>

Tuesday, 6 January 2015

Wordless Tuesday. #GLVintage

Assalamualaikum...

Entry sebelum ni, aku ada bagitahu tengah tercari-cari salah satu tudung Aidijuma old season. Tapi taklah tiap-tiap hari mencari sebab aku tahu tak ramai yang nak jual balik corak tudung Aidijuma tu. Kebetulan kelmarin, mungkin rezeki aku. Tengah scroll group Bawal Aidijuma Sale ternampak ada seorang kakak ni nak jual tudung tudung tersebut. Baru dan tak pernah pakai. Alhamdulillah, hari ni dah selamat sampai dekat pejabat. Betul lah kata orang, rezeki manusia ni kita tak boleh nak jangka. Kadang-kadang mencari-cari tak dapat, tak mencari-cari dapat pula. Apapun, percaya pada takdir yang Allah tentukan. =))

Lepas dah dapat apa yang diidamkan, dah tentulah gembira tak terkata. Dah boleh berhenti sekejap beli-belah tudung Aidijuma. -..-
Nak sambung buat kerja yang tergendala sambil tengok Running Man. Lepas tu, boleh tidur dengan nyenyak. Selamat malam, kawan-kawan. =))

No comments: