Friday, 3 February 2012

Review - Majlis Perkahwinan BFF, Awin & Yus (Tema Light Grey).

Assalamualaikum...

27 Januari 2012 yang lepas, akhirnya my best friend forever, Azwin telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan hati, Yusli selepas waktu Isyak. Masa majlis nikah, aku tak sempat nak pergi sebab kerja. Aku dah bagitahu dekat girlfriends convent yang lain, kalau sempat aku datang. Kalau tak sempat, aku memang tak dapat nak datang lah. Mulanya, aku nak balik sorang². Tapi, encek Suami pulak mengada² nak ikut sekali. So, kali ni kitaorang balik rumah family encek Suami. 


Esoknya, baru terhegeh² nak beli hadiah. :P Aku janji dengan girlfriends convent pukul 11 pagi. Tapi... Aku sampai dekat rumah pengantin dalam pukul 11.30 pagi. Masa sampai dekat rumah pengantin, my bff tengah make up dengan mak andam. Memang excited dapat jumpa dengan girlfriends convent. Lagipun memang dah lama tak jumpa. Masing² busy dengan kerjaya masing². So, bila dah jumpa, macam² lah kitorang sembangkan. Jadi riuh rumah pengantin. Kalau tak silap dalam 10 orang jugak lah girlfriends convent yang datang. 

Taknak taip panjang², jom layan gambar pulak.
girlfriends convent
Itu je lah gambar² yang sempat aku copy daripada facebook girlfriends convent. Nasib baik lah masa kenduri kahwin my bff, encek Suami lepak dengan boyfriend girlfriends convent yang lain. So, lepas ni aku tak payah dah nak risau kalau tinggalkan encek Suami sorang² masa kenduri kahwin. Sebabnya, encek Suami dah ade geng baru. :P Aku lepak dengan girlfriends convent, encek Suami lepak dengan boyfriend girlfriends convent. Time nak makan je baru makan sama². :P
"Tahniah dan selamat pengantin baru my best friend forever, Awin dengan pasangannya, Yusli. Aku doakan semoga ikatan perkahwinan korang berdua akan diberkati dan kekal selama²nya. Semoga menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah. Enjoy with your wedding, dear!"

6 comments:

Bit Xamri said...

Saya suke tone tudung akak tu. Hijau2..macam pic yg kat sidebar tu.
Akak dah upload ke pic dgn en.asbend photoshoot dengan aizul marcello???
Sy dah jarang gile blogging, xupdate dah blogpost akk. :) hehe

anen said...

kantoi tak pakai belt!!!!polis sebelah tuh tlg saman!!!!

AdaNaz87 said...

@Bit Xamri, hijau dengan pink. cantek kan tone nya? ((=

akak tak g photoshoot lagi. mase takde lah dik. :P ala, nape tak aktif dah ni? rerajin la sikit. akak selalu gak g tengok blog bit.

AdaNaz87 said...

@anen, polis sebelah tu skema sikit. tak beraninye nak saman. :P

AdaNaz87 said...

@Bit Xamri, akak nak tengok blog tapi malware detected. rasanya blog ni muba-rock.blogspot.com ade virus. -.-

Bit Xamri said...

Hehe. Sy cm malas je nak bukak blogger.com. Hehe. Kalo setiap kali bukak mesti blog akak wajib di usha.haha. Ouhh xshoot ag ehh, hehe..sy laks yg excited terlebey ni..hehe.

Tulaa, sy gune chrome mesti malware detected, kalo gune mozilla okay je. Tp sy proceed je, haha. Nanti saya check. :)