Thursday, 20 May 2010

Jangan Fikir Kau Bagus Sangat Wahai Photographer!

Assalamualaikum...

Kali ni memang aku takde mood betul. Semua manusia tu punya pasal. Kalau tak kerana manusia tu post something dekat bro-in-law aku, memang tak terhingin langsung nak jenguk page manusia tu. Boleh lah pulak kan manusia tu cakap macam² dekat page sendiri walaupun manusia tu tak tujukan pada siapa². Tapi aku tahu siapa yang manusia itu maksudkan. Lepas tu senang² lah pulak kan kawan manusia tu nak buat andaian. Walhal mereka semua bukan tahu pun siapa yang benar, siapa yang salah! Tapi sesuka hati je nak judge orang.
sumber : www.google.com
Hey, manusia sedarlah sikit! Pengorbanan kau tu banyak sangat ke pada aku dan encek Tunang? Sampaikan kau nak kecoh² dekat page kau? Sampai kau nak tokok tambah dekat page kau tu? Setahu aku, kita langsung tak pernah jumpa sampailah majlis aku berlangsung. Itupun kau yang mengoffer kan diri kau kan? Ingatlah sikit yang masa kau datang pun, encek Tunang aku yang ambil kau dekat perhentian bas. Kalau tak silap aku sejam jugaklah perjalanan nak ambil kau. encek Tunang cakap kau lapar, nak makan. encek Tunang belanja lagi kau makan. Okey, aku memang tak kisah pun. Lepas tu, encek Tunang dan aku sepakat nak tumpangkan kau tidur dekat rumah keluarga encek Tunang. Makan, tempat tidur semuanya FREE OF CHARGE. Itupun sebab kau kawan kami, memang kami tak berkira sangat dengan kau. Masa majlis aku pun, encek Tunang jugak yang hantar kau balik ke perhentian bas siap kami bagi duit tambang lagi dekat kau. Itu satu perkara.

Perkara kedua pulak, masa aku mintak gambar² aku lepas seminggu ke dua minggu lepas majlis aku, kau cakap nanti lah dulu. Lagi, kau cakap nanti kau nak hantar dekat kawan kau nak buat gambar dekat atas kepingan DVD tu, kau cakap lagi kau nak edit gambar sikit-sikit. Macam-macam lah kau nak buat. Tapi habuk pun tak ada! Dari minggu ke minggu aku tunggu, kau tak hantar² lagi. Lepas berminggu², aku sampai sanggup nak pergi tempat kau semata² nak raw photo SAHAJA. Itupun kau suruh aku ambil kau. Dahlah aku perempuan. Senang² je kan? Tapi aku taknak sebab aku takut sesat. Kalau dengan encek Tunang, aku tak kisah sangat. Bagus! Sampai lah kau kena masuk wad. Okey, fine aku still masih boleh bersabar dan menunggu sebab aku hormat kau sakit. Sampaikan encek Tunang aku yang dekat PULAPOL pun nak call kau tanya apehal dengan kau ni. Punyalah banyak message aku bagi, banyak kali aku call kau. Kau bagi macam² alasan. Walhal bukan aku suruh kau edit pun. Aku suruh kau bagi raw photo. Dari situ aku tahu yang kau memang orang yang susah nak bekerjasama! Mula² kau cakap dah pos guna macam² jenis pos. Aku yang excited terlebih ni pergilah call dekat Admin, ke hulu ke hilir tanya office boy, naik turun tangga department ke department manalah tahu kot² ade pos ekspres untuk aku. Tapi tak ada. Okey, bagus! Kali ke-berapa entah aku tak ingat barulah aku dapat setelah aku agak menyampah dengan sikap kau. Itupun hampir nak sebulan setengah ke dua bulan tanpa editting!

Bila dah dapat, aku ingatkan semuanya indah. Tapi... Aku rasa abang sulung aku yang tak bertauliah lagi superb. Bukan nak merendah²kan kau! Tapi... Bila kau dah cakap macam² tentang aku, nah! Ini pulak apa yang aku rasa dekat kau. Tapi aku terima secara baik semua gambar tu. Tak ada langsung pun aku merungut. Aku siap nak bayar balik untuk DVD dan pos ekspres yang kau beli tu. Tapi bila fikir balik, berapalah sangatkan?

Lepas kejadian tu, kau sibuk tanya aku macam². Memang aku tak layan. Dan kau sedar yang aku marah kau. Ikutkan aku memang aku nak delete kau dari facebook aku. Tapi aku masih ada sifat perikemanusiaan. Aku biarkan je. One day, kau message aku tanya samada aku still marah kau. Nasib baik waktu tu aku cool sedikit. Aku let go je apa yang kau dah buat dekat aku.
Nak tahu kenapa aku malas nak layan kau? Sebab aku rimas nak layan setiap pertanyaan kau. Setiap kali kau cakap, aku terperasan yang kau selalu fikir kau bagus sangat. Kau fikir kau macam banyak duit, kami tak banyak duit. Tak mampu nak buat wedding macam mana kau plan nak buat. Berapa banyak duit yang kau akan dapat hasil job kau. Hey, kau ingat aku hairan sangat ke? Kau fikir aku nak tahu sangat ke? Aku memang happy kau dah nak kahwin, tapi tak payahlah kau nak cakap berapa banyak duit kau ade. Nampak sangat menunjuk²nya lah weyh! Meluat aku! Cukup²lah kalau aku tahu dekat status facebook kau. Tak payahlah kau nak elaborate dekat inbox aku!

Lepas tu kau tanya macam² perkara yang menjengkelkan aku. Konon² kau cakap kau bangga dengan kami. Tapi sebenarnya, bila kau bercakap, kau seolah² merendah²kan kami. Konon², kerja kau lebih banyak income dapat. By the way, kami lebih suka bersederhana. Tak payah tunjuk-menunjuk. Sekali Allah tarik nikmat yang kau riakkan, memang kau akan rasa insaf. Senang cerita kau tak payahlah menyibuk² lagi pasal hubungan kami. Sebab aku tahu, nanti kau nak bangga kan diri kau sendiri dan buat aku meluat. Ingat pasal anak bongsu yang kau cakap tu? Aku dan encek Tunang sama-sama anak bongsu, kalau boleh nak jaga parents dan bermanja puas² dulu. Takut bila dah busy nanti masa untuk parents dah kurang. Tapi kau cakap benda yang buat aku menyampah. Dahlah, aku tak kisah pun apa kau nak cakap. Yang penting, aku ada maruah dan ade kawan² lain. Aku pun nak orang lain tahu kebenarannya. Kau tak payahlah nak menagih simpati dari orang ramai. Sebab kau pun tahu semua ni berpunca dari siapa. Aku jenis takkan buat orang macam ni, kalau orang tak buat aku jadi macam ni.

Apapun, terima kasih la banyak². Allah Maha Mengetahui. Jangan fikir aku boleh lupakan semua ni. Ingat, bukan sekali kau buat aku dan encek Tunang macam ni. Kali ni kali yang terakhir. Tak ada kawan macam kau pun tak apa. Allah dah tunjuk mana kawan, mana lawan. Tak payah lah dengki-mendengki. Lagipun aku dengan encek Tunang, Alhamdulillah bahagia. 

No comments: