Assalamualaikum...
sumber : www.google.com |
Tolong beritahu si dia, aku ada
pesanan buatnya...
Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya...
Tolong beritahu si dia, cinta
manusia bakal membuatnya alpa...
Tolong nasihati sia dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...
Tolong nasihati si dia, jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...
Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia,
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya...
Tolong ingatkan si dia, aku
terpikat kerana imannya bukan rupa...
Tolong ingatkan si dia, aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta...
Tolong ingatkan si dia, aku
kasihinya kerana santunnya...
Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia...
Tolong tegur si dia, bila dia
tenggelam dalam angan-angannya...
Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya...
Tolong sedarkan si dia, aku milik
Yang Maha Esa...
Tolong sedarkan si dia, aku masih
milik keluarga...
Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya...
Tolong sabarkan si dia, usah ucap
cinta di kala cita-cita belum terlaksana...
Tolong sabarkan si dia, andai diri
ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
Tolong sabarkan si dia, bila jarak
mejadi penyebab bertambah rindunya...
Tolong pesan padanya, aku tidak
mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
Tolong pesan padanya. aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya...
Tolong pesan padanya, aku membiarkan
Yang Esa menjaga dirinya...
Tolong khabarkan pada si dia, aku
tidak mahu melekakan dia...
Tolong khabarkan pada si dia, aku
mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...
Tolong khabarkan pada si dia,
jadilah penyokong dalam kejayaanku...
Tolong sampaikan pada si dia, aku
mendambakan cinta suci yang terjaga...
Tolong sampaikan pada si dia, cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya...
Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya Engkau. Ya Allah mengetahui siapa Si Dia... Semoga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana Si Dia. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti.sumber : Dunia Macam-Macam.
No comments:
Post a Comment