>

Friday, 13 January 2012

SBPA Ditangguhkan Untuk Semakan Semula.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan bagi membolehkan satu semakan semula dan perbincangan dengan pihak yang berkaitan diadakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata penangguhan itu bertujuan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan pihak tertentu berkaitan pelaksanaan SBPA.

"Selepas semakan semula itu dimuktamadkan, SBPA akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya.
Najib berkata, penangguhan itu diputuskan Jemaah Menteri semalam. 

"Semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini," katanya. - BERNAMA 



sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SBPAditangguhkanuntuksemakansemula_Najib/Article
Bagi pendapat aku sebagai salah seorang kakitangan kerajaan, aku memang setuju kalau SBPA ni ditangguhkan. Masa mula² aku dapat tahu tentang SBPA ni, memang lah aku suka sangat. Tambah² bila dapat tahu yang gaji dan kenaikan gaji tahunan akan bertambah. Siapa yang tak suka kalau gaji naik kan? Bagi aku, gaji sepatutnya kena naik sebab kos hidup zaman sekarang yang sangat tinggi.

Tapi... Bila ade salah seorang kawan aku ceritakan tentang isu SBPA, barulah aku tahu sedikit sebanyak kekurangan dalam sistem SBPA ni. Kalau tak, confirm aku takkan tahu sampai bila². Yang aku akan buat adalah sign dan menurut perintah je. Tak payah lah aku nak ceritakan satu persatu mengenai isu ini. Korang boleh google sendiri dekat laman web.

Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan, kita pun ada hak untuk mempertikaikan sesuatu perkara yang kita rasa tak adil. Sebab itu lah, wujudnya CUEPACS. Bagi aku, CUEPACS banyak membantu dalam menyelesaikan sesuatu isu dalam mewakili hak² kakitangan kerajaan.

Aku harap kerajaan akan mengkaji semula semua isu yang dibangkitkan oleh CUEPACS supaya sistem dalam SBPA ini akan lebih telus dan adil untuk semua peringkat jawatan. Tak kira yang berjawatan tinggi atau rendah.
sumber : Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan

2 comments:

KM said...

Sistem yg baik memberi keadilan pd semua...bukan menjarakkan lagi perbezaan yg sedia besar ....

AdaNaz87 said...

@KM, betul tu sangat setuju! patutnya kerajaan lebih adil tak kira pangkat dan jawatan bukan menekan orang bawahan. =."