Monday, 1 November 2010

Ayus Hamed Yang Sangat Annoying! #1

Assalamualaikum...

Lamanya tak update cerita terbaru mengenai hidup aku dekat blog sesawang ni. Huh! Terasa ralat dan malas pulak nak memulakan cerita terbaru ni. Eyh, sebenarnya aku bukan nak cerita tentang kisah terbaru tapi aku nak cerita tentang kisah lama. Boleh tak? Mungkin kisah ni boleh jadi pengajaran pada kau orang semua. Mana tahu kan?

KAWAN? Aku pasti dalam hidup seseorang, semua orang ada kawan. Tak kisah lah kita anggap kawan tu sebagai kawan biasa, kawan baik atau kawan istimewa. Tapi, setiap kawan yang hadir dalam hidup kita, pasti kita akan nilaikan sebagaimana rupanya berdasarkan jenis kebaikan atau keburukan yang terdapat di dalam diri kawan tersebut. Yelah... Kadang-kadang kawan yang kita anggap kawan yang boleh terima kita seadanya, sanggup hadapi susah senang bersama, sebenarnya bukanlah seperti yang kita sangka. Dalam diam-diam, kawan yang kita puja selama ni, sanggup memperalatkan diri kita dan melakukan SABOTAJ di dalam hidup kita. Haih, bunyi macam ada kena-mengena je. Hurm...

Biarlah aku gelarkannya sebagai SF. Seorang pompuan. Bukan perempuan. Aku pun tak pasti samada aku masih boleh anggap SF sebagai kawan ataupun tidak. Dengan apa yang SF dah buat dekat aku, tak mungkin dengan senang aku dapat lupakan apabila ianya melibatkan keluarga aku! Bagi aku, keluarga yang Allah bagi pinjam dekat aku, tiada nilainya malah terlalu bernilai. Keluarga yang terlalu aku sayangi dah kasihi. Ibarat nyawa yang sukar untuk dipisahkan. Tapi, kerana mulut lancang SF, maaf ya, aku dah tak boleh anggap SF sebagai kawan aku macam mana dulu. Aku tahu, perselisihan antara kami berlaku disebabkan saling cemburu dan dengki dengan kehidupan masing-masing. Perbezaan watak dan cara hidup mungkin antara faktornya. Tapi, aku memang jenis orang yang dengan sesiapa pun boleh masuk. Tak kisahlah samada orang yang aku kenal tu perangainya jauh berlainan dari aku. Aku jenis tak berkira sangat dalam soal berkawan ni. Dan aku jugak bukanlah seorang yang senang atau pandai dalam menilai seseorang. Baik atau buruk.

Mungkin ramai yang fikir aku bersifat PENDENDAM terhadap SF. Mungkin YA, mungkin TIDAK. Siapa yang boleh tahan sabar, bila masalah yang timbul, melibatkan keluarga yang sayang, keluarga yang kita cinta? Aku pun tak pasti kenapa SF terlalu dengkikan dengan kehidupan aku. Sedangkan bila SF nak berubah ke arah kebaikan, akulah orang yang berdiri di belakangnya. Yang sentiasa menyokongnya 100%. Tapi tak aku sangka sokongan yang aku berikan, disalahertikan oleh SF. Misalnya, kalau SF bagitahu aku tentang masalahnya, aku lah orang yang dicarinya untuk SF luahkan segalanya dan akulah tempatnya bergantung untuk menyelesaikan masalah. Sehingga satu satu saat, aku dikatakan pura-pura bahagia di depan SF. Masalah yang aku hadapi sengaja aku sorokkan. Walhal, pada saat itu, aku memang bahagia dengan kehidupan pada waktu itu. Mungkin pada saat aku katakan begitu, SF mengalami krisis dengan temannya dan aku tidak mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapinya. Adakah itu SALAH aku? Grow up *7@&!
Cuma, perkara yang aku susah nak mengerti sampai sekarang, kenapa SF sampai sanggup melibatkan BONDA ku yang tercinta? Kenapa tak libatkan orang yang aku sayang? Mungkin itulah senjata SF untuk membuatkan ku down. Good job, SF!  Aku takkan lupakan sampai bila-bila apa yang SF katakan pada aku, "Kalau kau nak tahu, sebenarnya kau ANAK ANGKAT. MAK kau yang bagitahu dekat bapak aku." Bila aku terdengar SF cakap macam tu, Demi Allah luluh jantung ku, tersirap darahku, lalu air mata ku menangis mengenangkan apa yang SF katakan dan lakukan padaku. Pada mulanya, memang aku tak percaya langsung. Lagipun bapak SF dan MAK aku masing-masing tak kenal antara satu sama lain. Masakan kalau perkara serahsia itu, MAK aku boleh bagitahu dekat orang yang asing dalam kehidupan kami. Sedangkan pengasuh yang menajaga aku dari aku lahir sehingga remaja, tak pernah langsung menyentuh atau memberitahu aku tentang hal ini. Dan dalam surat beranak aku ternyata semuanya lengkap tanpa cacat cela. Nama MAK lah yang tertera sebagai manusia mulia yang telah mengandungkan aku, melahirkan aku dan menjaga aku dengan baik sehingga dewasa. Nama PAPA lah yang tertera sebagai manusia yang cekal dalam mencari punca rezeki untuk memberi keselesaan kepada kehidupannya sekeluarga. Tetapi disebabkan rasukan syaitan, aku tekad yang aku ingin bertanya sendiri pada MAK.
Lantas, aku pulang ke kampung halaman, saat MAK membawa aku keluar membeli-belah di supermarket dan singgah di restoran, air mata aku bergenang. Susahnya aku ingin memulakan bicara dan meneruskan kata-kata. Aku renung wajah MAK. Aku tatap seluruh wajah insan mulia ini. Aku bermonolog dalam hati. "Berdosakah aku mengatakan sebegitu rupa pada MAK, andai luahan yang aku bicarakan hanya dusta belaka?" Tetapi, disebabkan ingin tahu yang mendalam aku lupakan segalanya dan aku terus bertanya pada MAK. Hanya satu sahaja ayat yang keluar dari mulut MAK, "Yah percaya dengan apa yang SF cakap tu?" Terus mengalir air mata MAK bila menjawab persoalan aku. MAK suruh aku lihat surat beranak aku bila pulang ke rumah. Kemudian, dengan sungguh-sungguh aku menangis di dalam restoran itu sambil memohon maaf atas apa yang telah aku lakukan pada MAK. Mulai saat itu, aku takkan pertikaikan lagi tentang hal itu sampai bila-bila. MAK lah insan yang aku paling percaya dunia dan akhirat. Dan SF adalah pendusta dunia dan akhirat!

Mungkin ramai yang was-was, kenapa aku bangkitkan isu ini? Sebab aku tahu SF masih wujud lagi untuk menganggu kehidupan aku. Aku tahu SF takkan puas dengan apa yang pernah SF lakukan. Walaupun bukan SF yang menampilkan diri, tapi aku tahu SF menyuruh kawan-kawannya add aku di facebook. Mungkin SF ingin tahu sejauh manakah kebahagiaan aku sekarang. Mungkin SF mahu lakukan propagandanya sekali lagi. Aku tak kisah apa yang SF lakukan. Yang pasti aku tahu Allah sentiasa memamkbulkan orang yang teraniaya. Aku sentiasa pegang prinsip itu. (: Aku tak kisah sebagai mana rupa SF menjaja kisah ini pada kawan-kawan yang lain. Mungkin SF boleh memutar belitkan kisah ini. Tapi tidak aku. Aku yakin Allah Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku. Mungkin Allah turunkan ujian dan dugaan ini terhadap aku supaya aku lebih berhati-hati dalam memilih kawan, antara kaca dan permata. Dan, kau adalah KACA SF!
"Kepada SF, kerana kepentingan kau sendiri, kau sanggup menghancurkan segalanya. Cuma satu ucapan aku, TERIMA KASIH. Tunggulah aku di Padang Mahsyar nanti. Sebab aku akan tuntut sesuatu yang tak pernah kau langsaikan. Iaitu perkataan MAAF kepada BONDA ku. Biar apa pun yang berlaku, selagi hayat dikandung badan, kisah ini tak pernah terpadam dari fikiran dan jiwa ku. Aku selalu berdoa pada Allah Yang Maha Esa, semoga aku dikelilingi oleh orang-orang yang jujur dan mengasihi aku, bukannya orang yang suka menabur FITNAH . Dan aku bersyukur kerana kau tiada lagi dalam hidup aku!"
"Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu." (petikan daripada http://www.niknazmi.com)
Kepada kawan-kawan, ambillah iktibar dengan apa yang telah aku kongsikan. Bukan untuk membuka pekung yang ada, tetapi percayalah, selagi insan yang ingin menjatuhkan kita masih hidup, selagi itu insan tersebut akan cuba untuk terus melakukannya sehingga insan itu puas hati dan gembira.

Kisah ini berlaku pada aku, kalau tak silap tahun 2007. Dan sehingga kini, SF masih lagi ingin mengganggu aku dan encek Tunang. Doakan keselamatan dan kebahagiaan hubungan kami berdua dunia dan akhirat ye, kawan-kawan. Begitu juga keluarga aku yang tercinta. Amin ya Rabbal alamin...