Saturday 14 December 2019

Review Korean Drama - Class Of Lies.

Assalamualaikum...

Drama Class of Lies merupakan antara drama Korea yang aku tengok dalam masa beberapa hari je. Nampak tak betapa bestnya drama ni. Kalau tak silap dalam 3 ke 4 hari aku ambil masa nak menghabiskan drama ni sampai ke episod akhir. Selalunya aku akan tengok drama ni masa encik Suami takde kat rumah. Kalau encik Suami ada pun, aku akan tengok masa tengah lipat baju ke atau masa tak ada benda dah nak buat atau rancangan tv tak menarik perhatian aku. Al-maklumlah dekat rumah pasang Astro Njoi je. Lagipun dekat rumah memang dah ada Unifi. Macam tak berbaloi nak pasang Astro yang beratus-ratus ringgit dengan cerita yang sama dimainkan semula berulang-kali. Naik jemu kita orang. Akhirnya encik Suami ambil keputusan untuk terminate Astro. Selamat tinggal Astro. Makanya, aku melayan drama Korea dan encik Suami melayan Maharaja Lawak. Beza betul kita orang punya preference.


Okey, berbalik pada drama Class of Lies tadi. Jalan cerita drama ni tak adalah berat sangat. Cuma kau kena fikirkan siapa yang bunuh salah seorang pelajar perempuan dekat sekolah berprestij iaitu Sekolah Tinggi Chunmyung. Mulanya aku pun tersalah teka. Sebabnya, setiap orang dalam sekolah tu memang ada pertalian dan perkaitan. Awal tayangan video (keluar tajuk drama) dah buat aku seram sejuk. Dah kenapa ada suara budak gelak & lagu seram? Bila tengok malam masa encik Suami pergi kerja, memang aku skip lah part tu. Boleh terngiang-ngiang dekat telinga jadinya sambil tengok dekat tangga rumah. Pernah sekali, encik Suami tanya "cerita seram ke?" Nampak berminat dekat situ. Kalau tak, pandang drama Korea pun tak mahu. Kecuali Running Man. Huhu.
Ki Moo-Hyeok merupakan seorang peguam yang hanya peduli dengan wang. Walaubagaimanapun, dia mempunyai rekod guaman dengan kadar kemenangan yang tinggi. Dia bekerja di firma undang-undang Songha yang dikenali sebagai salah satu firma terbaik di negara Korea sebagai wakil peguam terkemuka bagi orang kaya dan berkuasa. Oleh yang demikian, ketua firma guamannya telah memberikan tugas baru kepadanya mengenai kes pembunuhan seorang pelajar perempuan popular, Jung Soo-A di sebuah sekolah elit iaitu Sekolah Tinggi Cheonmyeong untuk dikendalikan olehnya. Ki Moo-Hyeok sebagai wakil peguam perlu mempertahankan pelajar lelaki, Kim Han-Soo yang didakwa cubaan membunuh kawan kelasnya, Jung Soo-A. Reputasinya sebagai seorang peguam telah musnah apabila Ki Moo-Hyeok telah merungkai kegiatan sampingan pelajar perempuan tersebut. Ini menyebabkan suspek, Kim Han-Soo yang dituduh membunuh Jung Soo-A bertindak agresif di dalam mahkamah kerana marah dengan tindakan Ki Moo-Hyeok mendedahkan kegiatan sebenar kawan baiknya tanpa berbincang dan mendapatkan persetujuan daripadanya terlebih dahulu. Kim Han-Soo telah menyerang Ki Moo-Hyeok di dalam mahkamah dan mengaku bahawa dia lah yang membunuh Jung Soo-A. Dua bulan kemudian, bagi mendapatkan semula nama baiknya sebagai seorang peguam, dia telah menyelinap masuk ke sekolah tersebut dan mula mengubah identitinya daripada seorang peguam kepada seorang guru sementara. Sepanjang menjadi guru di sekolah tersebut, dia cuba untuk merungkai dan mendedahkan rahsia yang dimiliki oleh setiap pelajar. Dengan berbuat demikian, dia akhirnya tahu sisi gelap sekolah elit tersebut seperti kes buli yang serius, aplikasi telefon yang hanya boleh diakses oleh pelajar sahaja, pelajar yang suka mengambil gambar (paparazzi/stalker), pergaduhan di bumbung sekolah antara pelajar lemah dan pelajar kuat di mana pelajar lain bertaruh dan bersorak. Ki Moo-Hyeok telah berkawan baik dengan Ha So-Hyun iaitu seorang guru P.E yang amat menyayangi pelajarnya. Daripada situlah rahsia setiap pelajar terungkai. Begitu juga dengan guru-guru di sekolah dan ibu bapa kepada pelajar-pelajar tersebut. 



Pengakhiran cerita drama ni memang tip top. Ayat Ki Moo-Hyeok bagi dekat pembunuh Jung Soo-A memang padu sangat. Setiap pelajar akan berkait dengan ibu bapa, ibu bapa berkait pula dengan guru-guru sekolah, guru-guru sekolah berkait dengan orang-orang atasan. Banyak sangat watak dalam drama ni sebabnya nak bagi kau orang fikir siapa pembunuh sebenar Jung Soo-A. Kalau dah tahu siapa pembunuhnya, jangan lupa komen dekat bawah ni ye. Selamat menonton!


No comments: