Friday 23 September 2011

Antara Lelaki & Perempuan, Siapa Yang Memandu Macam Budget Bagus? Part 1.

Assalamualaikum...

Wow, pagi² dah buat entry panas kan? Hari ni mood aku tak berapa nak baik. Sebabnya, kereta aku hampir² dilanggar oleh seorang mamat (bukan nama sebenar). Ikutkan hati memang nak sumpah seranah mamat ni. Tapi, disebabkan aku masih boleh mengawal kesabaran, aku buat tak tahu je. Mamat, jangan lah buat muka budget bagus sangat bila drive tu. Bukan kau sorang je ade kereta. Kalau setakat kereta hutang nak tunjuk lagak, tak payah lah okey? Sepanjang aku drive kereta lah, macam² ragam pemandu yang aku jumpa. Tak kisah lah perempuan ataupun lelaki. Masing² nak tunjuk bagus di jalan raya. Eh, bukan semua ye. Kebanyakannya! Memang aku pelik dan geram sangat² kalau jumpa pemandu² macam ni. Kalau membahayakan nyawa diri sendiri takpe. Kalau dah membahayakan nyawa orang lain, tak ke naya? Tapi diorang bukan kisah pun nyawa orang lain. Betul tak?

Lelaki :
  1. Kalau nampak perempuan bawak kereta laju sikit dari diorang, mula lah rasa tercabar. Lepas tu buat² tekan minyak. Lepas tu buat muka budget bagus. Konon² nak ajak perempuan tu ikut race sama². Kalau ajak kahwin takpe lah jugak! ƗƗaƗƗaƗƗa "̮ Cubalah buang rasa ego tu sikit dan fikir secara positif. Mana tahu, perempuan tu tak tahan nak pergi membuang ke, dah nak bersalin ke, terlewat nak pergi meeting ke, bla bla bla.
  2. Kalau nak masuk simpang, orang lelaki ni sesuka hati je nak terus masuk. Dahlah bila nak masuk simpang bawak slow. Dengan tak bagi signal tangannya (untuk motor), apatah lagi signal yang ataumotik pun tak nak bagi jugak? Sah, sah memang pemalas! "Berat tangan sangat ke cik abang oi!" Kan dah terkejut kereta dekat belakang. Tak semena-mena terpaksa buat emergency brake.
  3. Mat motor yang suka merempit. Bila bawak motor taknak pakai helmet. Kalau ade kenderaan lain yang terlanggar mat motor ni, mula lah nak salahkan orang lain sebab tak bawak kereta hati². Walhal diri sendiri yang bawak macam orang mabuk! Even dekat sangat pun tempat yang dituju, pakai lah helmet untuk keselamatan. Kalau kena langgar pun, at least kepala tak bercerai dari badan! ƗƗaƗƗaƗƗa "̮
  4. Mat motor yang bawak slow tapi gune line highway kanan. Ni memang aku bengang jugak lah. Dahlah bawak motor slow, tiba² nak masuk line kanan pulak. Dengan muka tak bersalahnya. Dahlah kereta² dekat line kanan memang laju. Langgar baru tahu! Kalau bawak laju macam motorbike takpe jugak. Macam²  perangai.
  5. Kalau dekat tol atau dekat jalan yang jammed, memang kebanyakan lelaki taknak mengalah langsung kalau ade kereta yang baru keluar simpang nak masuk. Sanggup tu nak langgar kereta tu semata² ego punya pasal. Konon² "Aku penat beratur bai, kau nak potong sesuka hati je." "Aku penat tunggu punya panjang dekat tol/jalan jammed, senang je kereta tu nak masuk depan kereta aku." Walhal kereta yang nak keluar simpang tu awal² dah bagi signal. Ape salahnya bagi laluan dekat kereta tu dulu? Bukan rugi 5 minit pun. Percaya atau tak? Kalau kita bagi laluan dekat orang lain, insyAllah kalau kereta kita dalam situasi tersebut, kereta yang lain pulak bagi laluan dekat kita. Cer try!
Betul ke tak ape yang aku tulis ni? Mesti korang semua pernah mengalaminye kan? Aku tak kata semua lelaki. Tapi... kebanyakannye. Jangan marah ye, kaum Adam sekalian. Next entry aku kupas tentang cara² pemanduan kaum Hawa pulak. 
Kalau kebanyakan muka handsome macam ni, buat muka budget bagus time drive pun takpe. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮

2 comments:

HAFIZAL said...

biasa jer...pempuan gan lelaki sama jerk sekarang nie...semua tunjuk bagus..siap gan muka2 lagi tunjuk perangai bagus dia

AdaNaz87 said...

HAFIZAL, betul tu. sikap diri sendiri yang mencerminkan rupa seseorang. ye tak? ;p