Friday 11 June 2010

Pipi Tembam Petanda Gemuk?

Assalamualaikum...

"Salam ada. Pipi ada nampak tmbam. Hehe sori. 
Makan ape eh dah nmpk gmk skit skrang hehe."

Kalau korang nak tahu pipi tembam ke tak.
Cuba korang tangkap photo dari arah depan.
Aku dah buat dan ternyata, pipi aku memang tembam! 

Awal² pagi bila sampai dekat office, memang tak sah kalau aku tak on facebook dulu. Bila dah log in account facebook, tiba² kawan masa sama² belajar dekat Politeknik private message (pm) aku. Lepas tu, die cakap pipi aku dah semakin tembam! Terkejut jugak lah aku. Dahlah pagi tu mood tengah happy. Lepas dengar apa yang die cakap, aku pun buat² cool lah. Dalam hati cakap "Ala, normal lah pipi tembam. Semua perempuan pipi tembam kot."

Tapi... Bila diingat² balik, encek Tunang pun pernah tegur yang pipi aku semakin tembam. Apalagi, terus mood betukar sedikit down. Mana taknya, segan jugak lah bila encek Tunang sendiri yang tegur. Badan kecik, pipi tembam. ƗƗuƗƗuƗƗu "̮  Dahlah kena jadi pengapit sepupu aku ahad ni. Cancel je lah ye. Cari orang lain boleh tak? ƗƗuƗƗuƗƗu "̮ Tembam sangat ke pipi aku ni? Before this, aku memang dah perasan bila tangkap gambar je, mesti nampak debab semacam je pipi aku ni. Tapi, aku ignore je lah sebab fikir benda tu normal. Sehinggalah polimates tegur, baru aku rasa tak normal. Ni petanda kurang baik ni. Mau lari encek Tunang aku nanti. Mintak simpang! ƗƗaƗƗaƗƗa "̮ Google punya google, terjumpalah beberapa petua dekat blog². So, dekat sini aku nak share² dengan korang semua petua tu. Sharing is caring right? ƗƗeƗƗeƗƗe "̮



Petua Kurangkan Ketembaman Pipi.
  1. Kau orang sebut perkataan a e i o u setiap pagi sebelum kau orang bermake-up. Tapi kena sebut dengan penuh perasaan sampai ternampak mimik² muka kau orang. Ala... Macam orang nak belajar menyanyi tu. Sebutlah selama 3 - 4 minit.  
  2. Bangun dari tidur, bertelaku sebentar di tepi katil. Topangkan siku pada lutut dan ampukan tapak tangan ke muka. Pastikan muka ditampung sepenuhnya oleh telapak tangan. Lakukan dalam 5 - 10 minit.
  3. Kunyah chewing gum pun merupakan salah satu cara senaman muka sebab ia dapat meregangkan otot²wajah. Tapi, diingatkan. Jangan sampai tertelan chewing gum pulak. Tak pasal² kena masuk wad. ƗƗaƗƗaƗƗa "̮
  4. Lakukan senaman muka. Bukan badan je yang perlukan senaman untuk kekuatan otot-otot. Muka pun perlukan senaman jugak. Antara senamanya, 
  • Pertama : Duduk dalam keadaan tegak sambil mata dalam keadaan tertutup dan rileks. Kekalkan posisi dalam kiraan 5 dan ulang beberama kali. 
  •  Kedua : Duduk dalam keadaan tegak dengan mata terbuka. Pandang atas dan bawah. Pastikan kepala kau orang tak bergerak. Pandang kiri kanan.. Ulang beberapa kali. 
  • Ketiga : Senyum seluas mungkin dalam keadaan tertutup dalam kiraan 5. Muncungkan mulut ke depan, kiri dan kanan. Ulang beberapa kali. Semua langkah ni lebih dikenali sebagai ekspresi wajah. Regangan pada otot² muka dapat menggalakkan peredaran darah dengan lebih baik. Mungkin korang akan rasa pelik melihat ekspresi wajah sendiri. But, it's a good thing to do everyday.
sumber : www.google.com
  1. Kalau kau orang ada duit lebih, beli lah produk untuk Face Lifting. Hari tu aku tengok dekat iklan Bio-essence. Aku rasa macam nak try Face Lifting Cream. Faedahnya 6 in 1. Nampak macam berbaloi² kan?
  2. Akhir sekali, kalau korang malas sangat nak buat benda remeh-temeh macam ni, korang pergi je salon² atau pusat rawatan muka yang tumbuh bak cendawan sekarang ni. Contohnya, Slim World, Pusat Kecantikan Seri Aida, mana²lah. Tapi... Poket mesti penuh dnegan duit tau. ƗƗaƗƗaƗƗa "̮

Korang ada petua/tips lain yang mujarab? Kalau ade, kongsi²lah sesama bloggers. Setiap wanita nak cantik luar dalam dan sihat kan? ƗƗeƗƗeƗƗe "̮
eyh, baby ni comel jugak kan?  ƗƗiƗƗiƗƗi "̮

Apa jua keadaan, ciptaan Allah SWT tetap indah dan cantik. Subhanallah! 

6 comments:

dIng dOng said...

hahaha....xpew tembam..sy pun tembam gak~~!!

AdaNaz87 said...

Welcome to the club. Haha. :p

anen said...

to akak yg tembam nak tanye camne nak wat bwh post yg ade like2 from facebook tuh..hehehehe

Lyaa Suriany said...

pp tembam petanda gomok??
hehe
xjugak
kwn lya pp nya tembam
tp badan kecik jek...
neway
good tips
blh try jap ag
hehe

AdaNaz87 said...

to anen : ala, akak pun da tak ingat macam mane nak wat. adoyai. hari tu tak tersave belog ape yang wat. sory. ):

AdaNaz87 said...

to Lyaa : pipi ada memang semakin nak tembam. tp nadan kurus. tu yang cam pelik sikit je adoyai. tak sabar nak pakai face lifting cream. okey, welcome sila cuba tau! (: