Friday, 26 November 2010

MAHA 2010 : Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2010.

Assalamualaikum...

Entry perapan. Harap maklum.

Aku memang sedia maklum yang MAHA 2010 : Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2010 akan berlangsung selepas aku cuti panjang. Tengah seronok bercuti, tiba-tiba aku dapat message daripada officemate tentang jadual bertugas pameran MAHA 2010. Tahun ni aku takdelah rasa teruja macam tahun-tahun sebelumnya. Kalau tahun sebelumnya, ramai officemates yang akan berkumpul untuk jaga pameran dan pit stop bersama-sama. Tapi tahun ni, dah takde pit stop. Masing-masing hanya akan jaga pameran. Itupun dah dibahagikan-bahagikan mengikut pasangan dalam masa 4 jam sahaja. Aku pulak kena jaga pameran selepas office hours sampailah malam. Nak mengeluh pun tak boleh. Sebabnya itu dah menjadi salah satu tanggungjawab dan bidang tugas aku kan. Nak tak nak, kenalah terima dengan hati terbuka. Cumanya, buat masa sekarang belum ada briefing lagi mengenai pameran dan produk yang bakal dipamerkan. Apapun, kena tunggu pihak atasan maklumkan. Masa tengah seronok bercuti dengan encek Suami di kampung, terdengar suara dekat radio. Rasa macam kenal. Rupa-rupanya suara Ketua Pengarah MARDI tengah menerangkan serba sedikit mengenai pemganjuran MAHA 2010 : Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2010.

Bagi yang tak pernah datang MAHA 2010 : Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2010, aku suggestkan korang jangan lepaskan peluang untuk datang beramai-ramai memeriahkan suasana dekat sana. Bagi yang kurang tahu tentang penganjuran ini, aku terangkan serba-sedikit mengenai MAHA 2010 : Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2010 :
  • Tarikh : 26 November 2010 - 5 Disember 2010
  • Tempat : Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
  • Tema : Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan
  • Dianjurkan setiap 2 tahun sekali

Antara yang menarik di MAHA 2010 : Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2010 :
  • terdapat 2 502 gerai di mana 520 gerai terdiri daripada 433 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agensi kerajaan, syarikat swasta dan luar negara serta melibatkan penyertaan daripada 22 negara
  • terdapat pameran di Hall A, B1, B2, C dan Agrobazaar
  • terdapat pamerdan di Pavillion Negeri-Negeri Malaysia
  • terdapat tujuh laman berbeza iaitu :
  • Laman Padi
  • Laman Nanas
  • Laman Sayuran 
  • Laman Perikanan
  • Laman Penternakan 
  • Laman Florikultur  
  • Laman Jentera
  • tram traktor dan tram bas juga disediakan untuk ke tujuh laman berbeza

Bawah ni aku sertakan beberapa gambar MAHA 2010 : Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2010. Menarik bukan?
Official Banner MAHA 2010
Banner
MAEPS Serdang
Pameran di Dewan A, B1, B2, C

Pavillion Negeri-Negeri Malaysia
Laman Sayur
Laman Ternakan
Laman Nanas
Kau orang bukan hanya dapat tengok pelbagai laman seperti laman padi, laman nanas, laman ternakan, laman perikanan, laman jentera, laman sayur-sayuran dan laman florikultur. Tapi kau orang dapat membeli-belah pelbagai produk makanan yang diusahakan oleh usahawan. Selain itu, kau orang boleh juga melihat pameran-pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta dari dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai inovasi, reka cipta dan peraduan cetusan dari agensi-agensi tersebut untuk tatapan pengunjung. Apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk ke MAHA 2010 : Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2010. Ingat, peluang ini hanya 2 tahun sekali di Malaysia.  Ayuh, ramai-ramai kita memeriahkan MAHA 2010 : Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2010 di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 26 November 2010 - 5 Disember 2010!

No comments: