Monday 24 July 2017

Shopping Online - Pizza Hut Online.

Assalammualaikum...
  1. Search laman web https://www.pizzahut.com.my/en/home.
  2. Click Sign In. Ia akan keluar Don't Have An Account or Sign Into Your Account
  3. Kalau belum pernah ada account Calaqisya, click Create An Account. Isi maklumat anda (Full Name, Gender, Phone Number, Birthday, Email Address dan Password). Pastikan anda memasukkan email yang sedia ada dan ingat password anda. Click Create My Account.
  4. Account anda telah berjaya didaftar. Click Sign In semula. Taip email dan password anda. Click Sign In
  5. Belah atas, anda akan nampak pelbagai produk Pizza Hut. Boleh pilih-pilih dulu. Kalau dah berkenan, click pada Promotion kalau nak tahu lebih lanjut. 
  6. Click Order Now.  
  7. Setelah click Order Now, akan keluar pop out Let's Get Started. Pilih jenis penghantaran yang diingini samada Delivery, Take Away atau Re-Order. Re-Order maksudnya pilih order yang sama pernah dibeli sebelum ini. 
  8. Isi maklumat lokasi penghantaran dengan betul. 
  9. Pilih set produk Pizza Hut yang diingini. Click Add To Order
  10. Akan keluar set produk yang dipilih. Kalau order pizza, akan keluar pelbagai jenis pizza. Pilih sama ada nak Hand-Stretched, Pan atau Stuffed Crust (kena tambah duit). Kalau pilih Extra Cheese (kena tambah duit juga). Click Select. Setiap pizza yang telah dipilih akan keluar Selected berwarna hijau. Semak semula.
  11. Harga produk yang dipilih akan tersedia di atas sekali belah kiri. Terdapat nombor bersebelahan harga. Ianya bermaksud berapa produk yang telah dipilih. Click pada nombor tersebut. Dekat My Order, semua maklumat tentang produk akan keluar. Boleh re-check sebelum membuat pembayaran. Kalau nak pilih lagi produk, click Add More Food
  12. Kalau nak terus bayar, click Checkout. Akan keluar pop out, Enjoy a FREE side on us (Penghargaan dari pihak Pizza Hut bagi setiap pembelian RM50 ke atas). Click Select.
  13. Dekat Check Out, semua maklumat tentang Sign In, Details dan Payment akan ada secara terperinci. Dekat Details, masukkan Full Name, Email Address, Confirm Email Address dan Phone Number. 
  14. Dekat Payment,  akan keluar Your Payment Information. Boleh pilih method pembayaran sama ada Card Credit, Maybank2U atau Cash On Delivery. Dah pilih, tick I agree to the Terms of Use and will understand that my information will be used as described on this page and the Pizza Hut Privacy Policy. Click Place My Order Order
  15. Boleh click Track Your Order dengan memasukkan order number atau email.
Akhirnya, makanan pun dah sampai. Kenyang sudah Mak & Papa makan. Aku pun mestilah join sama. Walhal hari tu baru je makan dengan encik Suami dekat The Mines. I'm a happy daughter & wife. Yuhuuu.

No comments: