Wednesday, 16 November 2011

Jaga Tepi Kain Sendiri Dulu Sebelum Jaga Tepi Kain Orang Lain.

Assalamualaikum...

Time tengah blogwalking dekat blog kawan², aku pun log in nuffnang aku. Ternampak lah ade nama seorang hamba Allah ni. Aku terus lah pergi blog hamba Allah tu. Aku tak kenal hamba Allah ni. Tapi aku tahu lah hamba Allah ni bersangkut-paut dengan seseorang. Tak payah lah aku nak explain bagai. Aku rasa hamba Allah ni tahu siapa dia sebenarnya. Aku pelik, sebabnya hamba Allah ni tak tahu cerita sebenarnya kenapa aku boleh delete seorang kawan ni dari friend list aku. Boleh pulak hamba Allah ni buat spekulasi dekat blog. Hello, kalau tak tahu cerita sebenar, jangan nak main² cakap je. Tahu tak boleh menambahkan dosa bila buat cerita tak betul? Kalau nak tahu, tanya dulu.
mulut jangan jahat sangat nanti kena potong!
Okey, meh aku bagitahu kenapa aku delete. Sebab busybody sangat nak tahu kan? Aku delete bukan sebab aku dengki ke, iri hati ke atau sewaktu dengannya. Aku delete atas faktor, bila seseorang hide wall dari aku, aku rasa macam what? Perlu ke nak hide wall bagai? Aku akui aku pun pernah hide wall tapi selalunya aku hide sehari dua hari macam tu sebab nak tukar setting dalam facebook. Untuk aku hide wall untuk certain orang memang takdelah. Lagipun untuk apa aku nak hide wall? Ade certain masa, aku rajin update status. Ade certain masa, aku tak rajin update status. Gambar² dekat facebook pun aku tak layan sangat. Banyak yang aku dah delete dan aku privatekan. Sebab semuanya gambar lama dan aku rasa takde pun orang nak tengok. Tapi bila dah agak lama kawan tu hide wall dari aku, aku pun pelik. Aku de buat salah ke ape ke. Sebab sebelum ni kitaorang memang close. Everything nak share. Dari zaman friendster ke myspace kot!

Pregnant? Itu semua rezeki masing. Untuk aku jelous ade orang pregnant mungkinlah tapi takde lah sebab faktor kawan tu pregnant sampai aku nak delete orang tu kan. Lagipun, memang patut lah kawan tu pregnant, sebab kawan tu kahwin dulu dari aku. Tapi, aku jelaskan dekat sini bukan sebab pregnant aku delete kawan tu. Kalau aku nak delete orang pregnant, semua kawan sekolah, kawan poli, kawan universiti dan kawan kerja yang tengah pregnant, aku delete tau. So, tak payahlah, hamba Allah ni nak jadi batu api pulak kan. Aku pun takde cakap nak gaduh ke nak marah ke nak apa ke dekat kawan yang aku delete tu. Even kawan tu nak fikir apa pun dekat aku, aku tak kisah. Lagipun aku tak pernah cakap nak putuskan persahabatan antara kitaorang ke tak.

Kepada hamba Allah ni, aku tak kisah kalau kau nak cakap apepun. Sebab kau tak tahu cerita sebenarnya dan kau buat spekulasi sendiri. Kalau boleh, memang aku nak cerita terus dekat kau. Tapi malas lah nanti jadi lain. Untuk apa kan? Kau kan pandai menilai tanpa kenal aku siapa. By the way, kalau kau rasa encek Suami hak eksklusif, kenapa aku tengok kau pun asyik cerita pasal suami kau jugak? Sebelum nak tuding jari dekat orang lain, tuding jari dekat diri sendiri. Tak payah nak jadi batu api ye? Lagipun, Allah Maha Mengetahui. Selagi kau tak mintak maaf, selagi itulah aku takkan maafkan kau. 

Kepada kawan yang aku delete tu, aku takde maksud pun nak putuskan persahabatan antara kita. Tak pernah sekali pun. Even facebook bukan lagi jadi hubungan antara kita, tapi blog masih boleh jadi hubungan antara kita walau tak sama macam dulu. Apapun, i'm grateful that you're becoming mommy-to-be-soon! ((;

Bak kata Melodi, hilangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. ooopppsss, terlebih emo pulak! :P

15 comments:

ayiel said...

sabar eh?
kita tak dapat nak puaskan hati semua orang

AdaNaz87 said...

@ayiel,sabar tu sebahagian daripada iman. betul tu. apepun, thanks eh ayiel! ((;

yon said...

ada gak kawan saya macam ni..tak tau hujung pangkal nak jadi batu api..

sebab saya pernah cakap direct kat kawan saya apa yang saya tak suka..then dia cite kat member sorang ni..member ni canang kat kawan 1 kampung yang saya ni camtu camni..

ikut hati saya nak je cite hal sebenarnya yang kawan saya tu suka menipu dari sekolah..kalau cakap semua nak up je..tapi bila saya selidik semuanya propa..so saya malas nak layan kawan saya ni..

yang si batu api ni kecoh sekampung kata yang saya kekwat la sombong la..sedangkan kawan tu penipu kan..malas la nak layan..

boleh tak saya cakap je hal sebenar kat diorang semua..tapi nanti jadi mengumpat..walau saya menyampah kat dia tak pernah la busukkan nama dia pada orang lain lagi..tapi saya perlu bersihkan nama saya jugak..

eh..terpanjang komen pulak..saya memang tengah emo pasal ni..=(

AdaNaz87 said...

@yon,kadang² berdiam diri itu lebih baik dari banyak bercakap. tapi, kalau dah libatkan orang yang takde kena-mengena dengan situasi awak sekarang, bagi saya memang patut kita ceritakan hal sebenar. diorang nak percaya atau tidak terpulang. sebab itu hak diorang. kita kena percaya dan yakin yang Allah Maha Mengetahui. biar orang fikir negatif tentang diri kita di dunia, sebab di akhirat kelak orang akan tahu perkara yang sebenar²nya. nak ceritakan perkara sebenar boleh, tapi jangan memburuk²kan atau mention nama orang tu. bagi saya, sangat perlu untuk membersihkan nama kita. ((;

eh, terpanjang pulak balas komen. biaselah bila emo memang macam tu. =p

Miss Hidy said...

uittt..gerun tengok pic 2...hehe..sabar eh...biarkan mereka dengan hidup mereka...chill babe...=)

Nur Kamalia said...

setiap Org ad cabaran dia,
hihih..

akak cantek!..:P

AdaNaz87 said...

@Miss Hidy,gerun eh? saje je nak bagi gerun sebab hamba Allah tu banyak sangat cakap. ;p betul tu, biarkan mereka. asalkan kita bahagia. ((; thanks babe!

AdaNaz87 said...

@Nur Kamalia,betul tu. dah lame tak dicabar. pheeewwww!

eh, kamalia puji² ni saje kan nak sedapkan atey akak? ;p

Nur Kamalia said...

hahhah..ne ad kak,,leya ikhlas taw..
akak pyer tema kwin,wrna fveret leya taw..hihihi..

cOngrats new brIde!!..:D

Eiqa azra said...

hye akak cantik!!
bersabar je ye..
ini semua dugaan!
yg penting kita kene sentiasa berdoa supaya org 2 sedar.. :)
senyum slalu... x mo masam2...

AdaNaz87 said...

@Nur Kamalia,alalala terima kasih adik comel! ((; akak pun ikhlas jugak.

eh, same lah kaler fevret kite. leh jadi geng purple ni. yeay! new bride lagi eh? thanx kamalia. ((;

AdaNaz87 said...

@eiqa azra,hey adik cuteee! ye akak memang dah lama bersabar. baru ade peluang nak cerita. betul tu, dugaan yang semua orang akan rase. ye, akak tak masam dah. akak senyum je. tengok ni. ^_____^ thanx sebab bagi akak semangat. ((;

Run Away said...

sabar ye...sume...dugaan tu...;d

Run Away said...

sabar ye...sume...dugaan tu...;d

AdaNaz87 said...

@Run Away,dugaan kadang² mematangkan hidup seseorang. ((;