Monday 3 November 2008

Rumah Sewa Kena Pecah Masuk!

Assalamualaikum...

Ya Allah... Baru beberapa bulan kerja dekat MARDI, rumah sewa kena pecah pulak. Dugaan betul. Aku menyewa apartment dekat area South City Plaza, Serdang. Aku setuju menyewa dekat situ pun, sebab ade seorang kakak ni kerja dekat MARDI jugak. Kebetulan kakak tu bagitahu, ade satu lagi bilik rumah sewa kakak tu masih kosong. Aku fikir, kalau nak mencari-cari rumah sewa dekat area Serdang mungkin mengambil masa. Lagipun, bukan senang nak mencari. Tambahan pulak, masa tu scooter tak bawak dari kampung lagi. Duit pun takde. Al-maklumlah, dulu terkejar-kejar berhenti belajar. Lepas tu, terus kerja. Mana nak ade duit. Mengharapkan duit Mak dan Papa je lah.

Nasib baik lah takde barang-barang berharga yang hilang. Terkejut jugak lah aku masa tu. Macam ni ceritanya, pagi tu macam biasalah bersiap-siap nak pergi kerja. Masa keluar dari rumah tu, aku dengan Kak Ira sama-sama pergi lift. Masa dalam lift tu, tiba-tiba Kak Ira keluar daripada lift. Aku pun pelik lah. Tapi aku rasa mesti Kak Ira tertinggal barang dekat rumah. Aku takde lah nak syak wasangka apa-apa. Aku pun terus lah pergi kerja naik scooter vs150. 

Balik je dari kerja, masa nak letak kunci dekat grill, aku terkejut yang amat. Mana taknya, aku tengok tombol dengan grill macam kena kopak. Mula-mula aku terfikir nak masuk dalam rumah sewa. Fikir punya fikir, nafas dah turun naik ni. Baru hati rasa semacam, entah entah perompak ade dalam rumah sewa! Apalagi, kelam-kabut aku berlari ke lift. Masa tu terkumat-kamit baca macam-macam sebagai pendinding diri. Waktu tu, aku tawakal je lah. Tak tahu nak buat apa lagi. Dah lah kawasan rumah, kawasan lift, kawasan parking kereta memang sunyi. Lagi lah aku berdebar-debar terasa macam ade orang ekori aku. Aku pandang sekeliling sambil pegang telefon kalau-kalau sesuatu terjadi dekat aku. 

Tiba-tiba aku dapat message daripada Kak Ira Wiyah, jangan terkejut kalau tengok pintu macam tu. Umah kita kena pecah masuk. Nanti bukak tombol elok-elok. Duduk dalam bilik dan kunci. What? Kena pecah masuk? Masa tu aku tak fikir apa dah. Aku try call Kak Ira dan cakap dengan dengan dia aku nak pergi balai polis dengan dia. Tapi boleh pulak Kak Ira suruh aku duduk dalam rumah. Kalau perompak masuk untuk kali kedua macam mana? Waktu tu, aku memang tawakal sangat-sangat. Aku beranikan diri sekali lagi naik lift dan masuk rumah dan terus kunci bilik. Dalam bilik, aku menangis sorang-sorang. Dah macam baby dah. Terus call encek Kesayangan bagitahu apa yang berlaku. Lepas tu, encek Suami mungkin call Kak Ira kot sebab suruh balik rumah dan teman kan aku. Jangan bagi aku tinggal sorang-sorang dekat rumah. Kebetulan, takde siapa yang aku nak harapkan. So, aku bagitahu kawan rapat aku. Alhamdulillah, kawan aku teman aku sampailah polis datang check rumah sewa kitaorang.
Serius, masa tu barulah terasa keseorangan. Bagitahu kawan ni, takde jawapan. Bagitahu kawan tu, takde jawapan. Bagitahu Mak, Papa dan encek Kesayangan, masing-masing jauh dan tak nak menyusahkan mereka semua. Masa ni lah kita akan tahu siapa kawan kita sebenarnya. Bukan sahaja waktu senang, mereka ada. Tetapi ada di waktu susah mereka pasti ada juga.
Ya Allah, selamatkan lah dan lindungi lah hambaMu ini ya Allah! Lindungilah hambuMu ini daripada syaitan yang Engkau rejami. Amin ya rabbal alamin.
Lepas daripada kejadian tu, aku decide nak ulang-alik dari rumah makcik saudara dekat Bangsar. Walaupun perjalanan jauh, aku gagahkan jugak asalkan keselamatan aku terjamin. Semoga perjalanan aku pergi dan balik dari tempat kerja dan rumah makcik saudara aku selamat. Amin ya Rabbal alamin. Waktu tengah hari, aku merayau-rayau dekat area Serdang. Nak tengok rumah sewa mana yang masih kosong. Alhamdulillah... Akhirnya, ada sebuah rumah yang kosong dan aku akan bakal menyewanya dan berpindah pada hari Sabtu ni. Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan urusan hambaMu ini. Alhamdulillah...

Kakak rumah sewa lama still message aku dan merayu pada aku dengan harapan aku akan pindah kembali ke rumah tersebut. Macam-macam yang dikatakannya. Rumah sewa lama sudah ade grill yang lebih selamat, dah ade hiasan, sudah ade astro, sudah ada macam-macam. Tapi... Maaf, aku takkan gadaikan keselamatan aku walau macam mana jua pujuk rayu kakak tu. So, girlsss hati-hati dan sentiasa berwaspada okey?

1 comment:

Aizad Ismail said...

loh..br lg ke kne pecah umah.?
awat x bgtau..bole ar aku mhulurkn sdikit bantuan..hahaha.