Assalamualaikum...
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!" Dr. Fadillah kata Jangan Cabar Suami! Nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.
Cabul bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas-batas pergaulan. Juga perbuatan dan kata-kata isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua.
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yang comel-comel sahaja. Ada isteri kata, mekap untuk suami, tapi dekat rumah tak praktikkan pun.
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sekejap-sekejap telefon suami dekat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan.
Kata ulama', hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu, wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang high class dahaja. Restoran nak ada air-cond pulak tu.
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr. Fadillah Kamsah kata, suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak dah masuk longkang tapi mak tengah lepak depan televisyen lagi.
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yang mudah lupa dan lalai. Ada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu daripada ciri-ciri 8C tersebut. Renung-renungkanlah dan selamat beramal!
sumber : Dr. Fadillah Kamsah
No comments:
Post a Comment