Tuesday 28 April 2015

Permudahkan Urusan Saudara Kita.

Assalamualaikum...

Balik dari kerja, terus buka laptop dan kemas kini blog tentang apa yang dah berlaku hari ini. Moga esok lusa aku tak lupa akan kebaikan seseorang. Kenal secara tak sengaja dan dalam masa yang singkat. Sampai pejabat, terus siapkan kerja untuk hari ini. Kebetulan tengah hari jamuan majlis kesyukuran di TM2.  Lepas jamuan, tergesa-gesa nak pos laju dokumen. Penggera kunci kereta buat hal dan tak berbunyi. Mula lah dah terfikir bukan-bukan, sempat ke tak sampai dokumen ni esok. Bila encek Suami bagitahu macam mana nak selesaikan itu ini, aku dengar tak dengar je. Sebab dah kelam-kabut sangat waktu tu. Akhirnya aku redah je lah.

Dekat pejabat pos ramai pula yang menunggu giliran. Padahal 3 kaunter buka tapi bilangan pelanggan tak juga susut-susut. Sampaikan ada lelaki ni pergi ke kaunter tanya kenapa lambat sangat dan kaunter pos laju. Ya, aku akui memang ramai yang menunggu giliran bagi pos laju. Mungkin sebab pandangan tidak diterima oleh kerani kaunter pejabat pos, lelaki tadi terus keluar dari pejabat tersebut. Datang seorang perempuan Cina dekat aku "you ambil nombor I. I punya nombor lagi cepat dari you. I tak jadi pos." Aku jadi terpinga-pinga waktu tu. Dah orang bagi, aku terima lah tanpa banyak soal. Sebelum tu, aku ada bersembang dengan seorang kakak. Mulanya kakak tu duduk di kerusi. Mungkin sebab lama menunggu, kakak tu datang berdiri bersebelahan aku. Aku pun ambil kesempatan untuk tanya "Kak, yang sampul ungu dengan oren ni lain ke sama?" Akak tu terangkan dekat aku dan suruh tanya dekat kaunter ambil sampul warna oren. Selesai soal jawap, giliran kakak tadi untuk hantar pos laju tiba. Aku tengok kakak tu bawa beg plastik besar. Jual barang alam maya, kata hati aku. Tiba-tiba kakak tu bagi isyarat dekat aku, "Nak hantar sekali? Mehhh..." Aku macam was-was takut ada yang tak puas hati. Manalah tahu kan. "Boleh ke kak?" Kakak lambai aku suruh datang dekat dia. Dah alang-alang, aku bagi je lah duit pos laju untuk dokumen tu.

Selesai urusan semua, keluar dari pejabat pos kakak tu bagitahu dia dekat situ dari pukul 1.30 petang. Sedangkan waktu dah pukul 2.35 petang baru lah giliran kakak tu. Kalau aku, entah-entah pukul 4 petang. -..- Terus aku tanya nama akak tu, kerja dekat mana. Aku tanya akak tu "Akak nak upah ke?" Kakak tu tolak secara baik. Rasa nak menangis pun ada. Terharu dengan kebaikan orang dekat aku. Dalam kelam-kelibut aku nak uruskan sesuatu urusan, Allah hantar seseorang untuk permudahkan urusan aku. Alhamdulillah.
 Kepada Kak Diana dari Pejabat Bendahari, UPM. Terima kasih banyak-banyak sebab permudahkan urusan saya. Walaupun bagi orang ramai ia hanyalah pertolongan kecil tapi bagi saya ianya besar. Kalau akak tak bagi saya hantar sekali dengan akak, tak tahulah dokumen saya akan sampai cepat atau awal. Nanti kalau terjumpa di mana-mana tegur saya ye, kak. Terima kasih sekali lagi.
 Kalau kita permudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kita. InsyaAllah... Rupa-rupanya masih ramai lagi insan yang bertimbang rasa dan tak mementingkan diri. Semoga ia jadi pengajaran buat aku dan kita semua. InsyaAllah...
sumber : www.google.com
 

No comments: