Friday, 4 November 2011

Review - TV Series Heroes.

Assalamualaikum...

Korang pernah tengok heroes televisyen series tak? Mesti pernah kan? Aku suka tengok cerita heroes ni masa zaman study dulu. Semunya sebab pengaruh kawan. Copy dari laptop ke laptop kalau ade cerita atau drama yang best². Memang layan. Bila dah tengok, memang tak boleh stop. Memang kena tengok setiap episod sampai habis. Mana taknya, kadang² sesuatu episod tu membuatkan kita tertanya² apa endingnya. Tu yang kadang² geram bila sesetengah episod yang aku tengok macam tergantung je. Umpama korang tengok drama korea. Mesti korang nak tengok sampai habis dan nak tahu apa endingnya kan? Betul tak? Setakat ni cerita heroes season 1 & season 2 aku dah habis tengok. Season seterusnya belum habis tengok lagi. ƗƗuƗƗuƗƗu "̮ Kalau tak silap aku, cerita heroes ni sampai season 4 je kot.

Aku suka tengok cerita heroes ni sebabnya setiap watak dalam cerita ni wujud kuasa yang luar biasa. Kalau lah betul wujud kuasa luar biasa dalam setiap manusia, agak²nya apalah yang akan jadi kan? Tapi best jugak kan kalau ade kuasa luar biasa. Boleh main lawan²ƗƗaƗƗaƗƗa "̮ Okey, jom kita refresh balik watak² utama yang ade dalam cerita heroes ni.
  • Peter Petrelli : Bekas jururawat dan adik kepada Nathan Petrelli. Kuasa luar biasa yang ada dalam dirinya - boleh meniru kuasa orang lain dengan sentuhan, boleh menyerap kuasa orang lain, boleh menyimpan kuasa luar biasa lebih daripada satu, mampu menggunakan pelbagai kuasa dan lain².
  • Nathan Petrelli : Bekas calon ahli kongres, abang kepada Peter Petrelli dan bapa kepada Clairee Bennet. Kuasa luar biasa yang ada dalam dirinya - boleh terbang, boleh mengembara merentasi masa depan dan lain²
  • Isaac Mendez : Pelukis. Kuasa luar biasa yang ada dalam dirinya - boleh meghasilkan lukisan mengenai masa depan dan lain².
  • Hiro Nakamura : Pengaturcara komputer. Kuasa luar biasa yang ada dalam dirinya - boleh menghentikan dan menukar masa, mampu mengembara ke masa depan atau masa lampau dan lain².
  • Clairee Bennet : Ketua cheerleeder dan anak kepada Nathan Petrelli. Kuasa luar biasa yang ada dalam dirinya - boleh menyembuhkan diri sendiri, tidak boleh mati, tidak menjadi tua dan lain².
  • Mohinder Suresh : Proffesor genetik. Kuasa luar biasa yang ada dalam dirinya - mempunyai kekuatan luar biasa dan lain².
  • Matt Parkman : Bekas pegawai polis, detektif dan pengawal peribadi. Kuasa luar biasa yang ada dalam dirinya - boleh membaca dan mendengar fikiran manusia, boleh mengawal tindakan orang lain dan lain².
  • Sylar : Kuasa luar biasa yang ada dalam dirinya - mencari individu yang mempunyai kuasa luar biasa, membunuh dan mengambil kuasa luar biasa yang dimiliki oleh orang lain, mampu merampas kuasa orang lain dengan membelah kepala mangsa dan melihat otak mangsa untuk mengetahui bagaimana kuasa tersebut berfungsi dan lain².

Aku suka kuasa luar biasa yang ade pada Matt Parkman & Clairee Bennet. Sebabnya aku boleh baca isi hati orang dan kalau apa² terjadi pada aku, aku boleh sembuh dengan sendirinya. ƗƗuƗƗuƗƗu "̮ Kalau korang, korang suka luar biasa siapa?

6 comments:

Bit Zamri said...

HAHAHAHA
I AM THE BIGGEST FAN!....hehe
Season 1 until Season 4 dah habis tgk..hehe
Tapi each season tu ada sampai 2 volume.. :) Sy dah tengok sampai habis pun still xpuas hati dgn ending..hehe...
Paling suka character Clair Bennet too. :) hehe

AdaNaz87 said...

@Bit Zamri,yeke dik? best tak? bit selalu download katne? akak cari jugak full episod setiap season, tapi susah nak jumpe. =.' nape tak puas hati dik?

oh, suke claire jugak eh? best, best. ((;

syafiqakarim said...

haha xpenah tgk punnn.
ah,kalau bole nak ada sex sense.haha
nak tahu apa org pk.jadi sebelum dorg buka mulut,kite tembak dorg dulu.
phewww.hahaha

nak tgk yakjut makjut tu

AdaNaz87 said...

@syafiqakarim,ayoyoyo. six sense lah syafiqa. typo di situ. ;p best kan kalau tahu pe orang pk. ngumpat ke, ejek ke semua kita leh tahu. ((;

click kat setiap link tu tau. memang best video tu. ((;

Syuxer said...

citer neh memang best hehe..syuk layan semua citer tv-series hehe..

AdaNaz87 said...

@Syuxer,a'ah tv series memang best kan? ada pun sukeee layan jugak. syuk tau tak camne nak download fully episod tv series? tak kisah lah cerita apepun. ((;