Thursday, 10 June 2010

Bibir Kering? Gunakan Nivea Lip Care!

Assalamualaikum...
Kau orang pernah tak mengalami bibir yang merekah dan kering sampai terkopek² lapisan luar kulit bibir? Mungkin ade yang sampai berdarah². Walau macam² petua dan produk yan kau orang dah gunakan, tapi still tak memberi sebarang kesan. Aku pernah mengalami situasi macam ni. Dulu... Aku selalu jugak gunakan lip balm. Tapi main pilih je tanpa usul periksa. Huhu. Selalunya aku beli jenis colour & shine (fruit shine cherry). Budget taknak pakai lipstick lah konon sebab dah boleh nampak merah² gitu. 

Product Information Lip Care (Fruit Shine Cherry)
The new formula of Nivea Lip Care Fruity Shine Cherry combines rich almond oil, jojoba oil and shea butter to keep your lips as soft and fresh as they can be. 
* Delights young delicate lips with fruity scent and smoothing, long lasting care.
* natural enhances your lips with shimmering pigments and a soft glossy colour.
* Contains SPF10, protection againts UVA and UVBravs.

Ingatkan bila aku pakai lip balm, jadi bibir aku jadi okey lah. Dah tak kering dan tak menggelupas. Rupa²nya same je. Dahlah penuh harapan ni. Yelah... Kalau tak silap aku dari zaman study sampailah dah kerja aku guna lip balm tu je. Walhal banyak je lagi lip care ade kat pasaran yang aku belum cuba. Haha. Lepas tu aku try pulak guna madu lebah. Tiap² hari aku sapu madu lebah dekat bibir aku. Dari pergi office sampailah nak tidur pun aku still sapu. Mengharap lagi ni. Konon² nak bagi bibir jadi lembab dan merah semulajadi. Tapi kesannya tetap sama. Hampa. Hurm!

Baru-baru ni, aku pergi Mines dengan housemates. Tengah sibuk-sibuk shopping make up. Aku belek² lah lip balm dekat Guardian. Then, tengah usha-usha product information, terberkenanlah aku dekat Nivea Lip Care kat bawah ni.

Product Information Nivea Lip Care
Nivea Lip Care innovative moisture store effect - highly effective formula based on skin's own hydramine and grape seeds extracts long lastingly supports the natural moisturisation of the lips, leaving them soft and smooth.
* Provides long lasting and intensive care.
* Effectively protects your lips from drying out in all weather.

Alhamdulillah... Kesannya amat memberangsangkan. Baru je 3 hari aku guna, memang dah nampak hasil. Bila aku cuba gigit²t bibir dengan gigi, memang tak ada kulit bibir yang menggelupas. Bangun pagi tengok bibir dekat cermin dah tak kering, balik dari office tengok bibir dekat cermin, memang tak kering. Memang berbaloi²i lah lip balm ni. Harga pun tak mahal. Kalau tak silap, kurang dari RM20.

Belum cuba belum tahu kan? Kena dengan gayanya, akan memberi hasil yang terbaik. Apepun before pakai lipstick, wajib pakai lip balm dulu tau. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai penjagaan bibir boleh click Miliki Bibir Seksi & Sihat. Kalau berkesan, jangan lupa inform ye. Selamat mencuba!