>

Sunday, 4 January 2015

Resepi - Kerabu Kaki Ayam.

Assalamualaikum...

Baru sampai rumah dari kampung. Rasa tak cukup masa dekat kampung. Dari rumah Mentua sampailah rumah Mak Papa sendiri. Nanti nak cuti lama-lama kemaskan apa yang patut dekat kampung. Banyak benda nak buat tapi masa tak mengizinkan. Moga ada masa lagi untuk balik kampung lama-lama.

Cadangnya nak makan dekat Mamawe Sungai Besar tapi rasa was-was pula sebab tak pasti tuan punya kedai Melayu atau Cina. Jadinya, singgah kedai beli pembersih muka yang mujarab untuk muka aku. Alhamdulillah, jerawat dan parut jerawat makin hilang. Produk tu ada je jual dekat merata-rata tempat, tapi dekat kedai tu juga yang aku rasa berkesan. Tempat lain macam tak pasti tulen atau tidak. Kali ni borong 2 je dulu. Nanti sebelum pergi Pulau Pinang, kena beli lagi. Paling penting, pastikan tak malas jaga muka. Itu salah satu tips aku. Nanti aku cerita entry lain okey
Singgah dan cari kedai makan sana sini. Akhirnya pergi juga dekat kedai yang encik Suami biasa makan. Apalagi dekat kedai makanan Kelantan lah. Memang dari sebelum kahwin encek Suami suka makan dekat sini. Makanan paling sedap dah tentulah kerabu. Tak kisahlah kerabu kaki ayam ke, kerabu perut ke, semuanya sedap. Aku pernah cuba buat kerabu dekat rumah tapi tak jadi dari segi rasanya. Tak tahulah apa sebabnya. Nak kata tak ikut resepi, ikut juga satu per satu. Itulah sebabnya kalau terasa nak makan kerabu, mesti makan dekat sini. Dijamin sedap! Aku sertakan sekali salah satu alamatnya, mana tahu ada yang nak cuba makan dekat sini. =))
Restoran Rusni Tomyam
Jalan Prima 1, Jalan Kepong,
Kepong Baru, Kepong,
Kuala Lumpur.
Dah alang-alang aku kongsikan sekali kerabu kaki ayam yang pernah aku cuba buat sendiri dekat rumah. Jadi tu memang jadi. Tapi rasanya tak sesedap macam kedai Kelantan buat. Tak mengapa, nanti aku buat sampai rasanya macam dekat kedai. Dah tak payah nak makan dekat luar kan? -..- 
Antara bahan-bahan yang diperlukan :
  1. kaki ayam
  2. daun ketumbar (potong kasar)
  3. daun sup (potong kasar)
  4. 2 biji tomato (potong dadu)
  5. 1 tangkai cili api (hiris nipis)
  6. air limau nipis
  7. sedikit garam dan gula
Cara-cara masak :
  1. Kaki ayam direbus dengan garam kasar. Kalau nak kaki ayam kembang, rebus atas sabut kelapa. Memang sekembang-kembangnya. Toskan.
  2. Masukkan daun ketumbar, daun sup, tomato, cili api dan air asam limau yang telah dipotong ke dalam mangkuk. Gaulkan hingga sebati.
  3. Masukkan kaki ayam tersebut.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
Mesti ada yang geli kan dengan kaki ayam? Aku dulu pun geli. Selalu terfikir, bukan kah kaki ayam tu tercakar-cakar tanah untuk cari ulat? Kalau fikir jauh, ikutkan ayam pun ada yang makan tahi sendiri. Sebab aku ada kawan yang Mak dia sampai sekarang tak makan ayam. Tapi masakkan ayam untuk keluarga, memang masak. Tapi sekarang ayam kan dah ada makanan sendiri. Ayam dulu tak ada rasanya. Aku belajar makan pun bila mak dan makcik saudara aku masak sup kaki ayam cicah sambal kicap. Memang sedap tak tahu nak gambarkan macam mana. Nak bagi kembang rebus lama-lama tapi api biar lah kecil. Kalau api besar, nanti terburai pula isi kulit kaki ayam tu. Bak kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta ye tak? Lepas ni, boleh lah cuba makan kaki ayam. -..-

No comments: