.
FT pernah bertunang. Mungkin jodoh takde, akhirnya putus tunang. Tapi bukan pasal isu pasal putus tunang yang aku nak story. Dan aku sendiri tak pasti samada SF ni penyebab diorang putus tunang ataupun tidak. Sebabnya, SF pernah add tunang FT dan ceritakan keburukan² FT dekat tunangnya. Yelah.. Mana kita nak jangka kan, kawan yang kita kenal sejak dari sekolah tergamak buat macam tu. Biasalah, kalau manusia lebih sikit je dari kita mesti ade pendengkinya. Sebab kalau boleh biar pendengki tu sentiasa hebat dan atas dari kita. Susah jugak kan kalau terlalu rapat. Inilah jadinya...
kamu buat kat saya, nanti kamu terkena balik. ((=

Bagi aku, kalau orang pernah buka keaiban tentang kita, tak mustahil suatu hari nanti orang lain akan buka keaiban tentang diri kita sendiri. Tak payah nak cemburu membabi buta dengan kehidupan orang lain. Tak payah nak cakap itu ini tentang kehidupan orang lain. Tak payah nak tunjuk depan sebaik² malaikat, tapi bila belakang sejahat² syaitannirrajimmmm! Sebabnya, lama-kelamaan orang akan dapat menilai diri kita sendiri dan orang akan tahu true colours tentang perangai kita sebenar²nya. 

Last words,