Wednesday, 19 August 2015

Bercinta Hingga Ke Syurga.

Assalamualaikum...
 
Berbual dengan seorang pakcik yang berumur 96 tahun. Dia sangat mencintai dan menyayangi isterinya. Mereka masih jalan berpegang tangan. Berbual dan bergurau. Mereka berjalan banyak negara dalam dunia untuk berdakwah.
 
"Pakcik bercinta lagi ke?" tanya saya. Jawabnya,  "Setiap kali balik dari jauh jumpa isteri macam pengantin baru. Berpelukan dan berkasih sayang sampai beg terlupa nak tanggal."Saya tergelak jer.
"Macam mana boleh bercinta begini?" Katanya, "Semenjak dulu dia sentiasa doa pada Allah. Belajar cinta Allah. Baru Allah letakkan sayang sebenarnya dalam hati saya dan isteri. Setiap malam 2 rakaat minta Allah bantu saya dalam pimpin tangan isteri masuk Syurga." Tambahnya lagi. "Setiap malam sebelum tidur saya akan pegang tangan isteri dan peluk dia dan cakap "Sayang, abang sayang sayang kerana Allah.""

"Jaga solat awal waktu kerana bila jaga perintah Allah, Allah jaga kita."

"Kami saling mempercayai dan jujur satu sama lain. Saling memahami. Faham keadaan pasangan. Akhirnya kita benar-benar nak pasangan yang cinta, sayang, dan hormat kita. Bawa kita kepada kebaikan yakni Syurga."

"Buat Ta'lim bersama-sama setiap malam bersama keluarga. Rahmat Allah mencurah-curah. Segala kekusutan dan kesedihan kami lalui bersama-sama dengan usaha, solat, dan berserah."

"Saling menyediakan kemaafan buat pasangan. Siapkan jawapan bagi kekurangan pasangan. Mendoakan dan mendorong dengan baik. Tidak berkasar dan berkeras."
Best ler pakcik. Semoga pakcik dan isteri bersama-sama dalam syurga.
sumber : Ustaz Ebit Liew

No comments: