Assalamualaikum...
Sambil² blogwalking, sambil² mencari ilmu untuk diri sendiri. Bila dah faham sedikit demi sedikit boleh lah dishared dengan bloggers yang lain. Betul tak? Tengah² blogwalking, terjumpa mengenai satu artikel dekat blog http://blogs.iium.edu.my/ mengenai tips membaiki solat untuk wanita. Ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Hajah Siti Khadijah Din dan dikongsi oleh beberapa bloggers. Info yang sangat berguna² kepada setiap wanita yang ingin khusyuk dalam solat seharian.
Bagaimana bisa solat berkenaan diterima oleh Allah SWT? Umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh dikategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sebelum menghadap Yang Maha Esa.
2 perkara yang elok dilakukan sebelum berniat untuk solat iaitu sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat :
Sambil² blogwalking, sambil² mencari ilmu untuk diri sendiri. Bila dah faham sedikit demi sedikit boleh lah dishared dengan bloggers yang lain. Betul tak? Tengah² blogwalking, terjumpa mengenai satu artikel dekat blog http://blogs.iium.edu.my/ mengenai tips membaiki solat untuk wanita. Ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Hajah Siti Khadijah Din dan dikongsi oleh beberapa bloggers. Info yang sangat berguna² kepada setiap wanita yang ingin khusyuk dalam solat seharian.
Bagaimana bisa solat berkenaan diterima oleh Allah SWT? Umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh dikategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sebelum menghadap Yang Maha Esa.
- Minit Pertama - membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita. Kenangkan kembali dosa kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah² kita tak layak untuk diberi peluang menghadap yang Maha Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal.
- Minit Kedua - membangkitkan rasa BERTUHAN dalam diri kita. Betapa kita diciptakan oleh Yang Maha Esa untuk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Tuhan yang begitu menyayangi hamba²Nya yang hina ini lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua perkara tersebut, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dalam keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetulkan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penuh adab dan sopan, sesuai dengan keperibadian kita sebagai wanita dan selayak²nya adab untuk menghadap Tuhan.
- Mengangkat takbir - Ada 3 cara mengangkat takbir iaitu dengan meletakkan kedua² jari di bawah cuping telinga, dengan meletakkan kedua² jari telunjuk di bawah cuping telinga dan dengan mengangkat kedua² tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga). Perlu diingatkan, kedua² lengan hendaklah dirapatkan ke badan kerana syaitan yang berupa kambing hitam gemar bergayut di celah² lengan (bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita. Oleh itu, sekiranya kedua² lengan dirapatkan, tiada ruang untuk syaitan.
- Qiyyam - Cara qiyyam yang betul ialah memposisikan tangan kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak selesa. Pastikan kedua lengan adalah rapat mendekati badan.
- Rukuk - Peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dengan penuh tertib dan sopan. Kedua² tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dalam posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
- 'Iktidal - Tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman Hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "...Rabbanaa Lakal Hamdu"
- Sujud - Sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yang tertinggi". Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua² lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua² tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antara kedua² tangan dan situlah dahi diletakkan. Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yang 7 iaitu dahi, kedua² tapak tangan, kedua² lutut dan kedua² belah kaki (setakat jari sahaja). Ibu² jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
- Duduk Antara Dua Sujud - Ada 2 cara iaitu papan punggung diletakkan di atas kedua² kaki atau papan punggung lebih diberatkan di atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
- Bangun Selepas Sujud - Duduk sebentar sebelum bangun, bukan dalam keadaan bangung menonggeng. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan kanan untuk membantu kita bangun atau kedua² tangan.
- Tahiyyat - Mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "...illallahh..." ("laa ilaa ha ILLALLAH"). Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
- Salam - Tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
- Berdoa Sesudah Solat - Seelok²nya, duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua² kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dengan tangan yang tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap Yang Maha Esa.
Seterusnya, perlu diingatkan bahawa kain yang digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri² yang tertentu. Antaranya :
- Tidak jarang. Rata² kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok²nya carilah kain telekung yang tidak jarang (antara cara²nya dengan menggunakan dua lapis kain).
- Kadang² sewaktu musafir, ada muslimah yang malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja. Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tetapi pastikan stokin yang dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu mungkin akan menegang stretch dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik²nya pakai stokin yang tebal ataupun jika tiada, pakai dua lapis.
- Ada kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang. Ada yang berlubang sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yang berambut panjang, jika tidak ditutup betul dengan serkup atau anak telekung, rambut ini akan terkeluar² di celah kerawang telekung. Oleh itu, berhati²lah.
Sama²lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yang baik akan melahirkan peribadi yang baik.
Alhamdulillah, tak sangka setelah puas menaip setiap patah perkataan dari blog tersebut, barulah aku tersedar. Kadang² benda yang kita rasa remeh-temeh dan tak perlu ambil berat, sebenarnya itulah yang perlu kita jaga betul². Moga dengan tips perbaiki solat ini, kita akan muhasabah diri ke arah yang lebih baik. Amin ya rabbal alamin.