Assalamualaikum...
JENIS-JENIS RAMBUT :
JENIS-JENIS RAMBUT :
paddle pop hair colors! |
- Rambut Kerinting
Jika anda berambut kerinting, gunakan sikat yang bergigi jarang. Ini bagi mengelakkan rambut anda putus semasa disikat. Elakkan daripada terlalu kerap menyikat rambut. Nanti ia akan kelihatan lebih leper dan merosakkan keindahan semulajadi rambut anda.
- Rambut Lurus Yang Tipis
Gunakan sikat yang bergigi jarang. Tujuannya supaya rambut anda nampak mengembang sedikit. Selain itu, gunakan sikat bulat ketika anda blow dry rambut untuk mendapat kesan yang lebih lebat.
- Rambut Lurus Yang Tebal
Gunakan sikat yang pipih dan bergigi rapat bagi melembutkan rambut. Di samping itu, ia memudahkan anda untuk menggayakan rambut. Lebih-lebih lagi dalam mengurangkan ketebalan rambut yang terlampau lebat.
- Oval Paddle Brush
Untuk semua jenis rambut, pilih paddle brush berbentuk oval dengan bulu sikat nylon untuk menyisir rambut setiap hari. Kombinasi bulu sikat ini tidak akan mematahkan rambut ketika disikat.
- Hourglass-Shaped Round Brush
Untuk blow dry, meluruskan, dan mencegah rambut kusut, pilih sikat bulat dengan bentuk seperti jam pasir, yang mengumpulkan rambut ke bahagian tengah sikat. Pilih sikat bulat besar untuk rambut panjang, dan sikat dengan diameter lebih kecil untuk rambut pendek.
- Metal/Ceramic Barrel Round Brush
- Basic Round Brush
Untuk menambahkan volume di bahagian
akar rambut, pilih sikat bulat biasa untuk menarik rambut dari kulit kepala.
Sikat akar rambut ke atas menjauh dari kulit kepala, sambil mengarahkan blow
dryer mengikuti arah sikat.
- Square Paddle Brush
Gunakan paddle brush petak yang datar
dan lebar untuk meluruskan, menghaluskan, dan mengurai rambut basah setiap
hari. Jika rambut anda terlalu kerinting, gunakan dahulu sisir bergigi jarang
untuk meluruskannya pertama kali.