Thursday, 1 December 2011

Si Penutup Aurat & Si Pendedah Aurat. #1

Assalamualaikum....
"Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya MULIA? Walau bertudung labuh jangan anggap dirimu HEBAT, MAKSUM atau MULIA. Jangan kau RIAK dan UJUB. Jangan kau fikir orang lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah mendapat tiket ke syurga. Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tidak bererti apa² jika niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk menunjuk², maka kau akan malu tertunduk di depan Allah kelak. SIA² sahaja!"

DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan SELAMAT? Yang tahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan² akan syurga tetapi enggan patuh. Jangan kau fikir ALLAH mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNYa kau ketepikan, usah kau mimpi dan angkuh!"

"Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan mudah² kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak mengganggap dunia ini penjara buatmu."

InsyaAllah, renung²kan dan selamat beramal. Sesungguhnya Allah tidak memandang LUARAN seseorang sahaja, tetapi Allah melihat dan menilai HATINYA juga. Wallahua'lam.

Bagi aku, tutup aurat atau tidak tutup aurat semuanya di atas kemahuan dan pilihan kita sendiri. Tapi, sudah termaktub di dalam Al-Quran, menutup aurat itu satu kewajipan bagi para wanita. Jangan pula kita mempertikaikan atau memperlekeh²kan. Keimanan manusia akan sentiasa berubah². Sebab tu jangan disangka yang menutup aurat itu terlalu sempurna dan tidak menutup aurat itu tidak sempurna. Yang pasti, apa yang kita buat di dunia ini, biarlah kerana Allah Taala. Wallahua'lam.
sumber : http://dairysicikwanie.blogspot.com/2011/11/siapa-si-tudung-dan-pendedah-aurat.html dan diolah oleh Scooterist Ada&Naz.