>

Wednesday, 29 March 2017

Shopping Online - Macam Mana Nak Beli Sugarscarf?

Assalamualaikum...

Setiap kali jenama tudung ni keluarkan produk terbaru, aku adalah salah seorang yang takkan lepas peluang untuk beli. Semuanya gara-gara cinta pandang pertama. Eh, tipu je. Boleh baca dekat ENTRY ni. Kalau ikutkan aku bukanlah yang jenis suka sangat barang berjenama. Asal selesa dan cantik mata memandang dah cukup buat aku. Tapi dulu, aku paling suka dengan jenama Roxy & Converse. Bila dah kerja, baru mampu nak beli pakai duit gaji sendiri. Masa belajar tak reti sangat nak minta Mak Papa belikan untuk aku. Pakai apa yang Mak Papa belikan dan apa yang ada je. Masa pun berlalu. Bila dah terlalu banyak jenama, aku tertarik pula dekat tudung Aidijuma, Calaqisya dan terbaru Sugarscarf. Lepas dah pencen dari membeli tudung Aidijuma, aku beralih arah pula ke tudung Sugarscarf. Kalau tunjuk koleksi tudung Aidijuma aku, adelah dalam sebekas besar. Tu pun baru nak memakai satu persatu. Tudung Sugarscarf je belum melaram habis lagi. Kena kuruskan pipi dulu lah sebab rasa macam tembam bila pakai. .__.

Aku rasa setiap bulan Sugarscarf keluarkan produk terbaru. Pagi tadi Sugarscarf keluarkan produk baru mereka iaitu Madison Sugarscarf Chic Traveller. Sebelum ni dah keluar shawl dan square scarf tapi aku tak beli sebab tak ada semi instant madison. Semi instant madison memang popular di kalangan pembeli-pembeli otai sebab ianya lain dari yang lain. Dulu kan ada inner neck yang jenis silang. Kiranya semi instant madison ni gabungan inner neck dijahit sekali dengan selendang. Tak payah pakai 2 kali. Terus sarung je. Memang cantik dan kemas bila pakai. =")

Bila tak ada kerja, sempatlah menunggu depan komputer. Kalau banyak kerja, pasrah je lah sebab tak sempat nak beli awal-awal. Ingatkan pukul 10 pagi rupanya pukul 11 pagi. Sempatlah buat slideshow untuk viva  sikit-sikit. Bab ni nanti aku cerita dekat entry lain ye. Tepat pukul 11 pagi, terpampanglah Sugarscarf Madison Chic Traveller dekat website www.sugarscarf.com. Kalau kau orang nak beli,
  1. Search laman web www.sugarscarf.com

  2. Click Login. Ia akan keluar Sign in

  3. Kalau belum pernah ada account Sugarscarf, click Create New Account. Isi maklumat anda (Personal Information dan Billing Address) bagi memudahkan penghantaran. Pastikan anda memasukkan email yang sedia ada dan ingat password anda. Click Sign Up Now.

  4. Account anda telah berjaya didaftar. Click Login semula. Taip email dan password anda. Click Sign In. Anda akan nampak Your Account Area. Dekat bawah tu anda boleh kesan anda punya View Previous Order (You can view your order history), Modify Personal InfoModify Shipping InfoChange Password, Your Wish List dan Point Balance.

  5. Belah kiri, anda akan nampak pelbagai produk Sugarcarf. Boleh pilih-pilih dulu. Kalau dah berkenan, click +Cart. Akan keluar Item Added. Kalau nak pilih lagi tudung, click Continue Shopping. Kalau nak terus bayar, click View Shopping Cart.

  6. Dekat View Shopping Cart, semua maklumat tentang tudung akan keluar. Boleh re-check sebelum membuat pembayaran. Kalau ada Discount Code, masukkan dan click Apply. Dah semak, click Proceed To Checkout.
  7. Dekat Proceed To Checkout, akan keluar Addres : Personal Information, Billing Address dan Other Information. Pastikan semua maklumat betul. Pilih Select Payment Method sama ada ipay88 (Online Banking) atau PayPal/Card Credit. Dah pilih, click I have read, understand, and accept the T&C. Sale products cannot be exchanged, or refunded. Small irregularities are part of its characters and not to be taken as defect. Click Next.

  8. Boleh pilih Shipping Option : Express Mail, Klang Valley Same Day Delivery atau Pickup Shah Alam Store. Click Next.

  9. Dekat Summary, semua maklumat tentang Billing Address, Shipping Address dan Item akan ada secara terperinci. Semak sebelum click Next

  10. Tertera Redirecting To Payment Page. Boleh pilih sama ada Online Banking atau Wallet. Dah pilih, click Proceed

  11. Tertera Online Banking yang kita pilih. Masukkan Username dan Password. click Okey.

  12. Tertera jumlah yang akan kita bayar, Click TAC. TAC akan sampai ke nombor handphone. Masukkan TAC dan click Okey.
  13. Proses pembayaran anda telah berjaya. Boleh semak status order dekat View Previous Order atau di email. Pastikan semak email dari semasa ke semasa sebab pihak Sugarscarf akan hantar email mengenai status order dan juga tracking number. Boleh kesan tracking number anda di www.poslaju.com.
Akhirnya, barang pun sampai. I'm a happy girl. Eh, woman. =P
my Sugarscarf. 
Happy shopping you all!  

No comments: