Sunday, 5 February 2012

Janji Dan Sumpah Iblis Kepada Wanita!

Assalamualaikum...

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian yang dipakai untuk menutup aurat termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah! Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang." begitu bisik syaitan.

Akhirnya wanita tersebut menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah, tak apa-apa kan?"


2. Membuka Leher Dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah maka perlu ada peningkatan fesyen lebih maju lagi iaitu terbuka bahagian atas dada kamu tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesye terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".


3. Berpakaian Tetapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja cubalah fesyen yang lebih bagus! banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita, "Mungkin tidak ada masalah kan potongan pakainnya masih panjang hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin." begitu syatan menokok-nambah

Maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).


4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.


5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain.

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh! Ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."


6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan? Kamu bebas mencuba fesnyen rambut yang pelbagai. Malah kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.


7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik "Kalau langkah kakimu kurang selesa maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah hanya kira-kira 10 cm sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen di atas paraas lutut."

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka, terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah! Jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah! Kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka malah senang dan mengatakan ooohhh atau wowww, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang di pantai secara terbuka di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan payu dara!

Ingatlah syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu paksu dan racun yang mematikan dan menyesatkan.

Sahabatku yang dimuliakan,
Apabila wanita sudah mula mendedahkan auratnya dan suka pada pergaulan bebas dan menghampiri zina maka iblis tidak akan berdiam diri, digodanya wanita hingga sanggup melakukan zina hingga melahirkan anak luar nikah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Wahai iblis, bagaimanakah cara kamu bertindak terhadap makhluk Allah?"

Berkata iblis : "Ya Nabi Allah aku dengan makhluk Allah ada beberapa tektik cara-cara yang aku gunakan mengikut keperluan semasa seperti berikut :

Pertama terhadap perempuan-perempuan aku akan naikkan nafsu dan syahwatnya dengan merenggangkan kedua peha kepada lelaki yang bukan suaminya, sehingga setengahnya itu mengeluarkan benih yang salah (menjadi anak zina) yang dikeji oleh Allah SWT.
Oleh itu, setiap wanita yang beriman dan solehah perlulah istiqamah dengan pakaian yang menutup aurat, biarlah orang kata tidak maju dan ketinggalan zaman tetapi yang penting adalah keredhaan Allah SWT. Ingatlah hidup di dunia hanya sementara dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupana yang kekal abadi. Berat seksaannnya di hari akhirat nanti akan diterima oleh wanita yang suka mendedahkan auratnya di dunia ini

Wallahua'alam.

Syukran jazilan Ustaz Abu Bakar & Tegakkan Khilafah Islamiyah.