Monday, 31 May 2010

Warna Tema Majlis Tunang, Nikah & Sanding.

Assalamualaikum...

Ingatkan senang nak pilih warna tema untuk hari bahagia. Rupanya susah jugak ye. Yelah... Kadang-kadang bukan senang nak mix & match kan dua warna yang kita suka, terus boleh nampak cantik. Kena usha-usha dulu blog-blog pengantin, barulah kita akan tahu sesuai ke tak. Eh, sejujurnya aku memang suka dua warna dekat baju pengantin. Sebabnya baru nampak naik seri. Itu bagi akulah. Bagi orang lain aku tak tahu. Contohnya, warna merah terang dan biru terang. Kau orang cuba bayangkan? Mesti nampak tak sesuai dan ala-ala Indian kan? Dulu encek Tunang yang pilihkan dua warna untuk baju tunang aku. Sebelum siap memang nampak pelik gabunga dua warna terang tu. Tapi bila dah siap baju tunang dan dah pakai sekali dengan make-up yang aku suka, ramai yang puji pula cantik. Eh, terperasan pulak! .__."


Okey, bila aku search dekat Google banyak juga sebenarnya tema untuk majlis tunang, nikah dan sanding. Contohnya tema :

  • Klasik Melayu
  • Klasik Cina
  • Klasik India
  • Konsep Dalam Taman
  • Konsep Inggeris
  • Konsep Santai
  • Konsep Hipster
  • Konsep Pantai
  • Konsep Islamik
  • Konsep Moden
Apapun aku kena pilih tema yang bersesuaian untuk majlis aku nanti. Tak nak nampak terlalu berlebihan dan tak nak juga nampak terlalu berkurangan. Kalau boleh nak sederhana sahaja. :")

1. Majlis Tunang


2. Majlis Nikah

Putih & Champagne
Putih & Turqoise
Putih & Rose Gold
Putih & Hijau
Putih & Kelabu


Putih dengan Silver atau Putih dengan Kelabu pilihan aku. Kain pun dah dipilih. Cumanya kalau putih dengan kelabu, kena lebihkan putih. Takut kalau terlebih kelabu nampak dull pula. Orang cakap apa nanti nampak kelabu asap. Kalau guna putih dengan silver pula, kena lebihkan silver. Sebab silver warnanya lagi perlahan daripada kelabu. Takut tak nampak beza dengan warna putih. Lepas dah pilih warna yang aku berkenan, nanti nak tambah manik dekat baju dengan atas tudung. Yes, dah jumpa color pallete yang berkenan di hati. ◕‿◕


3. Majlis Malam Berinai 
versi Jawa. Boleh tahan
Bugis style. Meriah sangat macam pelik pula
English style. Cantik kan?
Disebabkan keturunan sebelah Papa aku campuran Bugis dan keturunan sebelah Mak aku pula campuran Jawa - Melayu. Mungkin aku akan mengenakan pakaian ala-ala Bugis dan Jawa. Tapi... Mak & Papa, nak sangat tengok aku pakai songket mereka masa bersanding dulu. Tapi macam tak cukup je belah perempuan punya, Ada yang tak ada. Agak-agak butik pengantin ada tak yang sewakan set sepersalinan songket, Bugis & Jawa? Kalau ada, let me know ye kawan-kawan. Aku sebenarnya teringin nak pakai gown yang panjang ke belakang tu untuk majlis malam berinai. Masa aku kecil dulu, Papa selalu belikan aku dress yang cantik untuk aku pakai. Ala-ala english style gitu. Dah mula berangan dah. Takpelah, berangan itu kan percuma. :")


4. Majlis Khatam Al-Quran
Majlis khatam Al-Quran aku nak pilih warna soft pink. Lagipun aku dah pilih warna putih untuk majlis nikah. Rasanya nak warna merah jambu untuk majlis khatam Al-Quran nanti. Maklumlah aku memang suka sangat dengan warna merah jambu. Rasa tak lengkap kalau majlis kahwin nanti tak ada warna kegemaran aku ni. :")


5. Majlis Persandingan & Majlis Bertandang
Pink & Coklat
Biru & Gold
Turqoise & Gold
Light Blue & Peach
Hijau Sage & Kelabu
Hijau Olive & Hitam
Merah Jambu & Kelabu
Kelabu & Ungu
Mint Green & Kelabu
Aku masih tak dapat nak pilih secara muktamad lagi warna apa yang sesuai untuk majlis persandingan dan majlis bertandang aku nanti. Masih tercari-cari lagi warna yang sesuai. Tapi... Aku macam dah terberkenan dekat satu warna. Cuma aku tak pasti ada ke tak dekat butik pengantin. Itulah suka sangat dengan warna pelik. Kan dah susah nak cari. .__."  Kalau tak ada juga, pilihan terakhir aku adalah warna ungu. Yang pasti apa-apa ungu. Tak kisahlah apa pun warna tema untuk majlis aku nanti, moga semua urusan aku dipermudahkan olehNya. Lagipun semua perkara aku, Mak, Papa dan encek Tunang yang urusankan. Kalau boleh memang lah nak nampak semuanya sempurna dan cantik di mata orang yang datang majlis aku nanti. Tapi itulah kita ukur baju di badan sendiri. Ikut kemampuan. Paling penting jangan disebabkan nak semuanya sempurna, sampai hutang keliling pinggang. Doakan ye kawan-kawan, urusan majlis pernikahan, persandingan dan bertandang aku dipermudahkan oleh Allah SWT. InsyaAllah.   

    No comments: