Saturday, 22 April 2017

Berbasikal Di Tasik Putrajaya.

Assalamualaikum...

Bila masing-masing dah tak sibuk dengan urusan belajar dan kerja, tibalah masa untuk menghabiskan masa yang terluang dengan aktiviti riadah bersama-sama di hujung minggu. Selalunya aktiviti hujung minggu aku dengan encik Suami haruslah beli-belah (tak beli pun tak apa, janji dapat jalan-jalan), jogging atau main badminton, makan-makan (cari tempat yang viral dan cuba), cuti-cuti Malaysia (tempat dekat) dan akhir sekali balik kampung. Tapi yang kerap sekali balik kampung lah. Sebab hari minggu yang lain masing-masing nak siapkan assignments. Sampaikan nak memenuhi jemputan kenduri kahwin, jamuan hari jadi dan lain-lain pun tak dapat. Alhamdulillah, waktu aku sekarang dah tak sesibuk jika dibandingkan dengan waktu aku yang dulu. Hanya tinggal buat pembetulan penulisan dan boleh hantar dekat tempat belajar. Selapas tu, tunggu masa untuk peperiksaan akhir untuk satu subjek sahaja dan bergraduasi. InsyaAllah... Doakan kejayaan aku ye. =")

Okeylah, berbalik pada topik asal. Ada satu hari encik Suami tanya aku "Sayang nak basikal ke?" Aku cakap "Ikut Abang lah, Sayang tak kisah pun." Aku ingatkan encik Suami tanya saja-saja. Rupa-rupanya memang betul dia belikan untuk aku dan ajak aku sekali ambil basikal tu dekat Maktab Tentera Diraja Sungai Besi. Nak kata gembira tu takdelah sangat sebab aku sendiri tak tahu rajin ke aku nak kayuh basikal tu nanti (padahal dalam hati dah penuh taman bila encik Suami belikan). "Terima kasih, Abang." Bagi aku, tak apalah sebabnya encik Suami pun memang dah ada basikal. Dia dah beli dulu dari kawan dia dua tahun lepas kalau tak silap. Tapi macam aku cakap tadi, disebabkan masing-masing sibuk, tergantung je lah basikal tu dekat koridor. Lepas ni, boleh lah teman encik Suami berbasikal dekat mana-mana. We can have fun time together.
Lepas Asar, mulanya nak pergi Putrajaya. Bila tengok jam takut tak lama nak beriadah, terus terbantuk rancangan. Aku dengan encik Suami berbasikal dekat kawasan rumah sahaja. Sebab nak cuba dulu sebelum berbasikal ke luar. Aku berbasikal memang boleh. Sebabnya masa aku sekolah rendah, Mak aku pernah berniaga nasi lemak dan kuih-muih. Mak aku hantar nasi lemak dan kuih-muih guna basikal tua. Kadang-kadang aku naiklah juga basikal dekat kawasan balai. Sebab tu aku tak rasa kekok naik basikal. Tapi tak sangka pula basikal yang aku naik sekarang ni ada gear. Kawasan rumah aku pula, banyak kereta lalu-lalang. Tak berapa nak selamat bila encik Suami tengok aku. ="P Akhirnya encik Suami ajak juga pergi Putrajaya. Lagipun dekat situ hujung minggu banyak aktiviti riadah. Apalagi, sukalah aku sebab dapat hirup udara segar dan tengok pemandangan yang menghijau. Bila dah sampai, encik Suami pun ajarlah macam mana nak laraskan gear basikal. Jenuh juga lah nak faham. Tapi bila dah buat praktikal, okey saja. Aku pula yang tak letih, cuma bila nak naik kawasan berbukit rasa nak patah kaki aku. Hahaha.
cantik pemandangan dekat tasik ni. Subhanallah
encik Suami suruh tangkap gambar dekat sini. .__."
Sebelum Maghrib dah balik rumah. Cadangnya nak sampai malam dekat sini. Tapi dah tak tahan sangat bau peluh, batalkan niat. Sampai je rumah, terus lenguh-lenguh tangan dengan kaki. Nampaknya esok kena cari kerusi urut dekat pusat beli-belah. Nampak tak permainan aku di situ? Nak ajak encik Suami berjalan lagi sebenarnya. :"P Kawasan Tasik Putrajaya ni bagi aku sesuai untuk aktiviti riadah seisi keluarga. Boleh jogging, berkelah, berbasikal, tangkap gambar outdoor dan macam-macam lagi. Kawasan pun redup, selesa dan tak sesak sangat macam berdekatan Masjid Putrajaya tu. Sambil beriadah boleh hirup udara segar hilangkan segala penat lelah dan tekanan bekerja. Memang highly recommended! 

No comments: