>

Sunday, 26 March 2017

Auntie Anne's Pretzels, Street Churros & Nasi Lemak Royale Shah Alam.

Assalamualaikum...

Dah lama tak jalan-jalan. Maka, naiklah 6 kilogram sepanjang tahun. Itulah akibatnya makan tak ingat dunia. Bila menghadap komputer, memang rasa nak makan selalu. Nampak macam sikit je naik tapi aku dapat rasa badan rasa lain. Kalau dulu tak pernah diet atau exercise, badan macam tu juga. Makan berapa banyak pun, macam tu juga badan. Sekarang? Berhuhuhu je lah. Bila bagitahu suami, biasalah dia memang selalu usik aku. Kadang aku usik dia. Masing-masing makin comel. 😅 

Minggu lepas lagi suami ajak jalan-jalan. Dah bagitahu awal-awal sebab nak aku teruja. Masing-masing kekangan masa dan tuntutan kerja/belajar. Bila seorang ada masa, seorang lagi sibuk. Macam tu lah sepanjang tahun. Tapi bila dah ada masa, gunakan sebaiknya. Pagi-pagi dah cuci mata dekat pusat beli-belah. Tapi biasalah bila dah gaji, cuci mata jadi beli-belah sekali. Dari tingkat satu sampailah tingkat lima. Itulah petua aku kekal kurus. Dulu lah tapi. 😜

Sebelum balik, suami ajak tengok wayang dekat situ. Ikutkan, aku memang suka tengok wayang. Tergerak hati nak tengok Surga Yang Tak Dirindukan 2. Lagipun hari tu dah tengok Surga Yang Tak Dirindukan dekat Astro. Tapi rasa  terbantut. Dah lama aku tinggalkan dari tengok wayang. Entah. Aku cakap dekat suami yang aku tak nak tengok. Suami pun belikan Auntie Anne & Churls dekat situ. Punya dari pagi tak makan sebab seronok sangat tengok baju, seluar, beg tangan dan macam-macam lagi. Dah petang baru nak makan. Itupun yang ringan. 😉

IOI City Mall, Putrajaya
1Utama
Berjaya Times Square
Sky Avenue, Genting Highlands
Mytown 
Eh, ade makan berat lah. Punah diet! 😋 Tapi tak boleh lawan yang dekat Bangsar. 
Delicious foods will make your entire day happy. Thank you Husband. 😘

Moga lepas ni makin rajin berblog. 

No comments: