Tuesday 25 July 2017

Shopping Online - Calaqisya.

Assalamualaikum...

Kebetulan semalam nampaknya macam tak ada kerja. Selalunya boss akan bagitahu seminggu sebelumnya kalau ada kerja untuk minggu depan. Tapi bila boss tak whatsapp apa-apa, kau duduk diam. Jangan memandai minta kerja. Mungkin boss nak bagi kau rehat. Lagipun banyak minggu kau buat kerja yang sama. Bila ada waktu senggang, memang tak sah kalau aku tak online. Tambah-tambah tengok website beli-belah. Lagipun dah nak habis Hari Raya Aidilfitri, mestilah ramai yang buat SALE kan? Aku pun ambillah kesempatan tengok setiap website. Mula-mula dah pilih website yang satu ni, tapi akhirnya hati tertarik juga pada Calaqisya. Aku memang dari dulu nak sangat beli baju Calaqisya. Sebab design baju Calaqisya cantik sangat! Walaupun dah kerja masa tu, tapi apakan daya. Nak beli, sayang sangat dengan duit. So, Mampu tengok je lah. .__." Bila dah bertahun kerja, barulah keinginan nak membeli itu ini kembali berkobar-kobar. Pertama kali aku beli dekat Calaqisya Shah Alam. Masa tu butik Calaqisya Shah alam buat student's sale event. Kebetulan aku ada kad pelajar. Memang ternanti-nantilah masa event tu. Sebelum nak beli, bukan main dah screenshot siap-siap pilih itu ini. Tapi, bila dah tengok sendiri semua baju depan mata rasa pening. Tak tahu nak pilih mana satu. Jadi rambang mata sebab semuanya cantik. Rasa nak pilih dan ambil semua je. =P Konon nak ambil satu, sekali 5 terus aku beli. Tapi tak sempat nak buat kad. Sebab terlalu ramai orang. Dan dari situlah aku mula berjinak-jinak beli baju Calaqisya. Tapi bila dah ada Calaqisya Bangi, kadang-kadang aku pergi sana pula sebab dekat sikit dengan tempat kerja. Bila malas barulah beli online. Jimat masa, jimat tenaga. Lagipun, sekarang semuanya di hujung jari. Masa tengok apa yang sale, terberkenan pula dengan blouse. Memang kena beli! Kali ni, aku nak tunjuk la tatacara macam mana nak beli Calaqisya online. Senang je sebenarnya, tapi aku nak kongsi dengan kau orang. Selamat beli-belah!

  1. Search laman web www.calaqisya.com
  2. Click Login. Ia akan keluar Login or Sign Up
  3. Kalau belum pernah ada account Calaqisya, click Sign Up Now. Isi maklumat anda (Personal Information dan Billing Address) bagi memudahkan penghantaran. Pastikan anda memasukkan email yang sedia ada dan ingat password anda. Click Register.
  4. Account anda telah berjaya didaftar. Click Login semula. Taip email dan password anda. Click Login As A Member
  5. Belah atas, anda akan nampak pelbagai produk Calaqisya. Boleh pilih-pilih dulu. Kalau dah berkenan, click pada gambar. Pilih saiz dan kuantiti yang diperlukan. Click Add To Bag. Akan keluar My Bag
  6. Dekat My Bag, semua maklumat tentang produk akan keluar. Boleh re-check sebelum membuat pembayaran. Kalau nak pilih lagi produk, click Continue Shopping. Kalau nak terus bayar, click Secure Checkout.
  7. Dekat Delivery Information, akan keluar Shipping Address & Delivery Fees. Kalau nak pilih lagi produk, click Back To Shopping. Kalau nak terus bayar, click Continue Checkout.
  8. Dekat Payment Details, semua maklumat tentang Products Ordered, Redeem Your Voucher, Billing & Shipping Address, Payment Method & Add Your Comments  akan ada secara terperinci. Kalau ada Vouchers atau Coupons code, masukkan dan click Redeem
  9. Dekat Billing & Shipping Address, semua maklumat tentang Billing Address dan Shipping Address akan ada secara terperinci. Semak semula. 
  10. Dekat Payment Method, boleh pilih sama ada ipay88 Payment atau PayPal/Card Credit. Dah pilih, tick I agree to the terms of service and will adhere to them unconditionally. Read to terns and conditionals here. Click Confirm Order.
  11. Tertera Redirecting To Payment Page, boleh pilih sama ada Online Banking atau Wallet. Dah pilih, click Proceed
  12. Tertera Online Banking yang kita pilih. Masukkan Username dan Password. click Login.
  13. Tertera FPX Payment dan jumlah yang akan kita bayar, Click Request TAC. TAC akan sampai ke nombor handphone. Masukkan TAC dan click Confirm.
  14. Proses pembayaran anda telah berjaya.Click Continue atau Print Receipt. 
  15. Boleh semak status order dekat My Account. Dekat My Account, semua maklumat tentang My Account Details, My Address Book, Overview of Order dan Newsletter Subscription akan ada secara terperinci. Dekat Overview of Order, click View All Orders/View
  16. Dekat My Order History, semua maklumat tentang Order Overview, Order History dan Order Details akan ada secara terperinci. Pastikan semak My Order History dari semasa ke semasa sebab pihak Calaqisya akan hantar update mengenai status order dan juga tracking number. Boleh kesan tracking number anda di www.poslaju.com.
Akhirnya, barang pun sampai. Order semalam petang, pagi ni dah sampai. Servis terbaik dari Calaqisya. I'm a happy girl. Eh, woman. =P

No comments: