>

Thursday, 22 September 2011

Tips Hilangkan Parut Jerawat Di Muka.

Assalamualaikum...

Aku adore sangat² dengan wanita terutamanya, yang kulit muka bebas dari sebarang masalah. Contonya, takde jerawat, liang² roma tak nampak, kulit muka licin, bibir lembap, takde eyebag, takde parut jerawat and so on. Tapi, kebanyakannya memang takkan lari dari masalah² ni. Tambah² pulak bila pms terjadi setiap bulan.

Kulit muka aku takde lah licin sangat. Sedang berusaha jugak nak bagi licin semulusnya macam sesetengah wanita. Percaya atau tak? Kebanyakan wanita yang tak pakai sebarang make up boleh dikatakan mereka memiliki muka yang sihat dan bebas dari sebarang cela. Aku cakap macam ni sebabnya, bila aku tengok kawan² aku yang tak pakai make up, kulit diorang memang sangat² cantik!
sumber : www.google.com
Kulit muka aku kadang² sensitif jugak. Kalau tak rajin cuci muka, memang jerawat senang nak naik. Bila jerawat dah naik, tinggallah kesan² parut jerawat yang degil. Memang kena banyak² bersabar dengan parut² jerawat ni. Kalau tak kena gayanye, memang berlubang² muka dibuatnya. 

Antara petua tradisional yang boleh kita cuba :
  1. Gunakan kulit kayu manis. Memang mujarab tapi kena tahan tahap kepanasan yang agak melampau bila ditepek di kesan parut. Seelok²nya, kulit kayu manis yang dah diasah sehingga halus, digunakan sedikit sahaja. Lakukan setiap hari tanpa jemu okey? 
  2. Gunakan daun sireh muda. Aku tak try lagi sebab dekat kL susah sikit cari daun sireh ni. Tumbuk daun sireh muda sehingga halus dan tepekkan pada kesan parut. Bila dah kering, cuci muka dengan air suam. Lakukan setiap hari tanpa jemu!
  3. Gunakan daun lidah buaya. Ambil lendir yang terdapat di dalam daun lidah buaya dan sapukan di kesan parut sehingga kering. Cuci muka dengan air suam. Lakukan setiap hari tanpa jemu tau!
  4. Gunakan buah lemon. Perah buah lemon dan ambil jusnya. Lumur jus lemon pada muka 2 kali sehari dan minum jus lemon sekali sehari. Jangan missed!
  5. Banyakkan minum air masak 6-8 gelas sehari.

Antara produk kecantikan yang boleh kita cuba :
  1. Bio-Oil. Sapukan bio-oil di kesan parut setiap hari tanpa jemu. Lambat memberi kesan tapi hasilnya amat memuaskan. Kesan parut akan semakin hilang sekurang²nya 3 bulan.
  2. Mederma Scars. Cuci muka sehingga bersih. Sapukan cream di kesan parut. Lakukan setiap hari tanpa jemu okey?
  3. Cocoa Butter Formula Skin Therapy Oil
  4. Neo-Betasone Cream. Cuci muka sehingga bersih. Sapukan cream di kesan parut. Pakai sehingga kering. Jangan biarkan terkena cahaya matahari. Lakukan setiap hari tanpa jemu.
  5. Jumpa doktor pakar kulit! Kalau dah terasa parut jerawat degil sangat nak hilang, doktor pakar kulit adalah penyelesaian terbaik. Elakkan daripada berjumpa beautician sebab kebanyakannya lebih mementingkan keuntungan daripada kualiti pelanggan.
Bestnye, kalau kulit muka aku selicin macam ni. Oh, indahnya dunia kan? Confirm encek Suami nak dekat je dengan aku dan pandang je muka aku duapolohempatjam. Tapi, realitinye kulit aku tak selicin pun macam ni. Takpe, jom berusaha wanita² sekalian! Siapa yang taknak cantik kan?

10 comments:

nik nur maisarah nik suhaimi said...

info bagus...tengzz :)

AdaNaz87 said...

nik nur maisarah nik suhaimi, welcome dik. ((;

♕ Mr.IX ♂ said...

orang laki pn nak kulit bersih gak... tapi tak perlu halus mulus...haha...

biasa guna tips kayu manis tu, yang lidah buaya tak try lagi...yg penting kena usaha tanpa jemu! yer

AdaNaz87 said...

♕ Mr.IX ♂, oh lelaki pun nak kulit bersih jugak ke? betul-betul tak sangke. zaman dah berubah. haha. ;p

aik? cam kenal je trademark tanpa jemu tu. hihi. ;p

Sharifah Fatiha said...
This comment has been removed by the author.
AdaNaz87 said...

Sharifah Fatiha, thanx for the info. ((; bila tengok muka kembali licin, mahal pun takpe. kira berbaloi² beli kan? ((;

armouris said...

lagi info tentang jerawat di SIHAT SELALU - Cara Menghilangkan Parut/Bekas Parut Jerawat

AdaNaz87 said...

@armouris,thank you for the info. ((;

nor said...

Aku tak rasa petua kulit kayu manis tu leh hilangkan bekas parut...lagi merosakkan muka..akudah cuba bertambah hitam parut tu..lagipun panas utk muka...cari alternatif lain..aku suka pakai beras dgn bengkuang...hasilnyer ok but lambat la sikit....

AdaNaz87 said...

@nor bengkuang? senang cari tak? okey, nanti boleh try. :")