Monday, 16 April 2012

Tips Untuk Disukai Ramai.

Assalamualaikum...

Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :
sumber : www.google.com
  • Bila anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum”, anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.
  • Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
  • Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
  • Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
  • Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
  • Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.
  • Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda.
  • Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.
  • Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.
  • Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.
  • Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
  • Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
  • Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.
  • Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
  • Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
  • Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).
  • Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.
  • Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang
sumber : Ridzuan, Proton

No comments: