>

Tuesday, 30 December 2014

Resepi - Ikan Pekasam Goreng.

Assalamualaikum...

Entry perapan. Harap maklum.

Lepas kahwin, salah satu makanan kegemaran aku adalah ikan pekasam. Sebelum kahwin pun, kalau dengar Mak aku nak masak ikan pekasam, perut aku boleh jadi teruja. Tak payah lauk-pauk tambahan. Ikan pekasam goreng dengan bawang putih, bawang merah dan cili kecil letak banyak-banyak makan dengan nasi pun dah menambah selera aku. Teramatlah sedap! Kebetulan encek Suami jenis tak memilih makan dan masing² tak kisah makan apa pun. Semuanya bedal. Janji kenyang dan halal. =)

Dah dua kali pergi balik Pulau Pinang. Perjalanan 20 jam (satu kali perjalanan - 5 jam), penat usah cakaplah. Nasib baik jadual tak ketat masa dekat sana. Bolehlah sambil menyelam, minum air. Sebelum ni masa balik kampung, tercari² juga ikan pekasam manalah tahu ada orang jual ke. Tapi hampa. Susah sangat nak jumpa kedai yang jual ikan pekasam. Kalau ada yang jual pun, dekat kawasan Utara. Masa singgah beli jeruk Pak Ali, encek Suami lah yang bagitahu aku. Dia nampak ikan pekasam dekat dalam peti pendingin. Terus beli dalam dua plastik untuk buat stok dekat rumah.

Hari ni baru berkesempatan buat ikan pekasam goreng. Hanya makan dengan nasi putih panas². Dah bosan lagipun makan nasi berlauk. Dekat pejabat makan nasi berlauk, dekat rumah pun sama. Kita ubah selera ye sekali sekala. Simple is better kata Mat London. Nak bagi resepi ikan pekasam goreng, nanti kata senang sangat. Tapi tak apalah, kita tujukan pada yang tak tahu je lah ye.

Bahan-bahan :
  1. 2 ekor ikan pekasam tilapia
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 2 biji bawang besar
  4. 7 biji cili api
  5. 1 biji limau kasturi
  6. Minyak
Cara-cara :
  1. Sediakan bawang merah, bawang putih dan cili kecil. Basuh dan hiris ikut suka hati.
  2. Tuangkan sedikit minyak ke dalam kuali. Panaskan minyak. 
  3. Gorengkan bawang dan cili tadi. Ketepikan.
  4. Ikan pekasam samada nak dibasuh atau dibiarkan beras, terpulang pada citarasa individu.  
  5. Tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan pekasam dan ketepikan.
  6. Letak bawang dan cili yang telah digoreng di atas ikan pekasam yang telah digoreng. Sedia untuk dimakan bersama nasi putih.
  7. Kalau nak perah limau pun boleh juga.
siap! makan dengan nasi panas-panas. =")

No comments: