>

Wednesday, 8 February 2012

Resepi - Chocolate Chip Cookies.

Assalamualaikum...

Semalam, takde aktiviti shopping dengan encek Suami. Lagipun cuti minggu lepas lebih kurang dalam 5 hari telah diisi dengan sebaik²nya iaitu spent time dengan family-in-law. Tunggu next entry aku story ye. Seharian aku main game plant vs zombie. Siap bertukar² main game. Sekejap aku main, sekejap encek Suami pulak main. Sambil² tu, aku cuba resepi  masakan yang aku tak pernah buat. Tu pun aku story the next next entry ye. Kalau korang sanggup tunggu lah. :P

Malam tu, masing² boring. Layan televisyen dari pagi sampai malam pun boring jugak. Kan best kalau ade baby ke, budak² ke, boleh main kejar, boleh ajar cakap, boleh geletek², boleh tengok game budak² dekat internet. Alahai, bestnya lah kan? ((= 

Dalam pukul 8.30 malam, aku tengok muka encek Suami macam tak tahu nak buat apa. Dah bagi ikan dan hamster makan, sudah. Dah kemas rumah, sudah. Dah puas kacau aku, sudah. So, aku suggest encek Suami try buat resepi cookies. Lama jugak tunggu encek Suami bagi jawapan. Pukul 9.30 malam baru lah kitaorang dengan segigih²nya buat chocolate chip cookies. Bahan² memang dah ade, cuma takde masa nak buat. Banyak sangat kerja. Cehhh, alasan. :P

Okey, jom tengok resepi. Ni aku copy dari buku resepi Prof masa aku study dekat UiTM, Shah Alam. Aku buat carta alir lah. Best pulak sebab dah lama tak buat macam ni.
Mentega, esen vanila dan gula dipukul sehingga gebu.
Masukkan tepung gandum, coklat cip dan badam (dicincang kasar). Kacau adunan hingga rata.

Sudukan (gunakan camca) adunan ke atas dulang pembakar yang telah dilenser dengan marjerin cair.

Bakar di dalam ketuhar 180C selama 15 minit atau sehingga biskut kekuning-kuningan.





Inilah hasilnya! Dah siap penuh sebalang. 
encek Suami siap cakap lagi "Hari Raya nanti boleh lah buat, tak payah beli." :P

2 comments:

Asfiza said...

wahhh...rajinnya....

AdaNaz87 said...

@Asfiza, aktiviti bersama bila boring. :P